NAK UBAH HIDUP 2020 Oleh Dr Azizan Osman Yang Sungguh Luar Biasa

11:41 AM

Setiap manusia di muka bumi ini mana tak nak berjaya betul tak? Tak kisah la sesiapa sahaja pasti ingin mengubah hidup seseorang dari hidup susah ke hidup yang lebih senang. Pada 25 Jan 2020 sehingga 27 Jan 2020 yang lalu telah berlangsungnya program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 dari Dr Azizan Osman di Setia City Convention Center (SCCC). Dalam program 3 hari berturut-turut ini dapat membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahan kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri (SCCC) dari pagi hingga ke malam. 


Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, kami dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.

Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan. 


Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.

Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain.



Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasa- biasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!


Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) inijuga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019. 


Tetamu terhormat yang hadir Tun M datang untuk memberi semangat kepada semua peserta

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. 

Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini. Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.

  
Tengok la betapa luar biasa program Nak Ubah Hidup 2020 dengan dibanjiri seramai 13,000 peserta

Dr Azizan Osman seorang yang tidak perlu dikenali lagi iaitu World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta. Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia, meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun dan mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030.


Terima kasih Dr Azizan Osman dan Team Richworks mengadakan program yang sangat hebat ini untuk meningkatkan semangat usahawan dan bakal usahawan untuk mereka lebih berjaya. Sesiapa yang berpeluang hadir ke progam Dr Azizan Osman ini memang cukup beruntung dan galilah ilmu apa yang beliau sampaikan dalam setiap program. Bagi yang ingin join program Nak Ubah Hidup seterusnya boleh daftar di website dan bagi yang telah mendaftar akan dapat Ebook 21 Tips Nak Ubah Hidup dari Dr Azizan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :


RichWork Hotline : 1300-88-2424

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook