AmLife Menganjurkan 'Hari Tidur Sedunia 2020' Dengan 'Better Sleep, Better Life, Better Planet'
6:08 PM
Pernah korang tahu tentang wujudnya "Hari Tidur Sedunia"? Pertama kali mama tahu ehh memang wujud yer Hari Tidur Sedunia ni. Kemarin mama berkesempatan menghadiri satu majlis untuk perayaan Hari Tidur Sedunia buat tahun kelima berturut-turut yang dianjurkan oleh AmLife International Sdn Bhd. Anjuran ini bekerjasama dengan Persatuan Tidur Sedunia bagi mengetengahkan pameran kesihatan tidur di Palace of the Golden Horses.
Sebut sahaja tidur adakah kita tidur dengan secukupnya? Adakah kita tidur lena dengan tenang dan nyenyak? Mesti ada kita mengalami masalah sukar tidur sehinggakan kita dapat penyakit imsonia bukan? Oleh itu, AmLife dengan prinsip teguh mereka iaitu "Life, Redefined" mempolopori pergerakan ini untuk membolehkan rakyat Malaysia kekal lebih sihat menerusi tidur yang lebih baik dan lena, dengan demiian menambah baik hidup kesihatan semua orang.
Bagi tahun 2020 ini merupakan tahun yang kelima pihak AmLife menganjurkan pameran kesihatan tidur sempena "Hari Tidur Sedunia" bersama Persatuan Tidur Sedunia dibawa tema "Menambah Baik Tidur, Kesihatan, Planet" ("Better Sleep, Better Life, Better Planet") untuk menggalakkan kehidupan yang sihat dan berkualiti menerusi tidur yang lebih lena.
Menurut kata Encik Lew Mun Yee, iaitu Pengasas & Presiden AmLife berkata "Pendidikan mengenai tidur bukan sahaja sentiasa di hati kami dan menjadi falsafah perniagaan kami, tetapi juga semakin penting memandangkan masalah gangguan tidur semakin meningkat pada masa sekarang. Bersama dengan Persatuan Tidur Sedunia, AmLife menganjurkan pameran tidur yang meliputi bengkel dan sesi demo di 3 negara utama iaitu Malaysia, Indonesia dan Taiwan pada tahun ini," kata Encik Lew
Untuk pengetahuan semua ini merupakan fakta penting tentang Hari Tidur Sedunia :-
- Menurut hasil tinjau selidik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 27% penduduk di 14 negara dirundung masalah tidur.
- Menurut Persatuan Tidur Sedunia, trend ganguan tidur semakin meningkat dengan semakin ramai penduduk berdepan dengan masalah ini.
- 35% rakyat Malaysia mengalami sesuatu bentuk gangguan tidur.
- Lebih 53% tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada minimum 7 jam tidur dalam tempoh 24 jam dengan sekurang-kurangnya 51% mengalami tekanan berkaitan kerja.
- 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami sedikit sebanyak insomnia dan satu atau beberapa jenis masalah tidur.
Di majlis sidang media ini, AmLife telah menjemput beberapa penceramah antarabangsa untuk berkongsi kefahaman tentang kesihatan tidur dari Pakar Psikologi Klinikal dari Sydney dan Pakar Psikologi berdaftar dengan Agensi Pengamal Kesihatan Australia (Australian Health Practitioner Regulation Agency) iaitu Cik Rosemary Clancy menerangkan bagaimana tabiat mengamil pil tidur berubah ansur dan kesan jangka panjangnya.
Mesti ada yang tahu bahawa ancaman maut disebabkan kita kurang tidur yang cukup. Betul masalah sukarnya tidur ini boleh mengakibatkan penyakit bahaya sehingga boleh membawa maut. Antaranya seperti :-
STROK (ANGIN AHMAR) - 4 KALI LEBIH TINGGI
Menurut USA Today, bagi mereka yang tidur kurang daripada 6 jam sehari berdepan dengan risiko diserang strok 4 kali lebih tinggi daripada mereka yang tidur lebih lama.
OBESITI (KEGEMUKAN) - 73% LEBIH TINGGI
Satu kajian yang dijalankan oleh Columbia University mendedahkan bahawa peluang menjadi gemuk adalah 73% lebih tinggi di kalangan orang yang kurang tidur.
KANSER - 47% LEBIH TINGGI
Kajian yang dijalankan oleh Persatuan Kanser Amerika mendapati bahawa kemungkinan mereka yang tidur kurang dari 7 jam sehari mendapat kanser adalah 47% lebih tinggi.
JANTUNG - 1.45% LEBIH TINGGI
Kurang tidur juga boleh membawa kepada infarksi miokardium. Hasil Kajian mendapati bahawa orang yang kurang tidur daripada 5 jam sehari berdepan dengan risiko 1.45 kali lebih tinggi menghidap penyakit jantung arteri koronari.
Tahukah anda bahawa selain daripada persekitaran tidur yang betul, makanan yang betul boleh merangsang tidur yang baik. Menurut kata Encik Kerwin Chen iaitu Pakar Pemakanan / Penyelidika Makanan berkongsi pengetahuan tentang cara untuk mendapatkan tidur yang berkualiti menerusi diet yang sewajarnya dan makanan yang dimasak di rumah.
Jadi kita sebagai manusia haruslah menjaga persekitaran agar lebih bersih diruangan bilik tidur untuk mendapat tidur yang selesa dan lena sepanjang malam. Malah dengan menjaga pemakanan seperti makanan yang sihat dapat memberi kesihatan manusia agar lebih mudah tidur setiap malam.
Setelah bertapak kukuh dalam industri tidur ini, AmLife mendedahkan rancangan untuk memantapkan lagi kedudukannya sebagai pakar tidur mutlak. Syarikat AmLife mempunyai strategi dan pelan perniagaan dalam pasaran tidur. AmLife telah melancarkan teknologi seni tidur baharu yang canggih bermula dengan siri AmPower Platinum serba baharu dan AmPower Platinum Heat Sleep Mask (Topeng Tidur), AmPower Platinum Beautifly Pillow (Bantal) dan AmPower Platinum Blanket (Selimut). Rangkaian teknik anti penuaan Platinum dari Jepun ini membantu melengahkan sel penuaan dan menjadikan kulit awet muda serta membantu pengguna dapat mengekalkan keremajaan & kesihatan badan menerusi kebaikan tidur.
Dengan adanya kempen Hari Tidur Sedunia ini sedikit sebanyak meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan seharian kita. Tahniah sekali lagi kepada AmLife kerana telah mencipta dan memasarkan barangan Penjagaan Kesihatan Peralatan Tidur bagi membantu masyarakat zaman sekarang yang susah hendak tidur malam. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.amlife.com.my
Love,
1 Comments
Wah gadget tidur pun ada ye...menarik ni jue
ReplyDelete