ARGANIA Baby Dengan Prebiotic Sesuai Untuk Kulit Bayi Baru Lahir

11:11 PM

Kalau korang peratikan banyak sangat produk baby care yang berada di pasaran. Tapi adakah produk baby care ini selamat untuk bayi? Benda begini lah kita memilih untuk produk baby care yang organik dan semulajadi. Kali ini mama nak sharing dengan korang satu produk terbaru untuk penjagaan baby care dengan prebiotic iaitu Argania Baby.


Masa mula mama dapat produk Argania Baby ni mama ingatkan produk dia banyak. Selalu produk penjagaan baby mesti ada mandian badan, shampoo rambut, lotion, bedak, cream, minyak dan sebagainya. Tapi menariknya produk Argania Baby ni hanya ada 3 produk sahaja untuk kegunaan penjagaan kulit bayi. Produk Argania Baby ini terdiri daripada :-
  1. Argania Baby Top To Toe Cleanser
  2. Argania Baby Natural Soothing Moisturiser
  3. Argania Baby Natural Irritable Skin Cream
Kesemua produk Argania Baby direka untuk menjaga kulit dan kulit kepala menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan semulajadi. Sudah tentunya produk Argania Baby ini bebas daripada parafin, paraben dan phenoxyethanol. Yang lagi menarik baby care Argania Baby ini diformulasikan dengan teknologi baru dengan menggunakan bahan prebiotik untuk menjaga dan memperbaiki keadaan kulit. Prebiotik ini dapat membantu mengimbangi ekofilia pada kulit bayi agar menjadikannya sihat dan ia juga berbau wangi.


Argania Baby Top to Toe Cleanser

Kelebihannya :
  • Bebas Paraffin, paraben dan phenoxyethanol serta pH BALANCED
  • Sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan juga dewasa
  • Bertindak sebagai anti gatal dan antioksidan untuk kulit bayi
  • Sesuai untuk kulit yang sensetive
  • Membantu melembapkan dan menenangkan kulit

Kegunaan Argania Baby Top to Toe Cleanser ni memudahkan seorang ibu seperti mama kerana 2 in 1. Boleh guna dari kepala ke hujung kaki. Dari segi tekstur liquid sangat lembut dan tidak banyak buih itu tandanya cleanser ini sangat organik dan semulajadi. Wangian cleanser ni wangi oat dan tidak memedihkan mata bayi. Bukan anak mama jer guna dengan mama sendiri pun guna cleanser ni pada badan mama yang ada eczema tu. Nampak kurang la sedikit gatal pada bahagian eczema tersebut.

Harga Argania Baby Top to Toe Cleanser : RM39.00


Argania Baby Natural Soothing Moisturiser

Kelebihannya :
  • Sangat sesuai untuk kulit sensetive dan jerawat
  • Dapat menyembuhkan dan mengembalikan kandungan kelembapan kulit
  • Diperkaya dengan antioksidan dapat membantu mengurangkan jerawat dan parut kecil
  • Digunakan untuk merawat lesu kulit kerana tindakan emolien dan menenangkan
  • Membantu mengelakkan garis halus dan kedutan di wajah. Ini sesuai untuk dewasa yang mengalami masalah penuaan sebelum usia

Bagi Argania Baby Natural Soothing Moisturizer mama paling suka guna untuk Qeisya selepas mandi. Sebab mama sejenis tidak suka pakaikan bedak pada dia tapi mama akan sapu soothing moisturizer ni seluruh badan dia. Bukan sahaja kulit Qeisya lembut, tidak kering malah melembapkan kulit dia sepanjang hari. Heheh yang ni mama pun tumpang sekaki guna. Wangi rasa macam nak makan jer. Bau of coz la wangi dan lembap tangan. Lepas ni mama nak cuba guna dekat parut jerawat mama pulak. 

Harga Argania Baby Soothing Moisturizer : RM55.00

Qeisya paling layan yer kalau mama pakaikan Natural Soothing Moisturizer

Argania Baby Natural Irritable Skin Cream

Kelebihannya :
  • Membantu melegakan kulit merah, kering dan gatal
  • Mengurangkan kegatalan 
  • Membantu mengekalkan kulit terhidrat dan mengekalkan kelembapan
  • Pencegahan ruam lampin
  • Membantu pulihkan kulit kasar
  • Anti-bakteria

Yang ni walau ia kecil-kecik cili padi tapi memang power yer Argania Baby Natural Irritable Skin Cream. Rasanya cream ni dah jadi hak mama sebab mama sapu dekat bahagian eczema mama memang mujarab sungguh. Kering dan tak gatal la eczema dekat siku tu. Mama cuma kena rajin sapu untuk mengekalkan kelembapan eczema sehingga kering. Tekstur cream cukup lembut, mudah menyerap ke dalam kulit dan yang penting wangi yer.

Harga Argania Baby Natural Irritable Skin Cream : RM39.00


Mesti ada yang tertanya kenapa produk baby care Argania Baby dengan prebiotic ini sangat sesuai untuk kulit bayi. Prebiotic ialah makanan bagi bakteria baik kerana prebiotic ini dapat :-
  • Merangsang organisme mesra, organisme yang berbahaya dikurangkan
  • Meningkatkan pertumbuhan kulit tanpa rangsangan bakteria bahaya
  • Sesuai dan selamat untuk hypo alergen dan sensetif
  • Inulin dan alpha-glucan oligosaccharide
  • Menjadikan organisma mesra bagi dalam kulit seimbang dan mengurangkan penyerang yang berbahaya

Kemahin seronok yer Qeisya guna produk Argania Baby ni. Selalu sangat mama tengok dia ambik picit lotion moisturizer tu dekat tangan dia. Habis dia sapu ke lengan dan seluruh muka. Mama yakin dengan produk ni selamat so mama biarkan jer dia guna sendiri. Oh ya bagi yang beli 3 produk Argania Baby ni hanya RM133.00 sahaja. Dengan hanya 3 penjagaan kulit sahaja dapat menjaga kulit serta melembapkan kulit dari sebarang masalah. Jadi mama recommended ibu-ibu di luar dapatkan set ini kerana ia selamat, semulajadi, organik dan bebas dari bahan terlarang.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Facebook : Argania HQ
Instagram : @arganiahq

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. Kulit budak baru lahir memang sensitif, sebab masih nipis kan. sebab tu pentingnya cari product yang sesuai.

    ReplyDelete

Like us on Facebook