Yoodo | Tetapkan Plan Unlimited Mengikut Citarasa Sendiri

12:27 PM

Semenjak pandemik Covid-19 ni mama jadi susah hati. Yer lah dengan tak keja lepas tu kena stay at home lagi adui tambah mama sebagai blogger ni memerlukan data internet lebih untuk buat keje dalam social media. Tapi dalam masa yang sama nak bil bayaran bulanan data internet mesti yang murah dan berpatutan. Mama ada tertengok mobile plan menarik sebab katanya kita boleh tetapkan plan citarasa sendiri iaitu Yoodo.


Yoodo? Apa tu? Ok Yoodo ini merupakan sebuah syarikat penyedia pekhidmatan mudah alih digital pertama yang membolehkan pelanggan untuk create atau dalam erti kata lain iaitu buat mobile plan sendiri dari segi data, panggilan suara dan juga sms. Menariknya semua ini mereka boleh buat tanpa sebarang caj tambahan dan tanpa komitmen bulanan. 


Ada yang masih blur-blur lagi kan line Yoodo ni. Ok ok Yoodo ini joint venture oleh Celcom iaitu rangkaian 4G LTE terluas di Malaysia. Jadi kalau korang duduk pedalaman pun tetap dapat line yer. Jangan risau bab tu hehehe coz Celcom ni semua tempat ada line yer siap dalam ceruk hutan pun ada. Selain itu, Yoodo menawarkan produk offering, features dan add-ons yang menarik untuk permainan games, travel dan hiburan mengikut keinginan korang. Heheh takder la bosan sangat kan.


Untuk pengetahuan korang, Yoodo telah melancarkan plan mobile terbaru mereka iaitu Yoodo 2.0. Keistimewaan plan mobile Yoodo 2.0 ini seperti :-
  • Renew Anytime - menariknya dengan Yoodo 2.0 ni korang tak ada contract dan korang boleh jer nak tukar plan bila-bila masa tanpa tunggu hujung bulan. Kira korang boleh buat on the spot la. 
  • Power Pass - Yang ni pula korang boleh add-on data packet yang membolehkan korang menikmati high-speed data in short burst. Contohnya dengan hanya add-on RM2, korang boleh dapat 100GB data tambahan untuk terus enjoy maximum connectivity. 
  • Yoodo Rewards - Khas buat pelanggan yang setia, Yoodo memberi penghargaan dengan memperkenalkan Yoodo Rewards dimana korang akan dapat 1 add-on percuma dengan setiap pembelian 10 Add-Ons. 

Yang lagi menarik Add-Ons ini merupakan additional data packet dimana korang boleh tambah tanpa mengganggu atau mengurangkan data plan yang sedia ada. Yoodo juga melancarkan 8 Data Add-Ons terbaru yang meliputi permainan games, hiburan dan e-dagang menjadikan jumlah Add-Ons sebanyak 18 pilihan untuk dipilih. 

  • Gaming - Bagi yang kaki main games tu korang hanya perlu bayar RM5 (20GB) untuk bermain Call of Duty Mobile dan Mobile Legends : Bang Bang. Selain itu, korang boleh Add-Ons untuk PUBG MOBILE dan Arena of Valor pun ada tau.
  • Entertainment - Ehh ada juga yang siapa suka kaki Tik Tok, Viu, Dim Sum, Astro Go dan Joox. Boleh jer berhibur tanpa perlu keluar rumah yer. 
  • E-dagang - Yang suka shopping online pun ada jugak yer. Add-On for Boost boleh beri korang kemudahan maksimum untuk semua keperluan membeli-belah atas talian yang diperlukan.

Yang lagi menarik Yoodo memperkenalkan plan terbaru untuk data tanpa had #BuatUnlimitedSendiri di mana korang boleh customise data speed, hotspot quota, panggilan suara dan juga SMS ikut kesesuaian penggunaan sebulan. Ada lagi korang juga adakan dapat panggilan suara dan kuota hotspot percuma!! Giler best!

Yoodo Unlimited menawarkan 2 pilihan iaitu Unlimited Atas (6Mbps data speed - RM43/bulan) ATAU Unlimited Bajet (3Mbps data speed - RM35/bulan)


Untuk pengetahuan semua, Yoodo telah menjadi Telco Digital Rasmi pertama dalam PUBG Mobile National Championship (PMNC) pada tahun 2018. Selain itu, Yoodo juga menganjurkan pertandingan seperti :-
  • Yoodo Kejohanan Esukan Kampus Semester 3 (KEK3)
  • Yoodo Stay At Home Cup 2020
  • Yoodo FV Major Cup 2020
Kalau korang perasan Yoodo mempunyai team tersendiri untuk pasukan esport PUBG Mobile yang popular di Malaysia seperti :-
  • Yoodo Gank
  • Yoodo FV
  • Geek Fam MLBB

Bagi tahun 2020 yang penuh mencabar ini, Yoodo berusaha membawa pengalaman yang unik kepada pengguna melalui pelbagai pendekatan hiburan apabila mereka perlu berada di rumah. Antaranya :-
  1. #StayAtHomeParty
  2. K-Pop
  3. Hallyoodo
  4. Concert Ticket Giveaways
  5. BTS Special Screening

Menarik tak uolls pasal Yoodo ni. Hahh apa lagi bagi yang nak berjimat boleh la buat unlimited plan sendiri dan korang juga berpeluang mendapat Yoodo percuma dengan menggunakan referral code Yoodo. Nak tahu caranya korang hanya perlu ajak kawan-kawan beralih kepada Yoodo dan masukkan unique referral code yang diberikan. Untuk penghargaan, korang akan diberi Yoodo kredit bernilai RM20 manakala kawan korang dapat menikmati 7GB data percuma. Apa tunggu lagi jom kita tukar ke Yoodo sekarang. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Website : www.yoodo.com

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

Like us on Facebook