LuLu SUPER FRIDAY Kembali Lagi & Wajib Tidak Lepaskan Tawaran Hebat !

10:09 PM

LuLu siapa tak kenal dengan pusat membeli belah dengan pelbagai barangan hebat dengan tawaran yang tidak masuk akal. Oh ya sempena LuLu Super Friday Sales yang akan berlangsung dari 23 November hingga 5 December 2021 pelbagai tawaran potongan sehingga 70% bagi bahagian-bahagian terpilih hanya di LuLu. Tak sabar nak shopping sempena LuLu Super Friday Sales ni jom kita tengok apa yang menarik.



Menarik sempena LuLu Super Friday korang dapat berjimat besar untuk pembelian di Bahagian Elektronik, Elektrik dan banyak lagi potongan sehingga 70% ke atas pelbagai jenama di pasaran. Jadi, korang boleh la nak beli barang elektrik seperti mesin basuh, peti ais, televisyen, pengisar, oven, air fryer, kipas dan banyak lagi. 



Mama pun memang tengah cari kipas stand so dah tengah murah terus mama beli satu kipas stand jenama Pensonic dengan harga bawah RM100. Kalau tak der sales macam ni memang tak akan dapat harga murah gini tau. Puas hati beli kipas time LuLu Super Friday ni berbaloi-baloi. Selain tu, mama sempat la ushar harga mesin basuh. Almaklum la mesin basuh dekat rumah ni dah buat perangai. Memang  macam dah berkenan di hati sebab harga tengah murah dalam RM600 lebih jer. Fuhh sabar jap lepas ni kena terjah LuLu sebelm 5 December untuk beli mesin basuh pula. 

Bagi yang nak tukar smartphone boleh datang ke LuLu sebabnya harga jualan smartphone di sini memang murah. Dan pelbagai jenama smartphone yang jual di sini seperti Samsung, iPhone, Realme, Huawei dan banyak lagi. Boleh la nak dapatkan smartphone bagi PDPR anak-anak sekolah yer tak. 



Selain LuLu Super Friday, LuLu juga mengadakan Half Pay Back di bahagian Fesyen, Kasut, Beg Tangan Wanita, Sari & Churidar dengan setiap pembelian RM100 bagi pembelian tersebut, LuLu akan memberikan RM50 baucer Beli Belah. Memang menjimatkan! Dari hasil survey yang mama pergi tempoh hari pelbagai jenama dan fesyen lelaki dan wanita menawarkan harga yang sangat murah. 


Bagi yang dah familiar tentang LuLu ni mesti tahu ada satu bahagian yang menjual Sari dan Churidar di ruangan LuLu Celebrate. Dekat sini kalau korang nak cari kain Sari boleh jer datang dan pilih sebab bermacam-macam jenis kain Sari yang cantik dan harga yang berpatutan. Oh ya bagi yang nak tempah buat Sari dekat sini pun ada perkhidmatan jahit yer so korang boleh terus beli, potong kain dan jahit di sini. Memang cepat jer staf LuLu Celebrate siapkan Sari yang korang nak tu. 



Eh jangan tak tahu LuLu Super Friday ni bukan sahaja jualan barangan elektrik dan fesyen jer semata-mata malah ruangan barangan dapur dan makanan pun turut terdapat jualan Super Friday juga yer. Korang boleh dapatkan barangan kelengkapan dapur dengan tanda harga hitam kuning tu pada barangan terpilih. Harga untuk Super Friday ni memang murah dari harga biasa yer. Tengok la beras Sunflower ni harga sebelum RM60 tapi masa sales gini tinggal separuh harga jer. Confirm la korang akan beli kan sebab beras ni sedap tau!. Heheh buat nasi Arab ker memang cantik jer kejadian. 



Selain itu, bagi yang nak beli barang basah seperti ikan, ayam, daging, sayur, buah-buahan turut terdapat pilihan sempena LuLu Super Friday ni. Mama suka sangat datang ke LuLu ni salah satu sebab susunan dia sangat sistematik dan cantik jer. Terus rasa nak membeli tu rasa tenang tak rasa serabut kepala tau. Yang mana biasa datang memang nak datang dan datang lagi ke LuLu ni. 





Kalau korang perasan di LuLu sangat menitik berat dan sentiasa menyokong sektor IKS dengan memberikan potongan ke atas Barangan Buatan Malaysia. So, masa ni la kita sebagai pembeli kena menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia dengan harga yang menarik. 

Oh ya bagi yang tak sempat membeli belah di LuLu boleh jer beli secara online di website iaitu www.luluhypermarket.com dan korang boleh menikmati penghantaran PERCUMA terus ke rumah anda dengan hanya berbelanja RM100 sahaja. Mudah bukan. Di LuLu juga terdapat pembayaran menggunakan credit card dan yang menariknya tidak dikenakan sebarang interest tau, so korang boleh jer swipe tanpa perlu risau tentang soal interest yer. So jom shopping di LuLu ni. 



So apa tunggu lagi, jom datang ke LuLu Super Friday yang berlangsung dari 23 November sehingga 5 December 2021 di semua cawangan LuLu seperti LuLu Hypermarket Kuala Lumpur, LuLu 1 Shamelin, LuLu Setia City Mall dan yang terbaru di LuLu Grocer di Amerin Mall, Balakong. Jangan lupa datang dan berbaloi membeli belah sempena LuLu Super Friday dengan potongan harga yang menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai LuLu Super Friday, boleh layari laman sosial media rasmi Facebook & Instagram LuLu Hypermarket.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook