My Little Pony: A New Generation akan ditayangkan di Saluran ASTRO Ta-daa!

2:56 PM

Sebut sahaja My Little Pony pasti ramai anak-anak kita yang kenal dengan watak animasi kartun ini. Yer termasuklah anak-anak mama sendiri siap dorang kenal nama-nama watak kesemua kartun ini. My Little Pony oleh Hasbro, filem animasi CGI My Little Pony : A New Generation akan ditayangkan di Saluran ASTRO Ta-daa! Pada 11 Disember 2021 jam 9 malam dan Saluran ASTRO Ceria pada 25 Disember 2021 jam 2 petang. Diterbitkan oleh Entertainment One dan dianimasikan oleh Boulder Media, filem ini adalah permulaan bagi lima penerbitan francais ini. Filem ini dihasilkan berikutan dengan kejayaan filem My Little Pony: The Movie in 2017 yang telah mencapai tahap blokbuster.


Diarahkan oleh Robert Cullen dan José L. Ucha, filem ini mempertengahkan kepentingan merintangi cabaran dengan kepercayaan dan persahabatan yang jitu, sikap yang baik, serta keazaman . Tema-tema ini selari dengan visi jenama My Little Pony yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan untuk berani menjelajah, teguh menyatakan pendirian mereka dan meraikan sifat-sifat mereka yang membuatkan mereka unik di dalam dunia ini.


Sinopsis My Little Pony : A New Generation

Sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku…Equestria telah kehilangan kuasa ajaibnya! Earth Ponies, Unicorns, dan Pegasi tidak lagi bersahabat dan kini tinggal berasingan mengikut spesies masing-masing. Namun, Earth Ponny Sunny yang bersifat idealis nekad untuk mencari jalan bagi membawa masuk semula kuasa ajaib dan perpaduan ke dalam dunia mereka. Bekerjasama dengan Unicorn Izzy yang bersifat terbuka, kedua-dua anak kuda ini menjelajah ke tanah yang jauh di mana mereka berjumpa dengan Pegasi Pipp dan Zip yang penuh dengan sifat berkarisma dan berani serta Earth Pony Hitch yang amat bertanggungjawab. Misi mereka penuh dengan peristiwa malang, tapi setiap daripada rakan baik ini mempunyai kuasa ajaib mereka yang tersendiri dan unik. Mungkin sahaja kuasa ajaib merekalah apa yang dunia anak kuda ini perlukan untuk mengembalikan keajaiban sekaligus membuktikan yang anak kuda yang kecil juga mampu mengubah keadaan.

Pengarah | Robert Cullen, José L. Ucha, dan penolong pengarah Mark Fattibene 
Lakon Layar | Robert Cullen & José L. Ucha, dan Tim Sullivan 
Penulis Skrip | Tim Sullivan and Gillian Berrow Penerbit | Cecil Kramer and Peter Lewis 

Tempoh Tayangan | 90 min 
Penarafan | PG


Diinspirasikan oleh filem My Little Pony: A New Generation, beberapa barang keluaran akan dilancarkan untuk para peminat membawa pulang secebis memori dari filem tersebut. Barang-barang keluaran ini boleh didapati di Toys ‘R’ Us, Aeon, serta Kedai Rasmi di Lazada dan Shopee. Rangkaian produk baru yang berlesenkan pengguna ini boleh didapati mulai Disember 2021 di Aeon, Parkson, Sogo, Popular dan ToysrUs; dan juga boleh didapati di laman sesawang rasmi Kidstore, Kedai Rasmi Kidstore di Lazada & Shopee.


Set Mainan My Little Pony: A New Generation Sunny Starscout Movie Magic 

Memperkenalkan Sunny Starscout: seekor Earth Pony dari Maretime Bay! Sunny ialah seekor anak kuda yang penuh dengan sifat ingin tahu, sukakan cabaran, dan tekad untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Berseronoklah dengan Sunny Starscout sementara ia meluncur ke seluruh pekan untuk menghantar smoothie-nya dengan Set Mainan Movie Magic ini. 

Set mainan ini mengandungi Sunny Starscout yang bersaiz 3-inci, figurin anak kuda berwarna jingga dan gaya rambut bertocangnya yang unik serta berwarna merah jambu, disempurnakan dengan tanda tahi bintang Cutie Mark-nya yang comel di badannya. Set mainan ini juga mengandungi 17 aksesori penuh kepelbagaian untuk membantu anda merealisasikan imaginasi anda! Berseronoklah dengan membantu Sunny dengan penghantaran smoothie-nya. Daripada membuka trolinya hingga menyimpan snek dan smoothie serta memasangkan abah-abahnya dan memakaikan kasut roda serta topi keledar pada Sunny. Kini, anda sudah siap sedia untuk pergi ke seluruh pekan untuk mengedarkan smoothie Sunny yang enak. Bagi melengkapi semuanya, set mainan ini mengandungi juga beberapa lukisan berdasarkan filem cerita tersebut untuk anda gunakan sebagai latar belakang dan pelekat yang menceriakan bagi menghidupkan lagi imaginasi anda. 

RM51.90

So, save the date jangan lupa saksikan My Little Pony: A New Generation yang akan ditayangkan pada 11 Disember 2021 jam 9 malam di saluran ASTRO Ta-daa dan Saluran ASTRO Ceria pada 25 Disember 2021 jam 2 petang. 


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook