Marrybrown Memperkenalkan PROMO Set Korea K-Crunch
11:27 PMBagi peminat drama Korea pasti sudah biasa dengan makanan Korea yang pedas tu. Mama pun tak terkecuali yer sebab mama suka sangat makan makanan Korea. Tak dapat pi Korea tu tapi dapat makanab Korea jadilah. Hahha.
Kepada pencinta makanan, terutama menu citarasa Korea, jom mulakan pengembaraan Around the World sambil berSarang-K bersama Marrybrown, dengan menu K-Crunch Marrybrown - hidangan berinspirasikan Korea yang akan menggamit selera dengan keenakan gabungan rasa pedas dan manis.
Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar dan paling popular di Malaysia; Marrybrown berbesar hati menyajikan menu ayam rangup yang disalut dengan sos Gangjeong yang manis dan pedas. Penggemar boleh menikmati menu K-Crunch Marrybrown yang berkualiti sambil berimaginasi dalam suasana di Korea.
Tersedia di semua cawangan Marrybrown di seluruh negara. Dengan pengalaman dalam menghidangkan makanan berkualiti kepada peminat Memang Best mereka, Marrybrown kekal dengan misi mereka untuk menawarkan "Ada Kelainannya" dan lazat untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia.
Penggemar kini boleh seakan merasakan keindahan Seoul hanya dengan menikmati hidangan K-Crunch Chicken Combo yang didatangkan dengan 2 ketul ayam rangup, bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa yang menyegarkan, harga bermula dari RM20.90. Bagi penggemar burger, dapatkan kelazatan K-Crunch Chicken Burger Combo yang dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz, harga bermula dari RM16.90.
Sebagai alternatif, jika anda meinginkan hidangan menyelerakan dengan sedikit kelainan, Kimchi Rice Bowl Combo yang berharga dari RM13.10 adalah pilihan yang terbaik. Hidangan yang dilimpahi dengan Sos K-Crunch yang pedas dan manis akan membuat anda meminta lagi!
Jika anda mahu menikmati kesemua menu, K-Crunch Box Meal adalah pilihan yang ideal! Dengan harga bermula dari RM26.50, lengkap dengan K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz. Peminat juga boleh menambah K-Crunch Chicken Dumpling and Cheesy Sausage yang berharga dari RM7.90 untuk hidangan yang lebih memuaskan.
Apa yang boleh mama ceritakan semuanya sedap, pedas dan menyengat. Hahhh bagi kaki makan pedas ni memang dah biasa so sangat terasa sos asli Korea yang sebenarnya. Dengan tekstur sos yang likat sememangnya kombinasi yang mengena antara ayam dan juga burger. Oh ya nasi kimci tu pun best tau. Yang mana belum mencuba set hidangan K-Crunch ini boleh pergi kemana-mana cawangan Marrybrown yang berhampiran.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:
Website : https://marrybrown.com/
MB App : https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook : Marrybrown Malaysia
Instagram : Marrybrownmy
0 Comments