Sekarang kalau nak cari tempat yang sangat tenang dan damai di tengah Kuala Lumpur memang susah nak jumpa. Kalau nak jumpa pun tepi tasik hehehe itu sangat boring kan. Meh sini mama nak cerita ada satu tempat makan yang giler best. Siapa pergi tempat makan ni confirm rasa tenang, damai dan makan pun korang rasa menikmatilah. Tambah lagi istimewa di tempat ni ada BBQ Lamb yang sangat sedap dan lain dari yang lain.
Tempat makan yang mama maksudkan adalah BBQ Lamb KL Kemensah yang terletak di Ulu Klang. Alaa dekat belakang Zoo Negara tu. Kat sini jer korang boleh jumpa sungai di Kuala Lumpur. Hahhh. Keistimewaan tempat ini bukan sahaja tempat makan dia tapi makanan pun awesome sangat tau. Duk teringat-ingat lagi daging kambing dan itik kat situ.
Pada Sabtu minggu lepas, mama sekeluarga di jemput untuk food review di BBQ Lamb KL Kemensah. Pertama kali mama masuk tepi jalan Zoo Negara tu selalunya pi mai pi mai lalu jer hahhh sebab en papa tak pernah bawak masuk ke dalam pun. Sekali masuk hati terus teringat kampung halaman. Susah tau nak jumpa kawasan kampung macam ni di Kuala Lumpur. Kalau korang masuk jalan ni korang terus jer masuk sampai jumpa banner BBQ Lamb KL.
Sampai jer kat kawasan BBQ Lamb KL Kemensah ni korang mesti akan terpegun dan akan perhatikan air sungai. Wehh serius la mama sendiri pun sampai termenung tengok air sungai dan menikmati kawasan tempat ni. Perasaan dalam diri mama time mama tengok tempat macam ni adalah mama rasa tenang, damai, sejuk dan rasa enjoy giler dengan kawasan ni. Terus terlupa tentang kesibukkan Kuala Lumpur. Bagi yang nak release tension boleh datang sini sambil menikmati makanan di BBQ Lamb KL.
Kan mama cakap kat sini ada kelainan kan.. Hahhh di BBQ Lamb KL Kemensah ini menjual makanan western seperti daging lembu, kambing, ayam, itik dan juga ikan. Tapi jangan tak tahu untuk bakar dan panggang kesemua daging itu, mereka masak dalam satu rumah api khas macam dalam gambar kat atas tu. Alamak tak tahu nama apa rumah tu. Hehehe. Hahh itu la yang unik dan lainnya. Selalunya kita tengok orang panggang terbuka kan tapi ini tertutup. Apa yang menariknya korang kena datang sini dan cuba ok!!
Dapur open air tau.. Best!!
Kaunter air pun terbaik
Singki air yang unik sebabnya air terus direct dari air bukit. Kalau dah air bukit memang sejuk la
Kolam ni air ni juga direct terus dari air bukit. Mandi best ni!!! Sejuk gediiii
Laluan masuk. Santai kan.. makan-makan boleh turun main air.. hahh bebudak suka!!!
Ketenangan betul tengok gambar macam ni..
Ok cukup mama share pasal kawasan tempat makan ni. Bestkan.. rasa tenang tak? Kalau tenang korang patut datang la. Ok jom kita tengok apa menu special di BBQ Lamb KL Kemensah ni. Untuk pengetahuan korang BBQ Lamb ni baru sahaja beroperasi dalam sebulan yang lepas. So memang baru lagi tempat makan ni dan maybe ada ramai yang tak tahu lagi. Selain cawangan di Penang dan Ipoh, di KL merupakan cawangan ke 3.
Naga Shake, Apple Asam Boi & Watermelon
Sebelum order makanan jom kita tengok minuman di sini. Kat sini kalau korang nak order air mama nak recommended sangat air Naga Shake ni. Nampak macam biasa kan kalau dah minum wahh memang terangkat sedap la.. Satu gelas besar Naga Shake ni murah jer tau harga dia RM10.00 jer. Murah kan.. berbaloi sangat minum ni. Air jus Asam Boi dan Watermelon berharga RM8.00 sahaja. Air jus pun terbaik rasa buah memang betul-betul kaw ya.. Kira tak kedekut buah gituuu..
Naga Shake dan Chocolate Shake | RM10.00
Back Ribs | RM55.00
Untuk hidangan utama dan signature dish di sini adalam Back Ribs. Back Ribs ni lah di masak dalam rumah api tu. Yang menariknya dimasak dalam rumah api tu, isi lembu ini dimasak dengan sempurna, lembut dan juicy. Sos perapan daging dia pun sedap rasa BBQ dia pun sedap. Kalau dipanggang open mesti daging akan kering kan tapi dipanggang dalam rumah api tu jadi juicy tau.. tu lah keistimewaan BBQ Lamb KL Kemensah ni.
Nah makan kat sini korang tak perlu pisau garpu yer.. Korang digalakkan makan guna tangan baru menikmati makan sambil dengar bunyi air sungai. Hahhh mengasikkan tak!!
Smokey Duck | RM30.00
Untuk menu ke 2 yang paling popular di sini Smokey Duck. Ini mama dengan en papa berebut makan daging itik ni. Aduh sedap yakmat la.. Aikk mama kepelikkan bukan ker en papa tak makan itik tapi di BBQ Lamb KL ni dia pulun makan. Tak sampai 5 minit jer kami 2 makan itik ni dah habis!!! Maknanya apa korang tentulah sedap!!! Eh harga dia pun sangat berbaloi hanya RM30.00 sahaja..
Lamb Rice | RM18.00
Untuk menu ke 3 pulak bagi yang ingin makan nasi korang pilih Lamb Rice ni. Mama nak cakap macam mana pun tak tau sebab sedap. Ehh semua sedap lah tapi rasa nasi ni nak kata beriani pun bukan nak kata nasi minyak bukan. Tapi nasi dimakan dengan isi lamb yang sangat juicy tu masuk jer dalam mulut rasa meletup sedap. Gabungan yang sangat menarik dan harga dia pun murah cuma RM18.00 sahaja.
Antara sos yang disajikan di sini. BBQ Sos, Garlic Sos, Mint Sos dan satu lagi alamak mama dah terlupa. Heheheh..
Lamb Soup + Bread | RM18.00
Menu terakhir adalah Lamb Soup + Bread. Ini siapa kaki makan sup kambing korang should try. Hehh berpeluh mama makan sup ni. Sup kambing ni rasa macam ala-ala berempah kurma skit tapi tak la kuah sup tu pekat kira just nice. Makan pulak dengan roti cicah sup kambing ni memang ummphh la.. Korang boleh sedut isi lemak dalam tulang kaki kambing tu.. ehh terbaik lah sedap!!! Harga set ni RM18.00 sahaja.
Sebelum balik korang kena order minum Kopi Abah Kaw | RM5.00. Kopi Abah Kaw nama dia pun menarik kan rasa minum kopi ni pun menarik jugak tau. Pekat dan likat rasa kopi lain dari kopi kampung yang lain. En papa kata minum kopi ni rasa mau lagi tidur sebab sedap. Hahaha..
Bagi untuk satu keluarga yang datang, korang boleh jer pilih Family Set | RM130.00. Set yang mama makan tu sama jer dengan set Family ni cuma tak ada Lamb Soup + Bread jer. Kalau set Family ni untuk satu keluarga memang cukup dan mengenyangkan sebab portion banyak tau!!.. Next time mama datang nak repeat makan yang ni pulak. Hahh bagi yang suka makan ayam di sini turut menjual ayam organic juga. So korang nak rasa isi ayam organic datang sini tau.
Terima kasih kepada owner Encik Zainuddin dan Puan Mimie sudi menjemput mama sekeluarga untuk mencuba makanan-makanan yang sedap di BBQ Lamb KL Kemensah ni. Makanan semua sedap-sedap! Bagi yang ingin nak mencuba rasa boleh terus datang ke sini memang korang akan rasa satu kepuasan menikmati makanan sambil menikmati alam semula jadi dengan bunyi air sungai di Kuala Lumpur.
Gambar sebelah malam lagi cantik kan..
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan :-
BBQ LAMB KL KEMENSAH
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Telefon : 012-211 4100
Google Map : https://goo.gl/maps/mjJ9p4zz3fv
Facebook : www.facebook.com/AsianMarinated
Waktu Operasi :
Selasa - Ahad [6:00 petang - 11:00 malam]
(Tutup Setiap Isnin)
Love,