Event Review

CARRIE MOZZIBUSTER | Perlindungan Daripada Nyamuk

3:30 PM

Kes denggi bukanlah suatu perkara yang asing di Malaysia dengan kadar peningkatan yang tinggi di kawasan bandar dan pinggir bandar. Tahun lepas sahaja terdapat lebih daripada 75,000 kes denggi yang melibatkan 166 kematian. Kebangkitan virus Zika kini menjadi satu lagi kebimbangan pada masyarakat. 

Menurut fakta dari WHO1, perlindungan terhadap gigitan nyamuk adalah penting bagi mencegah penyakit yang berpunca darinya. Langkah-langkah pencegahan harus diteliti terutamanya pada waktu siang dan penglibatan pencegahan yang aktif terhadap kanak-kanak. 


CARRIE sebuah jenama yang dipercayai ibu bapa mengeluarkan produk penjagaan diri kanak-kanak seperti mandian dan rambut, syampu, dan bedak talcum yang menyeronokkan dan penuh imaginasi. Carrie amat memahami kebimbangan ibu bapa. Bagi membantu minda kanak-kanak terus bekembang dengan cara bermain dan berimaginasi di dalam dan di luar rumah. 


Carrie telah mengambil masa 2 tahun bagi membangunkan produk ini secara teliti dan ia didaftarkan di bawah badan berkanun iaitu Lembaga Racun Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). CARRIE berbangga memperkenalkan 2 produk baharu untuk menghalau nyamuk.


Pada hari Rabu yang lepas, mama berpeluang hadir untuk pelancaran produk terbaru Carrie Junior iaitu Carrie Mozzibuster. Terdapat 2 jenis untuk Carrie Mozzibuster ini iaitu CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dan CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dengan UV (dengan Perlindungan UV). Kedua-dua losyen ini telah diuji untuk menghalau nyamuk sehingga 8 jam. 


CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion boleh digunakan setiap hari bagi perlindungan didalam rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV dilengkapi dengan perlindungan sinaran matahari untuk jaminan di luar rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions diformulasi khas untuk kegunaan pada kulit kanak-kanak, losyen ini juga diiktiraf dengan sijil HALAL. 


Kedua-dua CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati dalam pek mudah dibawa bersaiz 50ml dan 100ml. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati di pasaraya terkemuka, pasaraya hyper, dan farmasi di seluruh Malaysia.

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dijual pada harga RM 9.90 (Semenanjung)* / RM 10.40 (Sabah & Sarawak)* untuk saiz 50ml, RM 14.90 (Semenanjung)* / RM 15.60 (Sabah & Sarawak)* untuk saiz 100ml. 

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV pula dijual pada harga RM 10.50 (Semenanjung)* / RM 11.00 (Sabah & Sarawak)* untuk saiz 50ml, RM 15.50 (Semenanjung)* / RM 16.30 (Sabah & Sarawak)* untuk 100ml. *Harga termasuk GST.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook