SOFEAROSE Road To London | Apa itu SofeRose? SOFEAROSE merupakan satu jenama terkenal yang menjual instant shawl, long shawl, jubah, blouse, kurung, bottom dan dress. Bagi kaum wanita yang suka menggayakan hijab dengan menggunakan shawl bolehlah tengok koleksi dari SofeaRose ini.
Untuk pengetahuan korang, SofeaRose akan membuat pertunjukan fesyen di London dengan collaboration "Art To Wear" bersama SOFEAROSE x YUSOF GHANI SEGERAK DI LONDON.
Untuk pengetahuan korang, SofeaRose akan membuat pertunjukan fesyen di London dengan collaboration "Art To Wear" bersama SOFEAROSE x YUSOF GHANI SEGERAK DI LONDON.
SOFEAROSE akan membawa pertunjukan fesyen solo berkonsepkan Modest Fashion. Ini kerana setiap busana yang diinspirasikan daripada pereka fesyen Hilal Oguzkan yang mengetengahkan konsep modest di dalam setiap sentuhannya. Konsep Modest Fashion ini dipilih kerana dengan motto Exclusive Urban Fashion dimana SofeaRose ingin menekankan bahawa simple is sophisticated. Selain itu, ia lebih dekat dengan para wanita yang sentiasa memerlukan kesempurnaan dalam penampilan tetapi di dalam konteks yang lebih sederhana.
SofeaRose memilih warna busana yang berlatarkan putih dan krim serta mengetengahkan rona Bumi seperti tanah, tumbuhan dan air demi keserasian elemen fesyen dan lukisan. Selain itu, ia juga memelihara identiti Yusof Ghani yang menjadikan elemen alam sebagai unsur di dalam setiap karya. Antara lukisan yang dipersembahkan di dalam setiap rekaan seperti Ombak, Seni Tari, Wajah dan lain-lain lagi.
Material yang digunakan seperti bridal satin, chiffon, organza dapat menampilkan ciri mewah dan melambangkan kolaborasi. Selain itu, penggunaan bridal satin dan organza sebagai material utama dan kemasan dapat menyerlahkan sisi feminin dan ketegasan di dalam setiap rekaan. Setiap koleksi akan dihiasi dengan detailing, embroidery ekslusif sebagai kemasan yang terakhir.
Ini merupakan karya pertama antara pelukis yang menghasilkan karya expresionist dari segi elemen warna serta merupakan ikon pelukis kontemporari negara iaitu Yusuf Ghani. SEGERAK akan diketengahkan untuk menceritakan kehidupan yang diekspresikan di dalam bentuk visual. Yang lebih keistimewaan karya ini adalah mempunyai karya yang kukuh dari segi tenaga, mainan warna dan ketegasan dari segi brush stork yang beliau gunakan. Beliau juga yang bersifat expresionist dalam setiap karya yang dihasilkan bermaksud yang tersendiri dari segi mainan emosi dan pandangan.
Mama menggayakan shawl Thalia dari SofeaRose yang menggunakan material chiffon crepe. Material ini sangat lembut, sejuk dan selesa dipakai sepanjang hari. Warna yang menarik serta design shawl ini sangat unik dan sesuai digayakan oleh semua wanita di luar sana. Sinonim dengan motto SofeaRose iaitu menekankan simple is sophisticated sangat sesuai untuk wanita menggayakan shawl ini dengan sempurna.
Keistimewaan yang ditonjolkan dalam kolaborasi ini di antara industri fesyen dan lukisan merupakan yang pertama di dalam industri fesyen tanah air. Dalam fesyen ini terdapat dua cerita dari setiap rekaan yang dihasilkan. Jadi setiap busana yang dihasilkan mempunyai cerita yang berbeza dari sudut fesyen dan karya lukisan. Contohnya, busana karya Seribu Wajah yang melambangkan kebebasan serta insipirasi sayap burung yang melambangkan expresi wajah manusia yang mempunyai mood dan peranan yang berbeza-beza.
Untuk maklumat lanjut dan belian shawl SofeaRose boleh layari :
Website : www.sofearose.com
Facebook : www.facebook.com/sofearose.my
Instagram : www.instagram.com/sofearose_hq