contest

Lazada Malaysia Big Baby Fair

4:10 PM

Baru sahaja Lazada buat sale sempena ulang tahun ke 5 hari tu ni tetiba buat sale lagi sempena "Big Baby Fair" dari 29 March - 2 April 2017. Haishh ini boleh membuatkan mummies diluar sana duduk depan pc untuk shopping online la kan. Mama pun tak terkecuali terklik klik jugak la nak beli barang baby untuk Qeisya tu.


Untuk pengetahuan korang, Lazada Malaysia menawarkan pelbagai barangan terpilih dengan potongan diskaun sebanyak 85%!! Memang woww sangat ni. Apa lagi korang cepat-cepat shopping sempena Big Baby Fair ni memang berbaloi-baloi. 

Selain itu, sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair ini, Lazada mengadakan contest untuk para blogger iaitu Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. Hadiah lumayan khas untuk 6 blogger bertuah berpeluang memenangi voucher membeli-belah Lazada Malaysia bernilai RM500 setiap sorang. Apa lagi mummies blogger atau bakal mummies jom kita join contest ni. Soalan yang sangat mudah dan korang cuma perlu buat artikel mengenai Lazada dan menjawab 3 soalan seperti di bawah ini.

1) What favourite brand of diapers for your baby (or future baby)? 
Apakah jenama lampin pakai buang kegemaran untuk anak?



Lampin pakai buang kegemaran mama semestilah Mamy Poko Pants. Korang pun tahu kan jenama ni sangat terkenal dengan kualiti yang sangat terbaik untuk anak-anak. Walau harganya memang membuntangkan mata mama tapi mama puas hati sebabnya tidak bocor, kering sentiasa, lembut dan nipis untuk kulit baby.

2) What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 
Apakah pilihan susu tepung formula kegemaran untuk anak?


Bagi susu pula untuk Qeisya masih lagi dia menyusu badan sepenuhnya tapi bagi Qeram mama memang memilih susu Dutch Lady Milk Powder untuk Qeram mendapatkan kalsium dan tenaga setiap hari. Setiap pengambilan susu setiap hari boleh membuatkan Qeram kekal cergas dan membuatkan gigi serta tulang yang kuat. 

2) Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children). 
Pilih satu produk daripada Lazada Malaysia yang ingin diberikan kepada anak.


Sekarang ni Qebal makin minat bergambar, apa sikit mesti suruh tangkap gambar dia dengan adik-adik dia. Dia cakap tangkap gambar boleh simpan kenangan. Yer lah anak blogger kan apa yang mama buat dia akan tengok apa yang mama lakukan. So sikit-sikit dia minat bergambar. Jadi mama rasa Sony A5000 ni bukan sahaja bagi Qebal belajar dan bolehlah mama sekali join gunakan camera ni untuk tangkap gambar serta moment yang indah antara mama dan anak-anak. 

Selesai mama jawab soalan yang mudah ni. Mana la tahu kan Lazada Malaysia bermurah hati bagi hadiah kat mama lagi kan. Kalau bertuah mama lompat bintang la hahaha.. Hahh korang cepat shopping sempena Big Baby Fair dari 29 March - 2 April 2017. 

Bagi yang super cepat dan pantas apa kata korang terjah Lazada Baby Fair Daily Flash Sale. Perghh mak engkau harga memurah jer siap harga barang tak masuk akal iaitu RM1 jer masa flash sale. Setiap hari dari 29 March - 2 April dari jam 12pm dan 4pm korang sila tunggu depan pc yer!!! Tapi mama tak sempat lagi nak grab flash sale ni asyik sold out ajer... hahahah.. Nak grab Flash Sale sila pergi ke Lazada Baby Fair Daily Flash Sale


Ok korang apa tunggu lagi silalah terjah website Lazada untuk membeli barangan baby sekarang. Memang berbaloi-baloi harga yang ditawarkan dengan diskaun sehingga 85%. Selamat bershopping!!

Lazada Malaysia Big Baby Fair


29 March - 2 April 2017

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook