Family Day

Family Day @ Primula Beach Hotel | Day 2 - Mandi Pool & Jalan-Jalan

3:01 PM

Ok kesinambungan citer selepas sukaneka. Korang tahu lepas habis jer sukaneka tu semua pakat gedebushh mandi kolam.. Dari bebudak sampai dewasa mak bapak terjun. hohoho.. dah jadi bebudak memasing tau. Panaih-panaih terik apa nak heran.. terjun jer hahhhh.. Kulit anak-anak sampai bertukar jadi kelabu memasing.. Tak dan nak sapu sunblock bagai depa kalut nak mandi pool.. Korang mandi la yer anak-anak lepas ni jangan duk berqhatib cakap nak mandi pool lagi.. hahahah

Best la depa mandi pool.. 

Mama pun tak terkecuali yer.. tapi duduk bawah titi ni boleh tak sebab kat tempat lain panas.. Tengok Qeisya siap berbikini bottom lagi.. hahahah.. 

Anak mana anak.. Kasi can laa mama nak mandi.. Kat sini 5 kaki sebab mama is hapuih so kena duduk belakang en papa.. En papa cakap dalam air boleh cuba atas darat patah riuk tulang pinggang dia.. cisss mentang2 mama demokkkk.. 

Time ni semua family kami jer mandi pool. hahaha.. 

Dalam tengahari kul 12 lebih semua pakat naik bilik. Pakat lapaq memasing. Siap bebudak ni buat maggie dalam bilik. Hahaha.. Lepas tu turun makan kemudian siap keluar nak pergi solat dekat Masjid Kristal. Time tu mata mama dah nak melekat jer.. Masuk kereta terus ZzzzZZZz lena. Jauh jugak dari hotel ke Masjid Kristal tu. Sesampai sana Qeisya & Qeram lena, so mama pun lena sekali lah.. Yang lelain semua turun pergi masjid.

Kemudian en papa call. Ma nak tak naik TTI Cruise. Ehh boleh jugak la.. dah datang sini tak kan tak jalan kan.. Rancang nak pergi Tamadun Islam yang ada monumen pun tak pergi. Mama is tak sanggup la sebab panaih sangat!! Takut bebudak ni demam + mama is puteri lilin. hehehhe. Kejut bebudak jom jalan.

Satu boat ni family kami jer naik. Hahh ramai tak ramai. Harga mama tak pasti tapi boleh tahan jugak la mahal.. 

Nampak tak segerombolan family kami jer.. heheheh

Naik boat ni mengambil masa 45 minit jugak la dia pusing Pulau Payang ker apa ntah. Memacam pulau ada kat sini, Pulau Mayat la, Pulau Mati la, Pulau Hantu la.. hahahha.. Time naik ni Qeisya nagis-nagis skit sebab nak susu. So mama terpaksa selak baju jugak la nak bagi Qeisya minum. Huhuhu.. 

Hahh nampak kubah tu tempat masuk Taman Tamadun Islam. 

Sepupu sepapat Qebal.. 

Ehh mama nak selfie jugak.. Sebab panas kita pakai rayban :p

Masjid Kristal.. Baru mama tahu kristal tu kecik jer bukan dekat kubah besar tu.. Huhuhu

Ok next entri untuk Malam Kenangan Terindah. Pehtu habis dah entri jejalan dekat Terengganu

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook