Mendidik Anak-Anak Supaya Mereka Menjadi Lebih Baik | Sebagai ibu bapa perkara yang kita patut mengambil berat adalah mendidik anak-anak menjadi mereka yang lebih baik. Dalam dunia yang penuh mencabar kini, bukan mudah untuk mendidik mereka agar menjadi manusia yang berguna. Jadi dengan didikan yang tegas serta penuh kasih sayang sangat penting supaya mereka menjadi manusia yang baik dan berjaya. Pernah mama nasihatkan mereka dua beradik jangan bergaduh dan saling tolong menolong antara satu sama lain tapi biasalah anak-anak laki kalau tak bergaduh sehari tak sah bukan.
Dari segi lain mama selalu titik beratkan agar mereka galakkan bersedekah atau memberi pakaian dan mainan yang tidak pakai lagi kepada saudara mahupun kepada rumah kebajikan yang memerlukan. Dengan sebegini mereka lebih rasa bersyukur bahawa mereka bertuah kerana mempunyai ibu bapa dan bertuah apabila apa yang mereka inginkan selalu dapat. Anak-anak mama sendiri sangat suka sedekah dan menolong orang yang susah. Jangan kedekut atau pentingkan diri sendiri dan perangai ini sangat tidak elok untuk mereka.
Selain dari itu, mama selalu tekankan mereka menjaga alam sekitar dan juga kitar semula. Mereka sangat suka dengan alam sekitar apabila mereka beriadah ke taman atau mendaki bukit. Mama pesan dengan anak-anak mama bahawa jangan sesekali membuang sampah merata-rata agar kita sebagai manusia menjaga kebersihan supaya alam sekitar kita tidak tercemar. Tidak itu juga mama perasan dua beradik ini gemar kitar semula barang-barang seperti batang ais krim disimpan untuk dijadikan mainan mereka.
Untuk menjadi lebih baik ini bukan hanya bersedekah, menjaga alam sekitar malah menyayangi haiwan juga salah satu sifat baik dan terpuji. Sekarang mama membela seekor kucing tapi mama dah tugaskan mereka menjaga kucing dan setiap pagi mereka dua beradik wajib membersihkan najis dan memberi makanan kepada kucing tersebut. Dengan ini mereka menjadi lebih bertanggungjawab serta menyayangi kucing sepenuh hati. Mama paling suka tengok anak-anak mama jadi berani, rajin dan sayang terhadap haiwan.
Korang tahu setiap tahun KidZania akan mengadakan Caring Project dimana ahli-ahli KidZania CongreZZ Kids diberikan tanggungjawab untuk menjalankan projek amal untuk kawan-kawan mereka yang kurang bernasib baik. Melalui projek-projek amal seperti ini kanak-kanak akan menjadi lebih baik dan berani serta bertanggungjawab.
Menariknya di KidZania Kuala Lumpur ini adalah taman tema edutainment pembelajaran interaktif untuk kanak-kanak yang membantu mereka merasai dunia sebenar seperti dalam simulasi pekerjaan dewasa dan merasai kehidupan yang sebenar. Aktiviti-aktiviti ini memain peranan dan bertujuan untuk membantu kanak-kanak mengetahui, mencipta, menjaga, berkongsi dan bermain serta disamping itu menyokong ketahanan emosi kanak-kanak tersebut.
Dengan aktiviti yang mengembirakan ini menggalakkan kanak-kanak dapat belajar tentang diri dan dunia di sekitar untuk memberikan mereka membina keyakinan, kreativiti, komunikasi, pembangunan fizikal dan kemahiran menyelesaikan masalah. Sangat menarik dan kanak-kanak pasti teruja apabila mereka menjejak kaki di KidZania. Apa tunggu lagi jom bawa anak-anak ke KidZania Kuala Lumpur untuk merasai keseronokannya. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.kidzania.com.my