Imam Muda Asyraf Mengajak Orang Ramai Bayar Zakat Secara Online

1:46 AM

Imam Muda Asyraf Mengajak Orang Ramai Bayar Zakat Secara Online | Pernah korang bayar Zakat? Mungkin dulu kalau nak bayar zakat jer mesti kena pergi kaunter di Pusat Pungutan Zakat. Tapi sekarang nak bayar zakat dah semakin mudah dan tak perlu susah pergi ke kaunter lagi tau. Dunia sekarang semakin maju jadinya untuk bayar zakat pun semakin pantas dengan hanya menggunakan perbankan secara online. 


Siapa tak kenal dengan Imam Muda Asyraf? Beliau sendiri membayar zakat secara online sebabnya lebih memudahkan dan tak perlu beratur serta paling senang tak payah nak cari parking untuk pergi ke Pusat Pungutan Zakat lagi. Hanya perlu komputer atau smartphone korang dah boleh membayar zakat dengan cepat dan pantas lagi efision. Dah jom korang dengar apa Imam Muda Asyraf nak cakap dalam video di bawah ni.


Bagi 3,000 pembayar zakat yang terawal melalui perbankan internet akan berpeluang mendapat hadiah istimewa iaitu DVD MP3 koleksi himpunan ceramah dari Mufti Wilayah Persekutuan. Untuk mendapatkan hadiah ini pembayar zakat perlu membayar awal dari 14 Disember (Jumaat) sehingga 28 Disember 2018 (Jumaat) ini sahaja. 


Untuk pembayaran zakat ini terdapat 14 buah ejen bank melalui Perbankan Internet hanya boleh dilakukan oleh pemegang akaun bank seperti berikut :-
  1. www.maybank2u.com.my 
  2. www.bankislam.com.my
  3. www.ambank.com.my
  4. www.cimbclicks.com.my
  5. www.pbebank.com
  6. www.rhb.com.my 
  7. www.ocbc.com.my
  8. www.hsbc.com.my 
  9. www.posonline.com.my 
  10. www.hlisb.com.my 
  11. www.irakyat.com.my 
  12. www.affinonline.com
  13. www.i-muamalat.com.my
  14. www.agronet.com.my
  15. www.mybsn.com.my
  16. www.myeg.com.my
Apa tunggu lagi jom kita tunaikan zakat hanya 2.5% sahaja dari harta kita. Dengan tunaikan zakat  demi kehidupan sekeluarga kita menjadi super indah dan hidup lebih berkat. InsyaAllah. Bagi yang bekerja jangan lupa tunaikan zakat harta dan pendapatan sebelum 31 Disember 2018 ini untuk mendapat rebat cukai sehingga 100%. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.zakat.com.my atau hubungi di talian PPZ di 1-300-88-5757

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook