Michan The Cat

Michan The Cat | Kucing Untuk Qeisya

9:43 AM

Hampir seminggu mama bela kucing si Michan ni. Lega dapat tunaikan impian anak dara. Dah lama dia berkenan dengan kucing ni. Kalau jumpa kucing luar rumah habis dia duk meow kan. sampai dia duduk bersilalah main kucing tu. aduhh... tu belum tengok dia meniarap peluk kucing. haru betul anak dara sorang ni. so nak tak nak carilah sekor kucing. Memula tu nak beli anak kucing dari ibu Siti sebelah rumah ni. Orang kata rezeki kot dapat kucing Michan ni free dari kakak mama kat Sepang. Michan ni pun kucing besar dan bulu dia gebu sangat. Memang Qeisya suka lah!!.. kalau dia geram mau Qeisya ramas muka Michan ni hahh..

Manja mama baru ni.. si bulusss.. hahaha tambah anak mama sekor lagi. 

Sebelum bela kucing ni mama kena la beli sangkar dulu. Nak lepas dalam rumah ni boleh jer cuma takut dia lari keluar la pulak. Hahaha kang hilang jer.. Haruuuu.. Sangkar kucing mama beli dekat Shopee tu pun beli time sale 12.12 ritu. Harga memang paling murah mama jumpa sebab dekat luar agak mahal around RM130 tapi untuk sangkar condo 2 tingkat ni mama dapat RM92 jer weh!!.. terus mama beli lah!!.. ehh nak pasang pun senang cuma jari mama sakit skit masa nak klipkan besi tu. hahaha jari perempuan kan lembut gituuuu.. 

Ok ni mama senaraikan apa yang perlu ada untuk bela kucing :-
  • Kucing 
  • Sangkar
  • Makanan kucing
  • Pasir kucing
  • Bekas makanan & minum
  • Takung pasir
  • Scoop sodok pasir
  • Carrier cage
Comel kan sangkar dia. tak besar tak kecik kira sesuai la untuk sekor dia. memuat jer rumah dia kat tepi pintu ni.

Selain rumah condo 2 tingkat dia ni, mama beli lah takung pasir dia untuk dia berak. heyy kena ada benda ni kalo dia pandai pi toilet lagi best hahah takder la susah mama buang taik dia setiap hari. Untuk takung pasir ni mama beli dekat kedai RM2 jer. korang tahu mama siap ukur la size takung untuk muat2 dalam rumah dia. Hahahah kemahin sampai macam tu nak bela kucing. Bekas makanan tu kakak bagi. Cuma mama tambah bekas air jer untuk dia. Bekas air ni mama beli dekat petshop around RM8 macam tu. 

Benda paling penting adalah makanan kucing dengan pasir tandas dia. So permulaan bela ni mama tak nak la beli yang besar terus. Banyak tempat mama survey harga untuk makanan dan pasir dia ni. Dari petshop sampai la ke Shopee hahhh.. Harga banyak beza dari petshop dan online ni. Macam makanan dia ProDiet ni dekat kedai 99 Speedmart memang murah giler. Untuk 1.25kg ni harga RM13.99 dan untuk 8kg RM61.99. Cer tengok dekat Tesco huhhh mahal tau yang 1.25kg ni dekat RM16 tauuu.. Hahaha bukan la berkira bab makanan ni tapi kalo dah dapat murah of coz la beli yang murah kan. Untuk pasir pulak mama beli jenis biasa jer tu pun 5 liter punya. Next beli mama nak beli yang pasir bau lemon 10 liter terus.

Makanan & pasir kucing

Memula bela Michan dia macam takut jer sebab tempat baru kot. Masa ambik dari rumah kakak Michan punyalah payah nak bunyi meow tau. Tapi dekat sini dia meow sedia-sedia. hahhh hambek kau.. nak dengar bunyi meow sangat kan. Yang paling kelakar masa hari pertama dia tak nak makan dia tak nak berak. Aduhh kucing ni bikin mama risau weh!!!.. hahaha ingatkan anak tak makan tak beyak dah bikin mama risau.. ni kucing tak makan tak beyak pun boleh bikin mama risau.. Punggah betul. Siap mama google la kenapa dia tak nak berak dekat takung pasir ni. Orang kata sebab bekas baru la takder bau bekas dia berak la.. Padahal dia nak kena panggungkan kepala dia masa dia berak. oihh mana mama tau. lawak betul. 

Oh yaa Michan ni sebenarnya kucing betina. Ni mama tengah fikir mama nak mandulkan dia. risau kang dari sekor kucing mau terberanak banyak ekor cucu pulak. Ohh tak mau tak mau.. cukup la Michan sekor jer buat manja mama dengan Qeisya. Bela Michan ni memang senang sebab dia tak cengei langsung dan kucing ni manja gilerrrrr.. Masa mama mandikan dia pun takder nak rengau mama kira senang belalah hahaha. Alaa kalau malas nak bagi mandi boleh jer pergi hantar dia grooming dekat kedai kucing. Cuma kita kena bayar lah huhuhu.. tapi kannnn grooming sekor kucing harga dia perghhh boleh pitam tengok tau. Hahahah kucing pun nak segak macam Che ta jugak.

Ok la ruangan macam ni kan tapi sebenarnya tak berapa nak elok. takper permulaan jer lepas ni mama letak takung dia dekat luar. 

Berbalik pasal mandulkan kucing ni, mama dah tanya dekat klinik vet pasal harga mandulkan kucing betina. Ok harga paling murah mama jumpa dekat klinik Vet Rinching ni around below RM100 tapi sebelum nak mandulkan kucing, doc tu kata kena vaksinkan dulu. Huhuhu. nak tak nak kena vaksinkan jugak sebab masa mandulkan kucing ni takut terjadi apa2 jangkitan kat dia. Ok mama paham pasal tu. Hehehe citer kat en papa pasal harga vaksin kucing dia kata perghhh harga vaksin kucing lagi mahal dari vaksin anak-anak. Kekekek.. jangan tak tahu kalau bawa kucing pergi vet dah serupa macam bawa anak check up jer tau.

Sekarang ni mama tunggu cage carrier kucing ni sampai barulah boleh bawak pi klinik Vet untuk vaksinkan. Takder carrier dia agak susah jugak nak bawak pi vet sebenarnya. Seminggu jaga Michan ni, setiap pagi anak-anak dah ada tanggungjawab masing2. Qebal basuh tray dia, Qeram pulak tukar bekas air dan mama pulak buang taik Michan. Nasib mama ada beli scoop seduk pasir tu. Senang la sikit nak cuci taik dia setiap hari. Qeisya tengok jer taik kucing dia kata eee yerk eee yerk.. hahah dia tahu rupanya tu taik kucing. lawak betul Qeisya ni. Nanti Michan dah vaksin dan mandulkan mama citer next entri ya.. 

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook