Resepi Noxxa

Sup Daging Simple Noxxa

2:00 PM

Salam tengahari semua.. dah makan?? alaa aku macam biasa la asal time keje memang tak makan.. dah makan pagi tadi jer.. time lunch macam ni peluang aku nak rehat, nak update blog, nak blogwalking & etc.. meh ni aku nak share resepi sup daging simple yang dimasak dalam noxxa.. pantas wa cakap sama lu.. weekend jer la dapur mama berasap.. kalo setiap hari tarakkkk... naper aku buat sup daging?? kan aku cut nasi so aku makan sup daging untuk bertenaga.. tapi kan mama dah masak nasi untuk en papa sekali dia kata makan la skit nasi.. hmmm saja tau kasi aku makan gak.. ok i makan tapi i makan 2 sudu jer.. ini boleh kalah si ziana zain.. hakhakhak.. dah jangan merapu lagi mama.. jom kita tengok bahan2 & cara2nya...

Bahan-bahannya :-
* Daging
* Kentang 
* Carrot
* Bawang putih
* Sediikit halia
* Sup bunjut Adabi
* Sedikit serbuk lada hitam
* Daun bawang & daun sup

Cara-caranya :-

Panaskan minyak dalam periuk noxxa.. guna stir fry yer.. tumiskan bawang & halia sehingga wangi dan keperangan. Setelah itu, masukkan daging dan gaul sebentar.

Masukkan air sehingga tengelam isi daging, masukkan sup bunjut, kentang & carrot.. Selepas itu, tutup periuk Noxxa & HP selama 5 minit.. kalo daging korang keras lagi boleh tambah masa lagi yer..

Setelah HP 5 minit, releasekan wap & tekan mode stir fry lagi. boleh la tambah garam & pak aji.. Akhir sekali taburkan daun sup & bawang.. Siap...

Selamat mencuba.. sedap pulak sup ni makan panas2.. 


/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook