Slide The City kembali lagi ke Kuala Lumpur! Yang paling menarik kali ini Slide The City akan berlangsung selama sebulan dari 30 September 2017 sehingga 29 October 2017.
Slide The City merupakan fenomena di seluruh dunia dan telah menyerang bandar-bandar utama termasuklah Amerika Syarikat, Canada, Columbia, United Kingdom, Korea, Jepun, Brunei, Hong Kong, Macau, China, Taiwan dan banyak lagi.
Inilah masa yang menyeronokan dan sejuk pada musim panas ini. Jadi apa tunggu lagi sediakan krim pelindung matahari, pakaian renang dan topi yang ingin merasai pengalaman slide 3 lorong besar di bawah sinar matahari.
Jangan lupa bawa keluarga dan kawan-kawan untuk merasai pengalaman ini dan ia sesuai untuk semua peringkat umur. Selain itu, terdapat permainan untuk kanak-kanak dan karnival makanan pelbagai pilihan trak makanan bagi yang kelaparan.
TIKET SLIDE THE CITY KUALA LUMPUR
Tiket dijual pada harga RM29.00 untuk slide tanpa had atau jika mahukan layanan istimewa, tiket VIP dengan harga RM86.00. Untuk tiket ini boleh didapati secara online dan beli sekarang untuk menikmati harga istimewa!
Korang Save The Date untuk Slide The City Kuala Lumpur
Tarikh :
30 September 2017 - 29 October 2017
Hari & Masa :
* Jumaat [5.00 petang - 12.00 tengah malam]
* Sabtu [9.00 pagi - 12.00 tengah malam]
* Ahad [9.00 pagi - 12.00 tengah malam]
Tempat :
Setia City Convention Centre, Shah Alam
Harga Tiket :
* RM29.00 [Slide Tanpa Had]
* RM89.00 [VIP Tiket]
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.slidethecity.asia atau Facebook Slide The City Malaysia www.facebook.com/slidethecitymalaysia