Product Review

Life Starter Kit Dengan ZEN GARDEN Shower Cream

4:51 PM

Penjagaan badan yang baik mesti melibatkan rutin mandian yang kerap dimana penggunaan shower cream agar memastikan kita bersih, dilindungi dan segar sepanjang hari. Dengan adanya shower cream dapat memberi keharuman dan kesegaran untuk seluruh ahli keluarga. 

Kali ini mama nak share dengan korang mengenai "Life Starter Kit dengan Zen Garden". Zen Garden merupakan jenama kepada anak syarikat dari Loving Hands Marketing yang telah ditubuhkan sejak November 2006 lagi. Selain produk shower gel, produk dari penjagaan rambut, pencuci untuk isi rumah juga turut dijual bawah Loving Hands ini. 


Shower cream ini disyorkan khas untuk kulit kering dan kesemua produk berasaskan susu yang meninggalkan kulit licin dan terhidrat. Zen Garden Shower Cream didatangkan dalam lima perisa yang berbeza iaitu :
  • Royal Jelly & Vitamin E | Nourishing
  • Goat's Milk & Vitamin E | Whitening
  • Papaya | Refreshing
  • Green Tea & Aloevera | Refreshing
  • Lavender & Chamomile | Relaxing

Royal Jelly Shower Cream | Zen Royal Jelly & Vitamin E krim mandian untuk membersihkan semua jenis kulit melalui penggunaan bahan-bahan semula jadi dan pelembap yang terbaik. Tekstur berkrim dan formula madu yang seimbang membuatkan kulit anda berasa segar, lembut dan berbau wangi. Ia juga tidak mengeringkan kulit malah melembabkan kulit sepanjang hari.


Goat's Milk Shower Cream | Dimewahkan, diperkaya dengan pelembab badan untuk melindungi kulit daripada alam sekitar. Ia membersihkan kekotoran tanpa mengeringkan kulit anda. Susu kambing diiktiraf sebagai penyubur kulit dan mengandungi protein aktif yang boleh diserap dengan mudah oleh kulit serta memberikan kesan pelembap semula jadi. Ditambah dengan mineral dan vitamin untuk memberikan kulit lembut dan membantu menyegarkan sepanjang hari.


Papaya Shower Cream | Kulit anda akan bermanfaat daripada kebaikkan ekstrak-ekstrak semula jadinya. Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan menjadikannya bersih, wangi bau betik dan lembut serta menyegarkan. Betik memberikan 3 tindak balas dalam satu termasuk pengelupasan, pencerah dan pelembab untuk memastikan kulit kelihatan berseri. Kandungan pelembapan semula jadi, agen anti pengoksidaan dan pelembut serta membersihkan dan melembapkan kulit agar lembut dan halus.


Green Tea Shower Cream | Green Tea & Aloe Vera memberikan kecergasan dan melegakan kulit badan daripada keletihan seharian. Kombinasi ekstrak teh hijau dan aloe vera menyegarkan dan melegakan kulit. Teh hijau diperkayai dengan Vitamin B kompleks, Vitamin C & E dan terkenal dengan daya anti-oksidan. Aloe Vera membantu melegakan kulit supaya segar sepanjang hari dan kulit sentiasa sihat. Sesuai untuk semua jenis kulit


Lavender Shower Cream | Melicinkan dan melembutkan kulit manakala ia memberi menenangkan dan melegakan. Zen Garden Lavender & Chamomile Shower Cream mengubah mandian harian anda dan memberi pengalaman yang santai serta dapat memanjakan diri ketika mandi. Cahaya, bau segar lavender dan chamomile juga membantu untuk menenangkan dan merehatkan deria anda sambil buih-buih membersihkan dan melembutkan kulit tanpa sisa. Formula pembersihan dan membilas akan membuatkan lembut dan licin dan memberi ketenangan sepanjang hari.


Siri Zen Garden ini sesuai untuk semua jenis kulit. Bagi Zen Garden Shower Cream ini terdapat 2 size iaitu 2100 ml dan juga 1000 ml. Harganya pula sangatlah berpatutan untuk seluruh keluarga anda. Produk Zen Garden ini boleh didapati di pasaraya Mydin, CS Hypermarket dan kedai-kedai farmasi terpilih.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook