Setiap wanita impikan kulit yang cantik, cerah dan berseri tanpa sebarang cela di wajah. Tipu lah siapa yang tak nak cantik betul tak. Jadi kulit perlu dijaga dengan sempurna dengan mengamalkan supplement agar kulit wajah tidak kusam, berkedut dan berusia sebelum usia. Oleh itu, mama telah mencuba satu produk minuman kecantikan dan kesihatan terbaru dari Carrisa Cosmetics iaitu Carrisa CollaShot yang berperisa campuran beri dan kaya dengan Vitamin C dan Kolagen.
Carrisa CollaShot mengandungi empat bahan terbaik seperti khasiat campuran buah beri, ekstrak Sakura, ubi merah dan Kulit Kayu Pain. Kelebihannya dirumuskan khas dengan empat ramuan premium semulajadi jus kecantikan harian, memberikan kesihatan dan kesegaran kulit yang optimum sepanjang hari serta menambah tenaga.
Carrisa CollaShot bolehmencerahkan dan memutihkan kulit malah boleh juga mengurangkan pigmentasi bagi setiap pengambilan yang konsisten. Kulit akan nampak anjal, lembab dan lebih muda. Kesannya kulit tampak lebih cerah dan berseri seawal 10 hari. Bukan sahaja minuman kecantikan tetapi juga kesihatan dimana ia menambah tenaga dan melawaskan.
Untuk pengetahuan semua, Carrisa merupakan syarikat fesyen dan gaya hidup yang diusahakan pasangan suami isteri yang juga usahawan berjaya, Zurin Zakaria dan suaminya, Amer Adnan. Diasaskan pada 2015, Carrisa memulakan perniagaan menerusi bidang fesyen dengan butik pertama, Carrisa Boutique di Kota Damansara. Manakala pada tahun 2018, Carrisa meluaskan empayar perniagaan dalam industri kosmetik dan penjagaan kulit.
"Saya meluaskan empayar dengan menerokai satu lagi perniagaan, Carrisa Cosmetics supaya selari dengan Carrisa Collection. Selepas perniagaan butik mencecah lima tahun dan pendapatan semakin stabil demi minat dalam bidang kecantikan saya perlu meluaskan bidang perniagaan saya, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Carrisa Collection dan Carrisa Cosmetics, Zurin Zakaria.
Menariknya CollaShot ini ia mudah dibawa dan dinikmati, tak kira tempat atau dalam kesibukan jadual harian. Tidak perlu dibancuh dan terus minum dengan mudah. Rasa campuran beri yang sedap dan kaya dengan Vitamin C dalam setiap sachet. Kata Puan Zurin Zakaria, ''beliau mahu menyemat inspirasi dimana wanita yang mahu menambah pendapatan dan memiliki perniagaan dengan membuka peluang menjadi agen, stokist ataupun dropship. Hasratnya mahu melahirkan ramai usahawan, khususnya golongan wanita."
Antara kelebihan Carrisa CollaShot ini adalah :-
- Meningkatkan kelembapan & keanjalan kulit serta mengekalkan kesihatan kulit
- Memutihkan & mencerahkan kulit dalam tempoh masa 10 hari sahaja
- Membersihkan kulit dari toksin serta meratakan tona wajah
- Memperbaharui permukaan kulit serta mengurangkan garis kedutan
- Meningkatkan stamina serta metabolisma dan memberi tenaga sepanjang hari
Manakala Duta Carrisa iaitu Sherry Ibrahim seorang selebriti yang bebas kontroversi dan mudah menjalinkan kerjasama kerana Sherry seorang yang multi-talented. Dia rajin dan sentiasa bersemangat dan juga seorang wanita yang minat dalam dunia perniagaan. Sherry juga amat mementingkan kecantikan dan kesihatan malah seorang yang aktif,mematuhi masa dan berdisiplin.
Hampir 10 hari mama mencuba Carrisa CollaShot memang best sebab mudah jer minum tak perlu bancuh dan boleh minum dimana-mana sahaja. Rasa campuran buah-buahan manis dari buah dan rasanya sangat sedap. Yang paling best minum CollaShot ni dapat melawaskan pembuangan setiap pagi dan satu lagi badan lebih rasa cergas. Sekarang hanya parut sahaja yang ada di wajah mama jadi mama kena ambil masa untuk hilangkan parut tersebut. Jadi mama perlu sambung untuk kotak ke 2 pula. InsyaAllah.
Bagi yang ingin dapatkan produk keluaran Carrisa boleh didapati melalui pembelian secara talian, agen yang sah dan Galeri Carrisa di Wangsa Maju atau SACC Mall. Untuk harga Carrisa CollaShot ini sekotak hanya RM89.00 sahaja bagi 10 sachets. Dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik mama yakin ramai pengguna di kalangan wanita dapat mengamalkan minuman kesihatan Carrisa CollaShot ini.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
Facebook : www.facebook.com/CarrisaBeauty
Instagram : www.instagram.com/CarrisaBeauty
Telefon : 011-6064 0279
Love,