SMI Cars Rasmi Ruang Pameran Baharu & Tawar Kepada Pelanggan Potongan Harga Sehingga 50%

9:09 AM

SMI Cars Sdn Bhd, atau dahulunya dikenali sebagai Superbike Motortrade International Sdn Bhd, telah melancarkan ruang pameran kenderaan yang pertama di Jalan Ampang hari ini. Diterajui ahli pengurusan yang berpengalaman lebih 30 tahun dan seorang pengarah muda, SMI Cars menawarkan pelbagai model kenderaan mewah dan kenderaan impot kepada rakyat Malaysia, terutamanya warga Kuala Lumpur. Sebagai ahli PEKEMA, SMI Cars komited untuk menjadi pengimpot yang menawarkan inovasi terkini dan perkhidmatan peribadi yang tersendiri.


Terletak strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur, bangunan satu tingkat ini telah direka oleh seorang bakal arkitek berumur 19 tahun, Asyraaf Khan, yang menampilkan seni bina moden dengan suasana mesra untuk memastikan keselesaan pelanggan diberi keutamaan. 

Mempamerkan hampir 150 variasi kenderaan berkualiti tertinggi, antara kenderaan yang memenuhi ruang pameran SMI Cars adalah Mustang, Lamborghini, Maserati, Range Rovers, Mercedes, BMW, Audi, Lexus, Mini Cooper, dan koleksi kenderaan serba guna (MPV) jenama Toyota seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard and Toyota Estima.


Bagi meraikan ruang pameran baharu ini, SMI Cars telah menganjurkan sebuah upacara perasmian ‘normal baharu’ dengan kehadiran peminat-peminat automotif dan persembahan oleh artis-artis tempatan. Pengunjung-pengunjung berpeluang untuk meneliti pilihan yang ada sebelum membuat keputusan dan diberi kesempatan untuk memandu-uji kenderaan yang mereka sukai. Untuk tidak menimbulkan sebarang kerisauan dan keraguan tentang soal kesihatan, SMI Cars komited memastikan bahagian luar dan dalam kenderaan disanitasi setiap kali selepas dipandu-uji.

Bersama NICO G yang merupakan Event MC pada hari tersebut

Berpeluang bergambar dengan penyanyi terkenal Dato Jamal Abdillah

Pengarah SMI Cars, Dato’ SM Zulkifli berkata, “Kami amat teruja dengan perusahaan ini dan tidak sabar untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan. Mungkin ada yang mengatakan kami masih muda, tetapi di SMI Cars kami menerima pembaharuan dengan sepenuh hati, sebab itu kami berbangga dengan Irene Deanna sebagai salah seorang ahli pengurusan syarikat ini. SMI Cars percaya mereka mempunya masa hadapan yang cerah dengan kehadiran orang muda dalam pengurusan atasan syarikat kerana ianya dapat menggalakkan inovasi dan pemikiran yang maju ke hadapan. Inilah keunikkan SMI Cars kerana kami menghargai kepimpinan belia dan yakin golongan ini berperanan penting dalam industri ini pada masa akan datang.”



Sebagai pengarah muda di SMI Cars, Irene Deanna menambah, “Kami tahu bahawa untuk dikenali kami harus bersikap dinamik. SMI Cars bersedia untuk menuju ke arah inovasi yang akan mengganggu norma industri dan kami berbesar hati untuk kongsikan rancangan kami apabila tiba waktunya. Matlamat kami adalah untuk menawarkan pelanggan-pelanggan kami dengan pelbagai pilihan yang luar biasa dan pengalaman baharu yang mengagumkan sepanjang proses pembelian kereta impian mereka. "

Persembahan dari NICO G 

Selain menawarkan potongan cukai jualan sebanyak 50 peratus seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di bawah rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek bagi membantu sektor automotif yang dikenali sebagai Penjana; SMI Cars turut membuat tawaran khas Merdeka. (*Tertakluk kepada terma dan syarat)


SMI Cars berharap dengan penurunan kos memiliki kenderaan impot para pelanggan akan teruja dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara kita. Bagi mereka yang sedang mencari kenderaan baharu atau ingin menaik-taraf kenderaan yang sedia-ada, sekarang adalah peluang terbaik untuk membeli kenderaan impian anda dengan harga yang lebih rendah. 

 Untuk maklumat lanjut mengenai SMI Cars : Facebook : @SMI Cars | Instagram : @SMI_Cars

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook