Promosi Terbaru Menu Nasi Kandar Di Marrybrown

4:38 PM

Tudiaaa siapa pengemar makan Nasi Kandar ni berita baik buat korang yer. Macam biasa mama nak syorkan kat korang semua menu terbaru dari Marrybrown iaitu Nasi Kandar Marrybrown. Fuhhh mama memang suka makan dekat Marrybrown ni sebab ayam dia sedap dengan bubur pedas dia memang terbaik yer. Bagusnya Marrybrown ni dia orang pelbagaikan menu-menu memang kena dengan citarasa rakyat Malaysia. Tengok la menu terbaru Nasi Kandar ni memang semua sangat sukalah tak kira bangsa dan juga agama. 


Ehh mana boleh mama makan sorang-sorang dan korang pun patut cuba tau Nasi Kandar Marrybrown ni. Confirm makan tak pandang kiri kanan dah. Orang kata layannnnn memang thorbaik yer. Puas hati la dengan setiap hidangan yang lengkap dengan nasi, ayam, telur, papadom, kacang bendi dan juga kuah kari yang cukup kick. Memang kenyang la mama makan kemarin sampai rasa nak tertido lepas tu hahahah. Portion pula besar kalo time lapar tu memang kenyang sampai petang lah.


Nampak tu dengan 2 ketul ayam yang rangup dan disajikan dengan nasi yang dibanjiri dengan kuah kari, dilengkapi dengan telur rebus yang dibelah dua, kacang bendi, papadom dan segelas Heaven atau Earth Teh Ais Limau yang menyegarkan. memang mama gerenti korang puas hati la makan Nasi Kandar Marrybrown ni.



Bagi yang teringin nak mencuba Nasi Kandar Marrybrown ni boleh pergi cawangan restaurant Marrybrown di seluruh Malaysia. Harga bermula dari RM16.20 dengan satu hidangan nasi bersama 2 ketul ayam goreng serta disertakan bersama air Heaven & Earth Iced Lemon Tea. Manakala nasi bersama 1 ketul ayam hanya RM12.70 sahaja. Untuk set hidangan Nasi Kandar Marrybrown ini telah berada di cawangan-cawangan Marrybrown di seluruh Malaysia pada 16 Julai 2020.

Apa tunggu lagi silalah terjah restaurant Marrybrown yang berdekatan dengan korang yer. Rugi tak cuba oihhh..

Jom layan mama makan Nasi Kandar Marrybrown

Untuk maklumat lanjut boleh layari mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

Like us on Facebook