Jana Pendapatan Dengan Mudah Secara Dalam Talian Di MeCan Trade

11:59 PM

Semenjak masalah wabak pandemik Covid-19 telah melanda seluruh dunia memang mama tidak nafikan antara pergerakan kita semua terbatas sehingga memberi kesan kepada sektor ekonomi. Bukan itu sahaja sehinggakan banyak syarikat yang mengalami kerugian sampai ada yang hilang pekerjaan akibat diberhentikan kerja. Selepas kejadian tersebut, mama perasan ramai yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan atas talian. Sehinggakan ada yang menjadikan pendapatan dengan hanya menjual sahaja. Oh ya mama nak share cara kita mendapat pendapatan pasif secara konsisten iaitu dari MeCan Trade.


Mesti ada yang nak tahu kan apa itu MeCan Trade? MeCan Trade ini merupakan pusat sehenti membeli-belah atas talian yang menawarkan pelbagai barangan dan produk yang menarik dan juga keperluan asas isi rumah. Terdapat 3 cara untuk menjadi sebahagian ahli MeCan Trade samada kita menjadi Pembeli (buyer), Penjual (Seller) ataupun Duta (Ambassador). MeCan Trade ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur dan sehingga kini syarikat ini sudah diperkenalkan di Malaysia, China, thailand dan Indonesia. Dan perancangan pada masa akan datang akan diperluaskaa lagi ke Singapura, Vietnam, Cambodia, Laos dan Myanmar. 

Pengasas MeCan Trade adalah Mr Andy Goh yang mana merupakan pengasas kepada Old Town dan kini merupakan pemilik rangkaian Restoran Nam Heong. Seorang yang sangat optimis dan berpandangan jauh didalam bidang perniagaan dan teknologi. Di mana dengan pengalaman yang cukup lama serta berpengetahuan strategi dalam bisnes, beliau ingin membantu mereka yang menghadapi masalah didalam perniagaan ketika ini.


Oh ya sesiapa sahaja boleh melibatkan diri dalam perniagaan MeCan Trade ini dan korang boleh buat dimana sahaja dan bila-bila masa. Dengan adanya platform ini kita boleh berurusniaga atas talian tanpa mengeluarkan modal langsung, tidak perlu simpan stok dan tidak akan risiko untuk kerugian. Malah cara ini membolehkan kita menjana pendapatan sangat mudah dengan konsisten.

Cara yang cukup mudah untuk promosikan produk yang dijual di MeCan Trade tersebut hanya menggunakan platform social media sahaja. Bagi yang tidak mahir jangan risau semuanya sangat mudah kerana dari mendaftar, prosedur, pembelian, pembayaran, penghantaran semuanya dilakukan dalam satu portal. MeCan Trade dapat menghubungkan antara penjual dan pembeli secara tidak langsung. Manakala produk yang dijual dari jenama local dan juga antarabangsa.

Ringkasan ciri-ciri MeCan Trade adalah :-
  • eDagang pelbagai saluran - Disokong dengan teknologi masa hadapan melalui ekosistem digital yang pintar. Ianya boleh diskalakan dan dapat disesuaikan dengan perubahan.
  • Perniagaan tanpa sempadan - Sumber yang efektif dari segi kos untuk berurusniaga peroduk terutama dari luar negara Asia. Kesemua transaksi boleh dilakukan dalam mata wang tempatan tanpa perlu menghadapi sebarang kerugian.
  • Kerjasama strategik - Mempunyai rakan kongsi yang kuat dan reputasi baik.
  • Penyelesaian Data Besar - Meningkatkan kecekapan untuk perniagaan seperti ini yang melibatkan SEO dan SEM untuk memajukan perniagaan dengan betul mengikut demografinya.
  • Sokongan End to End - Dengan adanya pasukan yang berpengalaman dapat memberi nasihat mengenai operasi, pemasaran, rangkaian, IT dan juga kewangan.

Sebenarnya mama telah menyertai sebahagian daripada MeCan Trade ini. Yang paling menarik mama pun mempunyai platform dalam talian sendiri tau. Sangat mudah dengan tanpa modal, tanpa risiko mama boleh menjana pendapatan yang santai. So korang boleh terjah e-store mama di :-


Sebagai Duta (Ambassador) MeCan Trade, mama hanya perlu aktif mengemaskini produk di laman atas talian sahaja. Korang jangan risau mengenai gambar dan info produk semuanya telah disediakan oleh pihak MeCan Trade sendiri. Kita hanya perlu share sahaja ke social media kita yang ada. 


Antara produk yang terdapat di e-store MeCan Trade mama adalah groceries dan juga healthy & beauty. So korang boleh cari produk yang korang mahukan dan boleh mula membeli belah macam biasa. Selepas selesai buat pembayaran korang hanya perlu tunggu barang tersebut sampai di depan rumah sahaja. Mudah bukan korang tak perlu keluar dan menjimatkan masa serta minyak kereta. 

Mudah kan dengan MeCan Trade ni semuanya dibawah satu bumbung (one stop centre) dan kita boleh pilih banyak produk yang kita mahukan. Mama nak recommended 2 produk yang mama guna dan mudah didapati di http://jueliza.mecan.trade seperti Vanzo dan juga Nightmood.


Vanzo merupakan penyegar udara yang dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan dan juga bebas daripada bahan kimia. Ianya juga tidak mengandungi alcohol, formaldehyde, benzene dan toluene. Produk daripada syarikat yang begitu terkenal dalam dunia pengkomersilan pewangi selama lebih 125 tahun, Ogawa & Taiyo Corporation, yang cukup terkenal di Jepun dan Asia sebagai pengeluar produk yang selamat dan berkualiti.

Dan kini Vanzo telah memperkenalkan penyegar udara khas untuk kenderaan dan paling penting selamat digunakan. Ini memandangkan semua produk yang diperkenalkan mendapat kelulusan daripada MSDS International Standard Test Report, lulus ujian SGS dan juga menerima Certificate of Analysis. Wangian jenama Vanco ini bertahan 60 hari lamanya dan terdapat 2 jenis untuk dashboard dan penyaman udara mini adalah sama dari segi wangian namun ianya berbeza jika dilihat dari segi saiz. 


Vanzo terdapat 2 jenis berbeza iaitu Dasboard Series dan juga Aircond Vent Series (Miniature) :
  • English Pear & Freesia - An innovative fragrance of mellow scented fresh pear with cool white freesias and a delicate yet distinctive scent.
  • LX Secret Musk - Unique scent that brings about the image of sea breeze and a field of blooming flowers.
  • LX Velvet Musk - Natural velvet musk scent that encompasses floral and wood notes.
Mama paling suka bau wangi penyegar Vanzo dalam kereta dapatlah hilang bau yang kurang enak dan juga mood akan lebih tenang ketika menghadapi tekanan semasa menghadapi kesesakan lalu lintas. Untuk maklumat lanjut boleh layari : https://vanzoasia.com


Produk ke 2 yang mama nak recommended adalah Nightmood. Semenjak 3 minggu lepas mama mengalami masalah sukar tidur, agak tertekan dengan masalah yang mama hadapi. Jadi dengan pengambilan Nightmood ni sedikit sebanyak dapat membantu masalah susah tidur dan stress yang mama alami. Nightmood ini mengandungi pati tumbuhan semulajadi untuk membantu menghilangkan insomnia, kegelisahan, kemurungan dan membuatkan minda rasa tenang. Denagn bahan utama Venetron, Chamomile, Lemon Balm, Pumpkin Seed, Passion dan Valerian Root.

Manfaat yang mama dapat dalam Nightmood ini adalah meningkatkan kualiti tidur, meningkatkan focus, melegakan kegelisahan, meredakan insomnia, mood, antibakteria dan anti-oksidan, mengimbangkan kadar gula dalam darah & tekanan darah, meningkatkan peredaran darah dan mengaturkan tekanan darah tinggi.


Nightmood ini telah melalui ujian dan proses pembuatan serta peraturan keselamatan makanan yang betul. Ekstrak Venetron Rafuma telah terbukti secara saintifik bersamaan dengan kesan sinergi dengan asid gamma aminobuyyric (GABA) melalui Uchida Kraepelin (ujian matematik bagi meningkatkan tekanan pada penguji) yang menunjukkan bahawa indeks tekanan tidak meningkat. 

Manakala teknologi liposomal berfungsi dengan menggunakan liposom untuk menutup nutrien penting di dalamnya sehingga ketika menyerahkannya ke bahagian tubuh kita yang sesuai dan dapat diserap dengan mudah. Vacuum distil dan pengekstrakan suhu rendah untuk memastikan nutrien berada dalam keadaan yang paling bermanfaat. Oleh itu, Night Mood dapat memberi mama tidur malam yang lebih  baik kerana Nightmood ini bebas gluten, alergen, tiada kandungan susu, vegan, bebas bahan pengawet, tidak beracun dan bahan semulajadi. Untuk maklumat lanjut boleh layari https://ams-science.com/

Walau kita hanya di rumah sahaja kita dapat menjana pendapatan dengan mudah hanya menyertai MeCan Trade. Dengan hanya hujung jari kita semua orang boleh mulakan perniagaan ini dengan tiada modal, tiada risiko, tiada simpan produk dan yang lebih penting ianya mudah dan efisyen  kerana MeCan ini menawarkan pelbagai jenis produk yang boleh dipilih dan dibeli. Untuk maklumat lanjut mengenai MeCan Trade ini boleh layari https://mecan.trade/mainsite

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook