Dah seminggu kita puasa, kadang tu dah jemu nak makan nasi kan. itu perkara biasa bulan Ramadan memang akan selalu terjadi macam ni. Macam mama sendiri pun puas fikir nak masak apa, nak makan apa. So tak nak buntu kepala mama pun teringin sangat nak makan steamboat & grill. Last makan pun dah tak ingat bila hahaha so mama suggest berbuka puasa di D'Kayangan Grill & Steamboat BBQ, Shah Alam.
Memang meriah kalau waktu bukan bulan puasa di D'Kayangan Grill & Steamboat BBQ ni. Sebabnya harga pakej buffet yang sangat murah dan dekat sinilah steamboat no 1 di Shah Alam tau. Kira viral la tempat ni. Untuk bulan puasa ni lain sikit sebab ada buffet buka puasa dekat sini. Yang pasti untuk buffet aneka steamboat & grill tetap ada macam biasa. So apa lagi jom la kita main masak-masak dekat sini.
Dengan bertemakan "Salam Citarasa" Ramadan, D'Kayangan Grill & Steamboat BBQ menyediakan pelbagai menu buffet Ramadan seperti :-
✅ Aneka Seafood
✅ Aneka boat
✅ Aneka Grill
✅ Live Cooking Kambing Golek
✅ Live Cooking Roti John
✅ Live Cooking Char Kuey Teow Basah
✅ Ayam Goreng Berempah
✅ Nasi Arab
✅ Nasi Beriani
✅ Ayam Masak Merah
✅ Pasta Bolognese
✅ Aneka Kek
✅ Aneka Kuih Melayu
✅ Dessert ABC & Ice Cream
✅ Aneka Buah-buahan & Rojak
✅ 6 Jenis Minuman
✅ 12 Jenis Sos
✅ Sup Tomyam & Ayam
✅ Grill & Steamboat Stove
Jangan risau dekat D'Kayangan Grill & Steamboat BBQ ada juga bagi nasi seperti nasi Arab dan nasi beriani, pasta bolognese serta sayur dan lauk pauk yang lain. Yang paling istimewa disini setiap tahun adalah Kambing Golek dia. Ramai peminat kambing kan so korang patut cuba rasa kambing golek dia dibakar Live depan korang semua. Rasa daging kambing lembut dengan perapan rempah yang sangat awesome.
Bagi aneka steamboat & grill di D'Kayangan sangat menarik coz pelbagai aneka seafood seperti kupang, lala, udang, ikan, papahat, ketam dan juga terdapat perapan ayam, daging, kambing, serta frozen food lain seperti fishball, hotdog dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja segala jenis pelbagai mee pun ada. Ehh jangan lupa sayur-sayuran seperti sawi, kangkung, bayam dan brokoli yer untuk dimasukkan dalam steamboat tu nanti. Tak best pula kalau tak makan sayur kan.
Ni lah special di Steamboat & Grill di D'kayangan terdapat pelbagai jenis sos untuk kita cicah dengan steamboat & grill tu. Nak jenis blackpepper ada, cili pedas ada, cili jeruk ada, sambal belacan ada, cili kicap ada, mayonese ada. ehhh segala jenis macam sos ada lah. Tapi korang ambik berpada-pada jangan sampai membazir pula yer di bulan yang mulia ni ok.
The best part mama suka part rojak buah ni. Baper kali ulang entah padahal rojak buah jer pun. Tapi makan pula dengan sos khas dia ehh sedap yer walau rojak buah sebab susah nak jumpa dekat luar. campur semua buah-buah dan gaul mesra dengan sos hitam khas tu memang ummpphh terlajak makan rojak buah dekat sini. Hahaha. Kemudian macam biasa part kuih muih, aneka kek, pelbagai buah-buahan serta air-air pun ada di sini. Korang boleh jer ambil bila-bila masa ok.
Kenapa mama kata best makan dekat sini. Of coz la sambil makan, sambil masak dan sambil sembang-sembang dengan keluarga dan rakan-rakan. Makan pun rasa santai dan yang paling penting best masak-masak steamboat & grill ni. Paling kurang dapat mengeratkan lagi keakraban bersama orang tersayang. So korang boleh jer makan sampai kenyang dekat sini tau.
Masa mama pi berbuka puasa tempoh hari di D'Kayangan Grill & Steamboat BBQ ni full house yer. Ramai orang berbuka dekat sini. Tapi jangan lupa patuhi SOP yang ditetapkan yer. Kang tak pasal kena saman. So, pandai-pandai la semua jarakkan sosial sebab semua dah besar kan. Makan tetap makan dan Kita Jaga Kita.
Sebelum datang berbuka puasa di D'Kayangan Grill & Steamboat BBQ ni make sure korang buat tempahan dulu yer. Di sini selalunya memang full house la takut korang yang walk in tak dapat nak menjamu selera di sini. So, please booking dulu yer dan bagitau berapa pax yang nak datang tu nanti.
Harga Bufet Buka Puasa di D'Kayangan Grill & Steamboat BBQ
Dewasa : RM39.90 nett/pax
Kanak-kanak : RM22.90 nett/pax
Warga Emas / OKU : RM35.00 nett/pax
Kanak-kanak 3 tahun ke bawah adalah PERCUMA
Untuk bufet buka puasa D'Kayangan Grill & Steamboat BBQ akan berlangsung sepanjang bulan puasa dari 13 April 2021 hingga 12 Mei 2021. Bufet buka puasa bermula dari 5.00 petang hingga 9.00 malam. Diharap datang awal untuk mengelakkan kesesakan ketika mengambil makanan. Jom makan-makan sambil masak sendiri di sini!
Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh layari :
D'Kayangan Grill & Steamboat BBQ
No 1 Jalan Lompat Tinggi
13/33m Section 13
40100 Shah Alam
Selangor
Facebook : www.facebook.com/dkayangansteamboat
Instagram : www.instagram.com/dkayangansteamboat
No telefon : www.wassap.my/+60122971091 | www.wassap.my/+60162591091
Love,