Buka Puasa Buffet Seafood Di Ombak Kitchen, Bangsar

7:41 AM

Bulan Ramadan adalah bulan dimana untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga dan sahabat handai. Masa bulan puasa la ramai yang dinantikan dengan beribadat dan disamping itu berpeluang berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Jadi mestilah waktu berbuka kita nak cari menu lain dari yang lain. So, kali ni mama nak sharing dengan semua tempat berbuka puasa makan seafood di Ombak Kitchen, Bangsar.


Dengan tagline "Pakai Tangan Jer" mesti dah boleh bayangkan makan macam mana. Yes di Ombak Kitchen menghidangkan makanan laut yang di lambak atas meja dan semua orang akan menikmati dengan menggunakan tangan sehingga menjilat jari. Untuk pengetahuan semua, Ombak Kitchen terdapat 2 cawangan iaitu di Bangsar dan juga Bukit Jelutung.

Menariknya di Ombak Kitchen ini adalah menikmati makanan laut premium dengan sos Cajun yang sangat popular di sini. Kenapa sos Cajun kerana sos ni sangat unik, rasa pedas kaw tapi digabung dengan nasi memang super awesome. Rasanya sumpah sedap sangat dan lain dari yang lain. Korang patut cuba makan seafood di Ombak Kitchen ni tau. 


Sempena bulan Ramadan, Ombak Kitchen menyediakan 3 combo set Ramadan seafood berbeza dengan tawaran yang sangat menarik untuk dikongsi bersama orang tersayang iaitu :
  • Set Shifaa untuk 2 orang RM199.00++
  • Set Najwa untuk 4-5 orang RM399.00++
  • Set Alisha untuk 6-7 orang RM599.00++
Setiap set ini dihidangkan dengan Combo, Appetizer, Dessert dan Beverages. Harga yang ditawarkan sangat berbaloi so kalau makan ramai-ramai boleh la berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan. Memang havoc la makan seafood lambak atas meja tu nanti. 





Untuk hidangan appetizer akan dihidangkan di setiap meja manakala untuk dessert dan beverages dihidangkan secara ala buffet. So korang boleh jer pilih yang mana korang nak makan yang mana. Dan macam biasa untuk combo akan dihidangkan di atas meja yang telah dilapikkan dengan parchment paper. Yang pasti korang akan tergoda dan tak sabar untuk menjamu selera!


Bagi hidangan seafood cajun sos ini terdapat 3 set berbeza. Yang dalam gambar ni merupakan set Shifaa terdapat Prawn Extra Large, Baby Lobster, Scallop Shell On, Blue Mussel, Clam Hamaguri, Potato, Corn, Broccoli, Cheese Sausage dan juga nasi. Manakala untuk set Najwa dan Alisha pula sedikit berbeza iaitu terdapat Crab XL dan Alaskan King Crab. Selain itu, jika ingin penambahan seafood lain seperti Up Grade H7 Crabs, H7 Crab, Canadian Red Lobster dan juga Alaskan King Crab juga disediakan dengan setiap harga yang berbeza. 


Dengan harga yang ditawarkan memang sangat berbaloi untuk berbuka puasa dengan seafood yang sangat sedap kerana dapat menikmati kesegaran makanan laut yang disaluti sos cajun yang istimewa dengan penuh aroma. Yang lagi menarik tengok la udang-udang semuanya size besar confirmlah puas hati makan dan pulang dengan perut kenyang.

Oh ya bagi yang tak dapat menikmati seafood di restaurant Ombak Kitchen jangan risau kerana Ombak Kitchen juga boleh buat penghantaran terus ke rumah korang. So, untuk order delivery services boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

Bangsar | 010-240 5946
Bukit Jelutung | 010-220 5946


Menarikkan buka puasa seafood di Ombak Kitchen. Memang lain dari yang lain yang pasti seafood di sini sangat segar, sedap dan memang akan teringat-ingat la sos cajun yang unik tu. Lepas ni kalau dah tak tau nak berbuka puasa apa boleh lah terjah berbuka puasa di Ombak Kitchen. Sebelum tu korang make sure booking dulu yer takut penuh pula restaurant ni nanti. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

OMBAK KITCHEN BANGSAR
12 Lorong Ara Kiri 2
Bangsar, 59100 Kuala Lumpur


Love, 
/>

You Might Also Like

2 Comments

Like us on Facebook