Raikan Ramadan Dengan 'AYAM SEDAP BAQ HANG' Di The Chicken Rice Shop

3:24 PM

Sempena bulan Ramadan ini, seluruh umat Islam sedang bersiap sedia untuk menjalani ibadah puasa yang akan diikuti dengan Hari Raya Aidilfitri. Dengan adanya sekatan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) disebabkan oleh pandemik, inilah masa yang terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan anda sambil menikmati hidangan baharu yang lazat ini – ‘Ayam Sedap Baq Hang’ oleh The Chicken Rice Shop (TCRS)


Bagi peminat nasi ayam boleh lah mencuba menu terbaru ‘Ayam Sedap Baq Hang’ di The Chicken Rice Shop ini. ‘Ayam Sedap Baq Hang’ menggambarkan keenakan menu ini dan pastinya dapat memikat citarasa rakyat Malaysia pada musim perayaan ini dengan menjanjikan kepuasan buat setiap pelanggan. Diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik, ‘Ayam Sedap Baq Hang’ TCRS dipanggang dengan sempurna, kemudian disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering. Dengan hidangan yang lazat ini, anda pasti akan kembali untuk menikmatinya.


Menurut kata June Song, Ketua Pemasaran, “TCRS ingin memberikan ganjaran kepada pelanggannya pada bulan Ramadan ini dengan memberikan suasana Iftar yang bermakna sambil mencipta detik-detik berharga bersama orang yang tersayang. Dengan sajian istimewa yang dibuat khas untuk musim perayaan ini, kami yakin pelanggan kami akan berkunjung ke kedai kami bersama keluarga dan rakan-rakan mereka untuk berbuka puasa serta meraikan Hari Raya Aidilfitri.



Untuk set hidangan di TCRS ini boleh buat pilihan set Meal A untuk 1 orang, Meal B untuk 2 orang dan juga Meal C untuk 4 orang. Menu terbaru TCRS kali ini Ayam Sedap Baq Hang ini sangat unik. Rasa rempah yang agak sedikit manis dan gabungan sos bersama ayam serta dimakan dengan nasi yang cukup sempurna. Menariknya ayam ini bukan digoreng tau so memang takder rasa minyak kerana ayam ni dipanggang. Jadi korang boleh dapat rasa juicy ayam bersama kuahnya. 


Jangan lupa order air Dino Choco Malt ni. Seharian berpuasa minum pulak air Dino Choco malt ni confirm sedap dan mengenyangkan. Nampak taburan coklat di atas tu lagi kaw la nak minum yer tak. Memang gerenti minum tu akan teringat-ingat la. Harga untuk Dino Choco Malt ala carte hanya RM9.90 sahaja. 


Apa tunggu lagi jom raikan Ramadan dengan keluarga tersayang di The Chicken Rice Shop untuk menu terbaru Ayam Sedap Baq Hang yang cukup lazat.  Untuk menu ini hanya terhad sahaja iaitu dari 9 April – 13 Jun 2021 di semua restaurant The Chicken Rice Shop seluruh Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Instagram : @thechickenriceshop

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook