Penyelidikan Bersama Ogawa & Universiti Malaya Tentang Kebaikan Master Drive AI 2.0 Massage Chair

1:32 PM

Ogawa satu nama yang tidak asing lagi tentang wujudnya dan kebaikan mesin kerusi urut yang membuatkan kita akan tertidur lena. Kadang tu mesin urut ni sudah menjadi satu kepentingan bagi orang-orang yang bekerja kerana mereka boleh berehat selepas penat bekerja setiap hari. Baru-baru ini OGAWA Malaysia telah mengumumkan satu penemuan penyelidikan bersama dengan Universiti Malaya tentang urutan yang baik didapati dalam mesin urut dan OGAWA Master Drive AI 2.0 telah menunjukan kerusi urut mampu menambahbaik peredaran darah dan kualiti tidur. 


Bagi meningkatkan gaya hidup serta kesejahteraan kepada pengguna, OGAWA Malaysia bersama Universiti Malaya telah menjalankan satu penyelidikan iaitu "Investigating the Effect of OGAWA MAster Drive AI Automated Massage on Blood Circulation and Sleep Quality" bagi meningkatkan kesedaran mengenai betapa pentingnya kesan urutan untuk badan serta memberikan keselesaan dan kualiti tidur yang lebih baik. 

Datuk Lim Mee Ling, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia berkongsi bahawa kesan kumulatif dari gangguan kepada kualiti tidur boleh menyebabkan peningkatan risiko hipertensi, diabetis, obesiti, kemurungan, serangan jantung dan juga strok. Selain itu, menurut Kajian Kesihatan dan Morbiti Nasional, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami kemurungan dan gangguan emosi meningkat dari 12% pada tahun 2011 kepada 29% pada tahun 2017.



OGAWA Malaysia dan Universiti Malaya membina penyelidikan ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan individu yang berpeluang menggunakan produk OGAWA Master Drive AI 2.0. Segala keperluan dari segi perkakasan, idea dan sokongan teknikal yang diperlukan telah diberikan bagi memastikan penyelidikan yang dijalankan berjaya. Hasil penyelidikan juga mendapati bahawa 100% peserta menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam peredaran darah: 81.32% dengan menggunakan program OGAWA Master Drive AI 2.0 M6 Deep Tissue dan 43.48% melalui Program Peredaran Darah, sementara 100% peserta mencatat peningkatan kualiti tidur, dan hingga 88.73% mengalami peningkatan dalam efisiensi tidur melalui program Sweet Dream. 

Dr. Saad Mekhilef, CEng (UK), SMIEEE (USA), FIET (UK), Dekan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya menyatakan bahawa universiti sememangnya berminat untuk menjadi sebahagian daripada penyelidikan bukan hanya untuk menyumbang pengetahuan mereka kepada kajian penting ini yang juga berguna untuk kajian masa hadapan. Bahkan sebenarnya ianya juga dapat membantu meningkatkan kesejahteraan negara secara keseluruhan dan berpotensi meningkatkan jangka hayat rakyat Malaysia.


Dibangunkan dengan hingga 5,184 kombinasi urutan untuk memberikan alternatif penyelesaian kesihatan yang pelbagai, OGAWA Master Drive AI 2.0 turut menampilkan Kecerdasan Buatan (AI) yang canggih. Ini termasuk pengecaman wajah, Penjejak Kesihatan dan Scanner ™ dan AI-Powered Automated Analyst (Penganalisis Automatik Bertenaga AI) yang menggunakan algoritma untuk mengumpulkan dan mengurus data sekaligus membuat penyesuaian kerusi urut dengan diri anda. Teknologi yang didatangkan bersama kerusi ini juga dapat memberi penyelesaian dengan tepat mengikut sasaran kawasan bermasalah yang anda hadapi mengikut seperti yang telah diprogramkan.


Sejak dimulakan pada tahun 1996, OGAWA berdiri teguh dengan visi jangka panjangnya "Leading the Technology of Wellness" dengan menyertai dalam pelbagai penyelidikan dan pembangunan untuk selalu menghasilkan produk inovatif yang dapat memberikan manfaat kesihatan kepada ramai orang di seluruh dunia.


Selain itu, sempena Hari IbuBapa, OGAWA mengadakan promosi khas dengan Pelan Pembayaran Mudah 0% sehingga temph 68 bulan untuk produk terpilih. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini atau OGAWA Malaysia, boleh layari www.ogawaworld.net

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook