Bagi pengemar hidangan makanan Chinese Muslim, mama nak syorkan korang datang ke Restoran Chopsticks by Muhammad Oon yang terletak di tamarind Square, Cyberjaya. Di restoran ini menawarkan lebih 200 hidangan setiap hari samaada berbentuk ala carte mahupun set dan terdapat makanan laut, masakan ayam, daging, sayur dan pelabagai lagi.
Kalau dah sebut makanan Chinese Muslim ni restoran dia ala-ala kopitiam tapi version moden. Dengan meja marble bulat dengan kerusi bulat sangat sinonim dengan restoran Chinese di Malaysia. Hidangan di Chopsticks berasal daripada menu tradisi kulinari selera Cina Malaysia. Yang semestinya kesemua makanan di sini Halal dari JAKIM dan sangat sesuai kepada seluruh umat Islam.
Untuk pengetahuan semua, Restoran Chopsticks by Muhammad Oon ini mempunya 4 outlet yang boleh datang sendiri di Tamarind Square, TTDI Kuala Lumpur, Sri Hartamas dan Bangsar. Terdapat 2 waktu operasi iaitu dari jam 10 pagi hingga 3 petang manakala 5 petang hingga 10 malam serta di buka setiap hari tanpa cuti.
Hidangan yang sering dapat permintaan pelanggan adalah seperti Signature Hokiien Mee, Ginger & Spring Onion Beef, Creamy Butter Chicken, Salted Egg Prawn dan Kum Heong Lala.
Bagi yang nak datang menjamu selera di sini atau makan besar dengan kawan serta keluarga, terdapat 3 pilihan set yang boleh dicuba. Antara set tersebut adalah seperti berikut :-
SET A - RM169
Sesuai untuk 2-3 pax dengan 6 menu hidangan utama bersama minuman dan pencuci mulut.
APPETISER
- Chopsticks Signature Platter
- Golden Glazed Prawn
- Savoury Black Pepper Beef
- Tofu Treasure Pot
- Stir - Fried Baby Kailan with Garlic
- Golden Omelette
- Fragrant Steamed White Rice
- Mango Pudding
- Basil Seed Lychee Syrup
Mama sendiri memang suka makan makanan macam ni kalau masak kat rumah mesti akan letak ginger dan blackpepper banyak sebab rasa dia sangat sesap. Daging pula lembut memang kalau makan macam ni boleh makan sampai habis lah. Walau lauk ini simple tapi rasanya cukup padu!
SET B - RM309
APPETISER
- Chopsticks Signature Platter
MAIN
- Crispy Roasted Chicken (Half)
- Kum Heong Lala
- Tom Yam Seafood Soup
- Savoury Black Pepper Beef
- Signature Nyonya Fish Fillet
- Kangkung Belacan
- Sauteed Eggplant with Dried Shrimp
- Golden Omelette
- Fragrant Steamed White Rice
DESSERT
- Mango Pudding Assorted Fruits
DRINK
- Basil Seed Lychee Syrup
Ini pula sangat recommended Kum Heong Lala. Kombinasi makanan laut yang segar dengan rasa pedas kicap sangat sesuai orang yang suka makanan laut ni. sampai ke shell lala pun siap jilat sehingga licin!.
Makan ramai-ramai memang meriah. Jika datang 9-10 pax. Sangat recommended set C.
APPETISER
- Chopsticks Signature Platter
- Thai Style Spicy Lemon & Garlic Steamed Grouper
- Crispy Roasted Chicken
- Golden Glazed Prawn
- Crispy Golden Yam Basket
- Curry Chicken in Fried Mantau
- Kum Heong Lala
- Ginger & Spring Onion Beef
- Spinach with Goji Berry
- Fragrant Steamed White Rice
DESSERT
- Mango Pudding Assorted Fruits
DRINK
- Basil Seed Lychee Syrup
Bagi SET C ini boleh makan ramai-ramai dengan keluarga besar atau kawan-kawan bolehlah ambil set ni. Memang berbaloi sebab banyak menunya. Menu wajib bagi yang suka ikan kerapu masak steam lemon ni memang menu yang biasa wajib dimakan beramai-ramai. Rasanya cukup sempurna dapat memukau pelanggan yang menjamu selera di sini.
Nak datang ke sini mudah jer dan parking pun banyak di basement Tamarind Square ni. Bagi yang nak mencari menu masakan Cina Muslim, boleh datang ke Restoran Chopsticks by Muhammad Oon di 4 outlet mereka.
Cawangan Chopsticks by Muhammad Oon :
- Cyberjaya - A-01-12, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
- Bangsar - 40, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
- TTDI - 35, Lorong Rahim Kajai 13, TTDI, 60000 Kuala Lumpur
- Sri Hartamas - 12-01, Jalan 30/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Untuk tempahan makanan di restorang boleh hubungi :
- Bangsar - 014-9626725
- Cyberjaya - 011-28248804
- TTDI - 012-2032727
Atau buat pesanan di bit.ly/chopsticksbymo
Love,