Resepi

Roti Swiss Roll Sosej

8:32 AM

Morning uolls.. cuti hujung minggu kami asyik makan tido makan tido jer... 2 hari pergi makan kenduri jer ni.. Sabtu makan kenduri akak shafiq kawin kat Selayang, Ahad kenduri Aqiqah anak Aiza.. kenyang.. tak payah masak.. tapi untuk budak yang tak makan nasi tu mama kena la masak untuk dia.. kang lapar macam2 la alasan dia.. kadang2 tu mengamuk pun boleh tahan.. So mama tanya Qebal nak makan apa.. dia kata hotdog.. hahh senang tapi tak kan la nak bagi makan hotdog jer.. so mama bikin roti swiss roll sosej.. senang jer nak buat.. kalo beli sebiji 40 sen.. kadang2 tu berebut2 dua beradik.. hahh ini mama bikin korang makan sampai kenyang yer.. tak payah berebut2 lagi.. ^_____^

Pix Atas : Roti Gardenia, Telur, Sosej
Pix Kiri : Roti digelek kasi padat & potong 2 bahagian
Pix Kanan : Letakkan sosej potong 2 bahagian & gulung roti tersebut.

Pix Atas : Gulung roti & sosej bagi padat..
Pix Kiri : Kacau telur, letak lada sulah, garam & sedikit tepung gandum. Rendamkan roti ke dalam telur
Pix Kanan : Gorengkan sehingga kekuningan.

Pix Atas : Siap roti swiss roll sosej.. Hidangkan dengan sos cili kesukaan korang..
Pix Bawah : Untuk bebudak mama potong comel2 senang diaorang nak makan.. 

Mudah bukan.. Selamat Mencuba.. 

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. Em..sedapnyr... boleh tempah ni. Tahniah anda ada blog yg banyak info.
    Jemput blogwalking di www.yatiadam.com

    ReplyDelete

Like us on Facebook