Advertorial

RizQ Islamic School | Sekolah Elite Tahfiz Terbaik Di Kajang, Selangor

2:35 PM

RizQ Islamic School | Sekolah Elite Tahfiz Terbaik Di Kajang, Selangor - Dari tahun lepas lagi mama dengar pasal Rizq Islamic School di Sungai Ramal Kajang. Mama ingatkan sekolah ni dah bermula sesi belajar mereka pada tahun lepas tapi sebenarnya sekolah tersebut memulakan sesi pembelajaran pada awal tahun ini. Pertama kali mama tengok video Rizq Islamic School di Facebook memang mama kagum sangat dengan sekolah Tahfiz ni. Rasa teringin untuk melihat lebih dekat sekolah ni. Dengar kata RizQ Islamic School | Sekolah Elite Tahfiz Terbaik Di Kajang, Selangor? Betul ker?

 
RizQ Islamic School | Sekolah Elite Tahfiz Terbaik Di Kajang, Selangor
Bagi sekitar penduduk Kajang mesti ramai yang tahu dengan Rizq Islamic School bukan. Rizq Islamic School merupakan sebuah sekolah Tahfiz yang bertaraf antarabangsa pertama di ASEAN. Pada minggu lepas, mama dan beberapa orang blogger telah diberi peluang untuk melihat sendiri suasana dan pembelajaran di sekitar sekolah tersebut. 

Memula mama sampai dan nak masuk memang agak ketat dengan sistem sekuritinya. Mama perlu mendaftar dan mengambil pas pelawat, kemudian barulah boleh masuk ke dalam untuk melihat persekitaran sekolah ini. Mama yakin dengan cara sebegini ibu bapa tidak perlu risau tentang perkara yang tidak diingini berlaku kepada anak-anak mereka.

Staff Lounge

Student Lounge

Yang menariknya di RizQ Islamic School, sistem pembelajaran yang diterapkan berasaskan konsep "play based learning" seperti yang diterapkan oleh negara Findland dan Jepun. Di sekolah ini mereka banyak di ajar dari membina karakter perwatakan serta kemahiran insaniah bagi setiap pelajar. Oleh itu, dengan kaedah seperti ini mereka dapat membina rasa seronok untuk datang ke sekolah tanpa rasa dipaksa. 

Yang lagi menarik di sini mereka tidak banyak homework dan mereka juga tidak mempunyai nombor dalam kelas bagi setiap pencapaian pelajar. Selain itu, mereka tidak tertumpu pada Al-Quran semata-mata malah mereka juga belajar ilmu pengetahuan dalam bidang akademik seperti UPKK dan KSSR.


Yang paling mama kagum di RizQ Islamic School adalah kemudahan-kemudahan terbaik disini memang membuka mata mama dan sesiapa sahaja yang datang ke sekolah RizQ. Antaranya adalah :
  • 18 Classroom
  • Soccer Field
  • Library
  • Auditorium
  • Student & Staff Lounge
  • Multipurpose Court
  • Art Room
  • Playroom
  • Science Lab
  • Locker
Auditorium

Padang Sekolah

Pusat Gymnasium

Multipurpose Court

Playroom

Locker Student

Kalau korang perasan ada gambar locker di atas kan. Ok di sini setiap pelajar mereka tidak mempunyai kelas jadi setiap subjek pada jam berikutnya, pelajar akan pergi ke kelas yang telah ditetapkan. Jadi buku dan bag mereka boleh simpan dalam locker tersebut. Dengan cara ini mereka telah diberi kemahiran pengendalian masa untuk dipelajari oleh setiap pelajar. Selain itu mereka juga memupuk kemahiran seperti 
  • Perbualan
  • Pemikiran
  • Pengendalian Wang
  • Adab
  • Kesihatan
  • Mengikuti Peraturan
  • Pertahankan Diri

Bahasa perantaraan yang digunakan di sekolah ini adalah Bahasa Inggeris dan setiap kelas hanya menempatkan seramai 20 - 25 orang pelajar sahaja. Paling uniknya di sini, para pelajar boleh belajar dengan menggunakan Ipad yang dijadikan sebagai alat bantu mengajar khususnya dalam subjek Hafalan Al-Quran. 

Dalam tinjauan mama pada setiap kelas, mama suka dengan suasana pembelajaran, peralatan moden dengan menggunakan warna yang menarik serta dilengkapi dengan penghawa dingin setiap kelas. Best la belajar dalam kelas yang sangat selesa.



Di RizQ Islamic School menawarkan modul RizQ Explorer yang memberi kemampuan kepada setiap pelajar bagi membentuk kehidupan mereka untuk menjadi sahsiah diri yang baik. Ini akan membantu pelajar mengasah bakat dan minda serta memberi mereka peluang untuk mengembangkan kemahiran khusus mereka. Jadi, pelajar yang terdedah kepada keseluruhan aktiviti baru dapat memberi mereka wawasan yang lebih baik dan memilih apa yang mereka minat dan apa yang mereka ingin belajar. 

Pelajar-pelajar di sini wajib mengikuti kelab yang mereka minat dalam kerjaya nanti. Antara RizQ Explorer Clubs di RizQ Islamic School adalah :
  • Doctor Club
  • Police / Firemen Club
  • Chef Club
  • Lawyer / Judge Club
  • Entrepreneur Club
  • Astronomy / Falak Club
  • Media Club
  • Robotic Club
Kinder Class

Science Lab

Doctor Club

Chef Club

Untuk pengetahuan semua, tenaga pengajar di sini sangat berpengalaman, bersemangat dan aktif mengajar dalam suasana ceria serta memberi idea baru untuk menarik minat pelajar-pelajar disini. Kalau mama perhatikan teacher disini telah membimbing pelajar-pelajar agar tidak rasa takut dengan teacher dan juga Principal. Menarik sangat suasana macam ni, jadi pelajar masih lagi hormat teacher dalam masa yang sama mereka boleh jadikan teacher dan Principal sebagai kawan.



Sekolah bermula dari 8:00 pagi hingga 4.30 petang, jadi setiap pelajar akan berada di sekolah seharian. Oleh itu, semua pelajar tidak perlu membawa wang saku ke sekolah kerana sekolah telah menyediakan sarapan pagi, tengahari dan juga minum petang. Waktu rehat disini bermula :-
  • Sarapan pagi [10.30 pagi - 11.00 pagi]
  • Tengahari P1 & P6 [12.45 tengahari - 1.45 petang]
  • Tengahari P2 - P5 [1.15 petang - 2.15 petang]
  • Minum Petang [4.00 petang - 4.30 petang]

Berbalik kepada sistem Japanese School di sini, pihak sekolah juga melaksanakan Kyushoku Time iaitu Makan tengahari di dalam kelas. Kyushoku Time ini hanya dilaksanakan kepada pelajar tahun 4 dan 5 sahaja. Bagi pelajar tahun 6 pula mereka dibenarkan rehat bersama dengan adik pelajar tahun 1. 

Kyushoku ini melatih pelajar berdikari dengan mengambil bento makanan, menyediakan lapik meja dan makan bersama-sama dengan guru kelas mereka. Setiap makanan tengahari yang mereka ambil mempunyai jumlah kalori yang bersesuaian bagi setiap pelajar. 

Kagum sangat baca doa makan siap guna Ipad. 

Hidangan tengahari berjumlah 895 kalori

Mama dan beberapa blogger yang lain turut merasai pengalaman Kyushoku Time bersama pelajar-pelajar tahun 5 pada hari itu. Satu pengalaman yang menarik bagi mama kerana Kyushoku Time ini dapat menerapkan nilai berdikari, disiplin serta bantu membantu antara satu sama lain bagi setiap pelajar tersebut. 


Bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak ke sekolah Tahfiz di RizQ Islamic School ini mama memang recommended sangat sebab sekolah private yang menawarkan harga yang sangat murah berbanding sekolah private yang lain. Ya Allah kalau mama diberi kesempatan memang mama hantarkan anak-anak mama ke sekolah Tahfiz terbaik ni tau. Dengan prasarana, fasiliti dan sistem pembelajaran yang bertaraf antarabangsa, mama yakin setiap ibu bapa pasti inginkan pendidikan yang terbaik untuk anak mereka. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Wisma RIZQ
No 2, Lot 1456, Jalan Cempaka Off Jalan Teratai
Kampung Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang, Selangor

Website : www.rizq.edu.my
Email : hello@rizq.edu.my

Telefon : 03-8912 0447
Whatsapp : 018-351 7357

Love,
/>

You Might Also Like

11 Comments

  1. Bestnya suasana sekolah macam ne, kalau dekat nak jew hantar anak ke rizq islamic

    ReplyDelete
  2. Nampak best kelas sains dia... mesti seronok budak2 dia kan..

    ReplyDelete
  3. Kak Sue macam teringin nak hantar anak kaat sini tau Jue..

    ReplyDelete
  4. Wahhh nampak selesa sangat sekolah ni. Kemudahan pun banyak jugak disediakan :)

    ReplyDelete
  5. Cantiknya ni.. mama sure mesti well organized juga..untunglah sesiapa yg dpt hantar anak ke sini

    ReplyDelete
  6. Sebelum ni saya tak tau. Thanks

    ReplyDelete
  7. wahhh suasana rasa macam kat luar Malaysia pula hehehe. good info mamajue :D

    ReplyDelete
  8. bestnya ... terasa yanie lak yang nak join sekolah ni..

    ReplyDelete
  9. Cantik la sekolah ni. Selesa nampak. Kalau acik stay sana nanti, nak masukkan anak2 acik la kat sini.. ehhhh berangan gittew

    ReplyDelete
  10. cntiknya skolah ni mama.. tersusun dan wrna menarik!

    ReplyDelete

Like us on Facebook