Resepi Noxxa

Sup Tulang Noxxa

11:02 AM

Morning semua.. Happy monday.. ehhh boleh gitu.. bz ni dik nun.. baru leh bernafas jap ni.. phewww.. ni aku nak story weekend baru ni.. padahal gara2 nak makan sup yikan merah punya pasal tetiba dah tertukar ke sup tulang.. apa kes... gigih tau g NSK kuchai lama malam2 buta semata2 nak beli yikan merah last2 aku beli tulang lembu sebabnya yikan merah mahal.. hukhukhuk kempunan lagi lah nak makan yikan merah...

Ni kira pertama kali seumur hidup aku masak sup tulang.. korang jangan tak tau sebelum ni aku tau makan jer.. since ada peyuk mahal ni kena lah berani try.. dah dah jangan nak melalut jom kita tengok bahan2.. puas aku google compare2 hat mana senang + aku olah bahan a.k.a derhaka kat resepi ni.. yang pasti sedap wokeh.. ^____^

Bahan-bahannya :-
* Tulang Lembu
* 4 biji Bawang Putih
* 3 biji Bawang Merah
* Sedikit Halia
* 1 batang Kulit kayu manis  
* 2 Bunga lawang 
* 3 bunga cengkih 
* 3 biji pelaga
* 1 sudu Lada hitam kasar
* Sup bunjut
* 1 jug Air 
* 2 sudu besar perencah sup
* 1 batang carrot
* Daun sup & daun bawang

Cara-caranya :- 

Tekan stir fry & tekan butang on.. Panaskan minyak, tumiskan segala mak nenek kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & pelaga.. menatang ni pun aku kena google.. kahkahkah.. aku tak berapa nak kenai.. tapi nasib ada dalam tupperware umah aku.. kalo tak haruuuuu

Setelah itu, tumiskan bawang putih, merah & halia sehingga keperangan serta naik wangi.. 

Step berikutnya, masukkan serbuk perencah sup, lada hitam kisar dan tambah air untuk mengelakkan serbuk perencah hangit..

Masukkan tulang lembu, carrot & sup bunjut kacau sehingga semua tulang tengelam.. kalo tak tengelam korang letak air sehingga tulang2 tu tengelam la yer.. ehh ini pun nak bgtau ker...

Off kan noxxa, tutup periuk dan tekan HP selama 30 minit.

Setelah 30 minit, releasekan wap & buka penutup periuk. tekan balik butang stir fry & on kan.. masa ni korang leh la nak tambah air, garam serta pak aji yer.. gaul hingga sekata.. dan akhir sekali taburkan daun bawang & daun sup.. siap...

Sedap dimakan dengan nasi impit serta sambal kicap.. nyum nyummm..

Selamat mencuba...

/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook