Food Review

Laksaamana Damansara Uptown | Pelbagai Laksa Yang Menarik Harus Dicuba

9:22 AM

Laksaamana Damansara Uptown | Pelbagai Laksa Yang Menarik Harus Dicuba - Laksa merupakan makanan paling popular bagi masyarakat Malaysia tidak kira kaum Melayu, Cina dan India. Oleh itu, dengan hanya menu Laksa sahaja boleh mengakrabkan kaum di Malaysia. Pasti nak tahu kan di mana yang boleh makan laksa dengan suasana santai tapi chill jer. Ok meh mama nak cerita ada satu restaurant di Damansara Uptown iaitu Laksaamana. Apa menarik di Laksaamana Damansara Uptown | Pelbagai Laksa Yang Menarik Harus Dicuba jom baca sampai habis ok. 

Laksaamana Damansara Uptown | Pelbagai Laksa Yang Menarik Harus Dicuba
Laksaamana merupakan satu restaurant yang telah digabung antara 3 rakan baik dari kaum Melayu, Cina dan India. Tiga rakan baik ini telah menubuhkan restaurant Laksaamana untuk berkongsikan makanan nenek moyang mereka dengan menu warisan turun temurun. Dengan menu popular iaitu Laksa telah memberikan impak makanan ini menjadi pilihan ramai kerana semua akan makan menu tradisi ini. Antara gabungan budaya, campuran herba dan rempah telah mencipta satu makanan yang istimewa untuk semua yang merasainya. 


Untuk pengetahuan semua, Laksaamana ini adalah restaurant franchise 2 negara iaitu Malaysia dan Singapore. Selain tempat di Damansara Uptown, ada beberapa tempat lain seperti di sekitar Kuala Lumpur ini. Boleh tengok di SINI. Dari pandangan mama, restaurant ni sangat comel dan tak crowded dengan barang. Kalau korang terus masuk ke dalam akan nampak di sebelah kanan cashier dan mini bar. Manakala di dalam restaurant pulak terdapat meja dan kerusi untuk menjamu selera. Cukup simple dan ruangan yang minimalist.


Menu yang menarik di sini adalah Laksa, Noodle dan Nasi. Baru-baru ini mama dan sekeluarga mencuba sendiri menu makanan menarik di restaurant Laksaamana Damansara Uptown. Oh bagi yang tidak familiar dimana Laksaamana ni adalah berdepan dengan The Starling Mall. Cuma satu jer kalau parking kereta memang agak susah skit tapi korang jangan risau sebab korang boleh jer parking dalam The Starling Mall dan cari kedai hardware ACE. Kemudian korang boleh naik escalator dan korang akan nampak restaurant ni. Jom kita tengok menu apa yang menarik di restaurant Laksaamana. 

Menu pilihan

Snack dan Minuman 

Sebelum order makanan apa kata korang order minuman yang sedap kat sini. Ini antara minuman yang wajib korang cuba iaitu Sunrise Orange, Fizzy Asam Boi dan Milo Dinasour. Mama paling suka Fizzy Asam Boi. Memula mama ingat macam air limau jer sekali minum ehh sedap rupanya gabungan air sprite, lemon dan asam boi tu menarik sangat. Rasa segar jer minum tau. Yang milo dinasour tu sedap sebab milo banyak dan siap ada milo tabur lagi kat atas tu. Satu lagi minuman korang kena cuba Ribena Lemonade.. Hahh sedap jer minum kalau korang makan mee kari ker laksa ker.. memang sesuai sebab dapat potong rasa santan.

Sunrise Orang, Milo Dinasour & Fizzy Asam Boi

Kopi Ais & Ribena Lemonade

Menu makanan pula korang boleh cuba Nasi Legend The Big Deal sebab siap ada ayam goreng berempah dan ikan goreng berempah. Harganya hanya RM14.90. Kalau korang nak pilih ikan pun boleh ayam pun boleh. Untuk harga hanya RM9.90 sahaja dengan nasi. Murah kan. Tapi mama tak nampak dah nasi masa ni sebab mama teruja nak mencuba laksa. Mama kan hantu laksa mesti lah nak cuba laksa dulu kan. 




Bagi pengemar laksa dan noodle boleh datang untuk mencuba kelainan menu laksa di sini. Macam-macam laksa ada tau. Asam Laksa, Royal Laksa, Dry Spicy Laksa, Curry Laksa, Prawn Mee dan Fishball Noodle. Hahhh sampai tak tau nak pilih makan apa. Range harga pun ok sangat untuk semangkuk laksa dan mee tu tau. Bagi pengemar laksa wajib cuba Asam Laksa di Laksaamana ni memang terbaik. Asam Laksa kat sini ada hirisan nenas dan petis otak udang yang menaikkan lagi kesedapan asam laksa ni. 

Asam Laksa

Royal Seafood

Curry Laksa

Asam Fishball

Royal Seafood ni korang kena cuba tau. Nampak tak meriah dengan segala seafood.. Rempah dalam kuah curry tu pun kick rasa rempah dia lain sangat. 


Selain restaurant, Laksaamana ada menawarkan food truck dan catering team. Food truck ni akan buka di sekitar Damansara Uptown. Senang la kalau nak makan laksa boleh jer terjah food truck Laksaamana ni jer. Untuk info lanjut mengenai food truck ini beroperasi korang boleh terjah Facebook Laksaamana yer. 


Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Laksaamana
Damansara Uptown
No 83, Jalan SS 21/37, Damansara Utama
47400 Petaling Jaya
Selangor


Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. perghhh
    nak kena cuba nih
    saya dah lah hantu laksa

    ReplyDelete
  2. yumyum...
    nampak menarik..
    dah sebulan tinggalkan air manis dan air sejuk....hhihi

    ReplyDelete

Like us on Facebook