Cuti sekolah kali ni memang mama takder planning pergi mana. Rasa macam nak habiskan cuti sekolah kat rumah jer. Sempena birthday Iqbal yang ke 9 tahun mama dah promise nak bawak dia pergi KidZania Go di Quill City Mall Kuala Lumpur. InsyaAllah satu hari nanti mama akan bawa anak-anak pergi ke KidZania yang sebenar di Kuala Lumpur.
KidZania Go ini berlangsung dari 19 Mac hingga 25 Mac 2018 bertempat di Quill City Mall Kuala Lumpur. Memandangkan ini pertama kali mama datang ke sini, sebenarnya KidZania Go ini bergerak ke satu lokasi ke satu lokasi. Dimana kanak-kanak berpeluang untuk merasai pengalaman KidZania Kuala Lumpur. Menariknya KidZania ini dapat belajar dan memainkan profesion yang berlainan dengan situasi kehidupan sebenar.
Untuk KidZania Go ini akan diberikan satu kad passport dimana kanak-kanak perlu selesaikan misi kerja dengan 8 aktiviti yang menyeronokkan seperti
- Sharp Air Quality Control
- Scott's Research Lab
- Mc Donald's Fitness Centre
- Magic Studio
- TV Studio
- Volvo - Stop, Look & Wave
- Court House
- Recyling Centre
Anak-anak dapat pengalaman bergaul dengan rakan baru.
Di Court House
Di Scott's Research Lab
Di Mc Donald's Fitness Centre
Di Magic Studio
Walau KidZania Go ni adalah mini KidZania Kuala Lumpur, kanak-kanak tetap dapat belajar dan pengalaman baru buat mereka. Bagi yang ingin bawa anak untuk habiskan cuti sekolah, esok 25 Mac 2018 adalah hari terakhir untuk datang ke KidZania Go!. Mudah sahaja korang hanya beli dimana-mana outlet dengan harga RM38 dalam satu resit kemudian tebus tiket PERCUMA untuk ke KidZania Go ini. Jangan lupa esok hari terakhir KidZania Go dari jam 10.00 pagi hingga 9.30 malam.
Untuk maklumat lanjut tentang KidZania Kuala Lumpur boleh layari :
Website : www.kidzania.com.my
Facebok : www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur
Instagram : www.instagram.com/kidzaniakl
Love,
0 Comments