Product Review

Penyelamat Tayar Pancit Kereta Dengan KRONOS FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator

8:43 AM

Penyelamat Tayar Pancit Kereta Dengan KRONOS FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator - Selama ni kalau tayar kereta pancit jer mama mesti nagis kat tepi jalan. Kofkofkof.. giler sebab nak  suruh mama tukar tayar spare memang tak reti!. nak pulas screw pun boleh nagis. Dah la tayar spare kat bawah kereta lagi lah macam mana nak baring bawah keta kan. Hahaha. Jadi lepas ni kalau tayar pancit kat tepi jalan mama dah ada penyelamat iaitu Penyelamat Tayar Pancit Kereta Dengan KRONOS FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator. Nak tahu macam mana guna Kronos ni ok jom baca entri ni sampai habis ok.


KRONOS Flat No More Tyre Sealant & Inflator ini merupakan botol pump angin sementara untuk ketika tayar pancit. Produk ECO Friendly ini dikeluarkan oleh DKS International Sdn Bhd untuk pasaran Malaysia dan ia sangat berguna serta wajib ada sebotol Kronos ini di dalam kereta korang. Kegunaanya Kronos adalah untuk membantu menampal tayar dan memasukkan angin bagi tempoh sementara sahaja. Jadi selepas itu korang wajiblah ke kedai tayar untuk repair tayar kereta korang tu tau. 



9 Fakta Menarik Mengenai KRONOS FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator :-
  • Tidak perlu tukar tayar
  • Senang untuk digunakan
  • Tampalkan lubang tayar dalam 90 saat
  • Tidak memerlukan sebarang peralatan
  • Tidak merosakkan tayar dan rim kereta
  • Formula yang mesra alam dan tidak mudah terbakar
  • Dibuat daripada 100% polimer organik
  • Jangka hayat selama 3 tahun dari tarikh pengilangan
  • Waranti 2 tahun

Untuk penggunaanya cukup mudah, korang tak perlu risau tayar meletup ker apa. hahaha tapi mama memang takut nak pump tayar, mulalah fikir terlebih isi la.. takut meletup lah.. punyalah tak berani dan tak reti. Dengan Kronos ni cukup mudah hanya sambungkan salur plastik yang didatangkan khas bersama dengan botol Kronos ini sahaja. Masukkan angin didalamnya, kemudian tunggu tayar mengembang. Korang jangan risau pasal cecair latex ini kerana boleh bertahan didalam tayar untuk tempoh beberapa hari dan paling penting ianya mudah dibersihkan. 

Untuk lebih detail boleh tengok video cara guna Kronos ini.

Untuk peringatan selepas mengisi Kronos pada tayar korang tidak dibenarkan memandu melebihi 130kmj kerana akan rasa sedikit getaran pada tayar. Ini disebabkan oleh cecair yang ada didalam tayar dan terus ke kedai tayar untuk membuat penampalan kekal pada tayar kereta korang tau. 


Saiz botol Kronos ini sangat kompak dan sangat praktikal boleh disimpan dalam bonet kereta. Isi kandungan sebanyak 650ml. Jadi senang la kalau tayar kereta pancit tepi jalan korang guna jer Kronos ni. Hanya dalam masa 90 saat sahaja boleh selamatkan tayar kempis kereta korang tu tau. Harga pengenalan adalah RM49.99 sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh hubungi :-

Website : www.keystons.com
Email : inquiry@keystons.com
Whatsapp : 011-2607 3633

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook