Review

Dapatkan Kit Undi Negaraku

9:00 AM

Tak lama lagi kita dah nak mengundi kan. Sejujurnya kali ni baru kali ke 2 mama nak mengundi. Rasanya mama pun dah lupa cara mengundi macam mana. Hahaha yer lah 5 tahun sekali kan macam-macam boleh lupa yer tak. Hehehe. Ok minggu lepas mama perasan blogger Marou Apple Hijau dia ada update pasal Kit Undi Negaraku. Terus mama pun zass isi form jugak. Hehehe biasalah benda percuma sapa tak nak kan. hahahah


Kit Undi Negaraku ini adalah satu inisiatif untuk membantu pengundi baru bagi memahami bagaimana proses pilihan raya dijalankan. Selain itu dapat menunjukkan cara mudah dan ringkas bagaimana mengundi dengan betul pada pilihan raya umum yang akan datang. Jadi Kit Undi Negaraku ini terdapat Buku Panduan Mengundi dan beberapa hadiah khas bagi bakal pengundi-pengundi baru buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum yang ke 14 nanti. 

Tetiba mama pun mengaku pengundi pertama kali kahkahkah. Kit Undi Negaraku ini adalah percuma dan terhad sahaja serta sementara stok masih ada. Hahh gitu.. mama pun apa lagi kan isi untuk mama, papa dan adik Milah duk kat Egypt tu. Huhuhuhu. So apa lagi kan orang nak bagi kita ambik jer. muahahaha.. Apa yang dapat dalam Kit Undi Negaraku ni korang tengok gambar kat bawah yer. 


Antara barang yang dapat dalam Kit Undi Negaraku :-
  • Buku Panduan Mengundi
  • Passport Book Holder
  • Pen
  • Keychain
  • Phone Stand
  • Car Sticker
Best kan kotak kit ni pun dah cantik kemahin tebal lagi. So korang nak Kit Undi Negaraku secara percuma boleh isi borang online di www.1malaysia.com.my/undi-negaraku. Apa tunggu lagi cepat isi borang sebelum Kit Undi Negaraku ni habis. Dan jangan lupa mengundi tau. hehehe walaupun undi itu adalah RAHSIA. Marilah mari pergi mengundi, jangan lupa kewajipan  pada negara. Tibeh siap nyanyi. hahahah 

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook