Article

Bayar Zakat Secara Online Dengan Pusat Pungutan Zakat MAIWP

10:39 PM

Sebut saja Ramadan, tentunya kewajipan yang perlu kita lakukan di bulan mulia ini adalah berpuasa dari terbit fajar hingga tenggelamnya matahari Selepas itu, selang beberapa minggu berpuasa, kita pula akan sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri. Kata orang raya-raya juga, Zakat Fitrah jangan lupa tunaikan. Menunaikan zakat fitrah sewaktu bulan Ramadan adalah perkara biasa bagi kita.


Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Ia adalah kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan yang bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia. Zakat fitrah juga digunakan untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

Tapi tahukah korang sekarang ni ada lebih senang untuk membayar zakat fitrah melalui secara online dengan Pusat Pungutan Zakat-MAIWP. Sekarang pembayaran secara online telah menjadi satu trend di mana ia amat baik dilakukan oleh PPZ-MAIWP kerana mewujudkan satu medium komunikasi kepada rakyat yang ingin bertanya mengenai pemasalah zakat dari pelbagai segi kiraan mahupun bayaran. Dengan ini ia telah menjadi arus teknologi moden bagi PPZ-MAIWP di Malaysia. 


Dengan adanya PPZ-MAIWP ini telah mendekatkan semua golongan yang menggunakan secara online pada setiap hari. Jadi ia tidak mustahil pada akan datang semua rakyat Malaysia akan menggunakan media sosial secara 100% sebagai gaya kehidupan, mendapatkan maklumat, hiburan dan lain-lain lagi. Selain itu, bagi yang ingin mendapat maklumat dengan cepat kebanyakkan rakyat Malaysia gemar mencari maklumat di media sosial, portal, blog dan lain-lain lagi. Ini kerana ia sangat cepat dan pantas untuk sesuatu carian. 

Jadi dengan adanya dunia tanpa sempadan, PPZ-MAIWP telah memberi kemudahan kepada masyarakat dengan menyalurkan maklumat mengenai zakat di laman web mereka. Salah satunya kemudahan yangdiberikan kepada masyarakat seperti urusan kiraan zakat, bayaran secara online dan juga semakan rekod bayaran zakat yang terdahulu. Dengan ini kita tidak perlu lagi pergi ke kaunter PPZ untuk mengetahui maklumat mengenai zakat.


Kenapa Wajib Bayar Zakat Secara Online Itu Mudah?
  1. Cepat dan pantas - hanya beberapa minit diperlukan untuk menyelesaikan bayaran zakat dengan menggunakan FPX / Debit / Kad Kredit Islamik
  2. Bayaran di hujung jari - tidak perlu beratur panjang di kaunter dan hanya memerlukan telefon pintar, komputer dengan sambungan internet sahaja untuk melakukan transaksi
  3. 24 jam, 7 hari seminggu - boleh membuat bayaran semua jenis zakat pada bila-bila masa dan dimana sahaja dengan pantas
  4. Kira zakat dengan mudah - boleh mengira zakat dengan mudah dan cepat dengan hanya lengkapkan borang secara online yang disediakan
  5. Kalkulator zakat - dengan kalkulator di website Zakat membolehkan membuat kiraan secara tepat dan selamat
  6. Semakan bayaran - dapat menyemak semula bayaran zakat yang lepas dengan mudah
  7. Kemaskini maklumat - boleh mengemaskini maklumat peribadi, surat menyurat dengan cepat dan selamat

Dengan adanya kemudahan yang diberikan oleh PPZ-MAIWP ini memudahkan orang ramai untuk membuat bayaran zakat dengan cepat, mudah dan pantas dengan hanya hujung jari sahaja. Apa tunggu lagi mari selesaikan urusan zakat kita dengan PPZ-MAIWP dengan izin Allah. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Website : www.zakat.com.my
Talian Bebas Tol : 1 300 88 5757

#zakatwilayah #ramadanterbaik

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook