Event Review

Children Play Day @ DreamWorld Playland, IOI City Mall Putrajaya

4:25 PM

Children Play Day @ DreamWorld Playland, IOI City Mall Putrajaya | Mengembirakan Kanak-Kanak yang kehilangan kedua ibu bapa adalah salah satu amalan yang cukup murni dalam diri kita. Sebagai seorang ibu, mama sendiri tersentuh hati melihat anak-anak ini membesar di rumah anak yatim tanpa kasih sayang ibu bapa. Mama melihat wajah anak-anak ini sangat mulus dan sedikit sebak sambil melihat wajah anak-anak mama. 


Pada Sabtu lepas, mama dijemput untuk menghadiri satu majlis charity Children Play Day di DreamWorld Playland, IOI City Mall Putrajaya dengan kerjasama The Giving Bank bersama WPG. Seramai 63 kanak-kanak dari empat rumah kebajikan anak yatim iaitu Yayasan Sunbeams Home, Jalinan Kasih Services, Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah dan Pusat Kebajikan Sweet dari Lembah Klang untuk bermain dan menikmati permainan indoor di DreamWorld Playland. Event hari ini dapat sokongan dari WPG, DRM Marketing, DreamWorld, Juventus Dochi, CPH Productions dan TOC Productions. 

Sebelum main semua kanak-kanak wajib pakai stokin tau.

Untuk acara pada hari itu, semua kanak-kanak ini diberi peluang untuk bermain sepuas-puasnya dengan cukup menyeronokkan. Selain itu, mereka juga dapat bermain dan pelbagai aktiviti seperti bermain belon dari badut, pertunjukan Magician dan bergambar bersama dengan animasi terkenal Minions. Sangat happening dan tersenyum melihat kanak-kanak dari 4 rumah kebajikan ini gembira pada hari tersebut. 

Clown tengah nak buat apa tu...

Indoor play.. Aktiviti menggunakan minda dengan warna yang menarik. 

Selepas kanak-kanak penat bermain, acara yang dinantikan adalah Magician dari badut yang comel tu. Ini bukan kanak-kanak jer teruja kami yang mak bapak pun teruja dengan aksi silap mata dari badut ni tau. Sangat teruja dan woww dengan persembahan Magician dari Badut ni. Hehehe.. 



Setelah kanak-kanak penat bermain, mereka dijamu air juice buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dari Dochi Juice Malaysia. Menariknya air juice buah-buahan dan sayur-sayuran dari Dochi Juice Malaysia ini adalah gabungan 100% dari buah-buahan serta sayur-sayuran. Terdapat 40 buah, sayur boleh di pilih dan gabungkan untuk dijadikan air juice yang cukup sedap tanpa tambahan gula dan warna. Mama suka sangat air Dochi Juice ni memang terbaik dan sangat bagus untuk kesihatan. Korang boleh cuba juice ni dan dapatkan di Dochi Juice Malaysia di LG Floor, West Wing IOI City Mall Putrajaya.

Mama bersama CEO Dochi Juice Malaysia, Mr Steven


Kemudian acara seterusnya adalah sumbangan cheque oleh Dr Janson Ang dari The Giving Bank khas kepada 4 buah rumah kebajikan untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka dan turut mendapat set pembersih udara dan air. 



Kanak-kanak sedang menjamu selera bersama-sama.


Tahniah kepada semua turut terlibat dalam Children Play Day dari empat rumah kebajikan anak yatim iaitu Yayasan Sunbeams Home, Jalinan Kasih Services, Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah dan Pusat Kebajikan Sweet. Terima kasih tidak terhingga kepada semua sokongan untuk menjayakan event charity ini. Untuk maklumat lanjut boleh layari website The Giving Bank www.thegivingbank.com dan Facebook The Giving Bank www.facebook.com/thegivingbank.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook