Buffet Ramadhan 2018

Berbuka Puasa Bersama Yayasan Anak Yatim Islam Daerah Port Dickson di AnCasa Residences Port Dickson

12:21 AM

Bersempena dengan bulan Ramadan ini, Ancasa Residences Port Dickson telah meneruskan agenda tahunannya dengan mengadakan majlis berbuka puasa bagi golongan yang memerlukan dan sekaligus melancarkan Ramadan Buffet bertemakan "Kampong Boy". Pada tahun ini, 45 orang dari Yayasan Anak Yatim Islam Daerah Port Dickson telah diraikan dalam satu majlis yang sederhana namun cukup bermakna buat anak-anak tersebut. 


Dalam majlis yang sama juga, acara memasak bubur lambuk melibatkan warga kerja Ancasa Residences turut berlangsung untuk diagihkan kepada 500 orang penduduk tempatan di sekitarnya termasuklah pelanggan Ancasa Residences bagi mengekalkan hubungan yang baik di antara warga kerja Ancasa Residences dengan penduduk setempat.

Majlis yang diadakan di SaffronBrasserie Ancasa Residences telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Urusan Kumpulan UDA iaitu YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar. Turut hadir sama adalah Naib Presiden Kanan, Bahagian Hospitaliti, Encik Shah Azam Khan serta Pengurusan Kanan Ancasa Hotels & Resorts.

Menu wajib ni. Anak-anak mama suka sangat makan kambing golek. sedap!

Pada hari tersebut, mama dan sekeluarga berpeluang untuk berbuka puasa bersama-sama Yayasan Anak Yatim Islam Daerah Port Dickson. Terima kasih pihak Ancasa Residences Port Dickson menjemput mama sekeluarga. Jom kita tengok menu apa yang menarik di sini. 

Menu-menu kampung pun cukup menyelerakan. 

Bagi pengemar seafood boleh cuba masak lemak memang terbaik. 

Pelbagai sambal belacan, tempoyak, cencaluk, budu pun ada disini. 

Laksa kat sini mama repeat 2x hakhakhak.. sedap!! 

Ini memang segar mata kalau tengok kan.. 

Majlis yang ringkas namun meriah ini diharapkan mendapat keberkatan terutama di bulan Ramadan yang mulia , dengan adanya pemberian sumbangan kepada golongan yang memerlukan. 45 orang anak-anak yatim dari Yayasan Anak-anak Yatim Islam Daerah Port Dickson telah dipilih dan diraikan dengan menyumbangkan baju raya yang dibeli JAKEL Mall Senawang yang bernilai RM150 setiap seorang anak-anak yatim tersebut. Pada masa yang sama juga, ADABI turut menyumbangkan barang-barang keperluan asas untuk kegunaan rumah anak-anak tersebut sepanjang bulan Ramadan. 


Bersempena dengan bulan Ramadan ini dan dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya (CSR), pelbagai program telah dirancang dan diadakan untuk mendekatkan Ancasa Hotels & Resort dengan masyarakat di mana sebelum ini, Ancasa Royale Pekan, Pahang & Ancasa Hotel & Spa, KL telah menganjurkan majlis seumpama ini pada 19 & 21 Mei 2018 baru-baru ini. 


Ancasa Hotel mengharapkan agar program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk menjalani ibadah pada bulan Ramadan selain menyambut Aidilfitri dengan suasana yang ceria. Ia juga adalah salah satu platfom kepada Ancasa untuk merapatkan lagi hubungan antara syarikat dengan masyarakat setempat. 




Kepada yang ingin merasakan masakan kampung persis masakan ibu, korang boleh mendapatkan baucer Ramadan Buffet bertemakan Kampong Boy yang berharga RM48 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Tempahan boleh dibuat melalui talian 06-662 7288 untuk mendapat kadar yang terbaik. 

Untuk maklumat lanjut atau tempahan di Ancasa Hotels & Resort sila layari laman web di www.ancasahotels.com atau hubungi 06-662 7288 untuk mendapat kadar harga yang menarik. 


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook