Resepi

Resepi Cookies Florentina @ Almond Crispy Cookies Yang Mudah Giler

12:35 AM

Korang dah buat kuih raya ker? Mama baru jer buat 2 jenis. Tu pun chocolate chip ala famous amos dengan cookies florentina atau dikenali Almond Crispy Cookies. Ni lah cookies paling mudah baq hang. Giler mudah tak payah nak letak tepung butter gula bagai. Hahah.. budak sekolah pun boleh buat tapi kena ada oven la. Kalau takder oven alamatnya tak terbakar cookies ni. Cookies ni mama suka sebab banyak kekacang seperti badam, green pumpkin seed, kuaci dan bijan hitam. Semua ni modal mahal tau sebab kekacang ni semua mahai harganya wohh. 

Sebelum ni mama pernah buat tapi leperkan atas tray. lepas keluar dari oven kena potong cepat2. so sangat leceh!!. Tapi kali ni mama buat letak dalam bekas cupcakes so jadi la bulat-bulat comel. Ramai orang kata kalau buat tak berbaloi la baik beli la. Bagi mama kan better buat sendiri. Modal mama pun tak sampai RM100 tau. Satu adunan tepung florentina tu boleh dapat dekat 300+ keping cookies ni. Hahh orang jual sendiri mau ingat la harga bapak mahal. Dah jom tengok bahan-bahannya. 


Bahan-bahannya :-

- 500 gram tepung florentine *beli dekat kedai bakeri 
- 500 gram almond slice
- 200 gram green pumpkin seed
- 100 gram kuaci 
- 40 gram bijan hitam 

Cara-caranya :-

Bakar semua kekacang almond, pumpkin, kuaci dan bijan selama 5 minit dalam suhu 160'c

Kemudian tuang tepung florentine ni ke dalam kekacang gaul sehingga sebati. Ok tips mama nak bagi korang kena tutup yer. sebab nanti dia akan cepat melekat. kalo tutup dalam tupperware semasa tunggu ikut turn bakar tepung ni tak la melekat sangat

Kemudian sudukan 1/2 sudu besar dalam bekas cupcakes macam ni. Bekas tu korang boleh jer guna lagi. tapi kena guna cupcakes yang permukaan plastik yer. kang kertas melekat terus pulak hahaha. Bakar pada suhu 160'c selama 15 - 20 minit atau sehingga keperangan. Ini depend pada oven korang yer. 

Lepas keluar oven korang bagi sejuk sekejap kemudian korang tolak jer montot bekas terus keluar. Sejukkan kemudian simpan dalam balang kuih raya yer. 

Cookies ni dah 3 peket tepung mama buat. hahh bayangkan betapa gigihnya. bebudak ni suka makan. Bagus juga sebab almond ni bagus untuk otak. So anak-anak korang makan la yer sampai puas tau. Dah lepas ni korang cuba la buat memang sedap!.. Selamat mencuba..

Love,
/>

You Might Also Like

9 Comments

  1. Memang sedap, feveret Rose... tapi tak terbuat pun.. dah order untuk raya ni.hihi

    ReplyDelete
  2. yeayyyy tq resepi,dah beli barang nak buat jugaaa sebab kita sukaaaa ,memang mahal nak beli,baik la buat sendiri.

    ReplyDelete
  3. cantiknya mama bentuk dia.. sedap nii!!

    ReplyDelete
  4. Tq mama jue share resepi ni.. mmg tunggu2 jue share kot ada tips kan..hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya alahaiii.. suka benda2 yang berkacang2 ni.. berapa kos semua kalau nak buat ni mamajue..

    ReplyDelete
  6. Senang tapi modal kasar juga kan.
    Tengok orang jual kat luar, kemain lagi harganya.

    ReplyDelete
  7. senang je buatnya..k.fiezz penah beli dulu dengan member ofis, boleh tahan gak la rega dia...nk buat sendiri, tak ada oven..nak bakor kat mana...

    ReplyDelete
  8. Weekend lepas dah settel 2 jenis...
    InsyaƁllah this week nak settelkan 2 jenis lagi..

    ReplyDelete

Like us on Facebook