Event

Kids Holiday Dinosaur Hunt Di The Mines Shopping Mall

11:54 AM

Tak pernah terfikir mama nak masuk hunt ni tau. Hahaha macam mana ntah boleh pulak mama dan sekeluarga join Kids Holiday Dinosaur Hunt di The Mines Shopping Mall pada Ahad lepas. Memula dapat invitation tu mama ingatkan nak launching Dino-Raws dan mama just dapat info Kids Holiday Dinosaur Hunt jer. Hahh masak nasib anak-anak bagi kerjasama kalau tak mau semput mama. yang kesian dekat en papa lah sebab kena berdukung Qeisya kekeke.. sampai naik muscle la lengan dia dukung Qeisya tu. Jom kita tengok task apa yang mama dan anak-anak kena selesaikan.



Sebelum bermula semua team akan diberi penerangan untuk sertai Kids Holiday Dinosaur Hunt ni. Caranya kena pergi 10 check point untuk dapatkan telur dinosaur dan kena selesaikan task yang diberikan. Ok memandangkan mama pun tak berapa nak ingat tempat-tempat dalam Mines ni memang agak payah la. Setiap kumpulan task berbeza so nak tak nak kena beranikan diri dan sahut cabaran yang diberikan. Fuhhhh mau pecah peluh macam ni hehehe. 




Untuk task pertama semua group kena menaiki The Mines Cruise dalam masa 15 minit mengelilingi tasik. Tasknya hanya selfie menaiki The Mines Cruise sahaja. Setiap group hanya seorang sahaja so mama lah kena naik cruise ni. Heheheh Qebal & Qeram apa lagi buat muka mencuka la tak dapat naik. Sabar yer anak-anak kita tengah hunt ni bukan jalan-jalan makan angin ok. Dalam otak nak selesaikan cepat sebab takut anak-anak mengamuk letih. 


Task 1 : ✔

Untuk task ke 2 kena pergi lipat 10 helai tshirt pink di butik Poney dalam masa 15 saat. Dah sudah tang celah mana pulak butik Poney ni. Time hunt ni korang dah tak boleh fikir tingkat berapa dan dekat mana. So nak tak nak mama yang malu-malu kucing ni kena beranikan diri tanya dekat orang yang kerja di dalam Mines. Alhamdulillah semua orang baik-baik bagitau. Terima kasih sangat. So apa lagi terussss lari ke butik Poney. Tak caya tengok sini hahah.. gigih mama korang berlari satu mall. 


Task 2 : ✔

Kemudian untuk task ke 3 pulak kami kena pergi selfie depan TGV Cinema dan post ke Instagram dan Facebook dengan hashtag #TGVCinemas & #TheMinesPlaceToBe . Heheh ini pun tanya orang dekat mana. hahaha penat dah nak mencari so tanya orang dan cari.. Fuhhh 

Task 3 : ✔

Untuk task ke 4 kena ke Harvest Stationery. Ok ini nasib level yang sama. hahaha.. sampai je kat situ sepatutnya kena play charades tapi tibeh kena tukar task selfie dengan shopper kat dalam kedai ni. Nak tak nak mama terpaksa la ajak sesiapa selfie dengan mama. Hekhekhek malu wehh tapi demi hunt ini mama gagahkan jugak. Malu kena letak tepi. 

Task 4 : ✔

Task ke 5 kena cari telur dinosaur yang tersembunyi dalam Balalaca store. Hahh kat mana pulak.. apa ada hal mama tanya la orang dekat depan kedai buku ni. Hehehe.. so next check point berlari ke situ. Sampai jer terus cari dalam kasut la.. atas rak kasut, bawah rak kasut. Qebal & Qeram pun kelam kabut cari egg tu. Hehehe.. dan akhirnya dapat cari yeahhh.. Alamak tak sempat tangkap gambar dekat sini sebab seronok jumpa telur dinosaur terus lari ke next clue. hehehe. Task 5 : ✔

Task 6 : ✔

Seterusnya task ke 6 kami kena pergi ke Famous Amous untuk menjawab 1 soalan mengenai Famous Amous. Hehehe soalan dia siapa founder Famous Amous.. Tunggu lagi mama google la cari dekat telefon. nasib line internet bagi kerjasama kekdahnya. hahaha. Yeaaa settle 

Untuk task ke 7 ini agak mencabar sikit. Heyyy segannya la nak kena baca 3 pages story book in English di depan 3 shoppers. Hukhukhuk sapa lagi yang nak kena baca of coz la mama jugek. Sebelum nak baca siap tanya shoppers boleh tak nak baca 1 page kat depan awak sebab kita orang tengah hunt ni. Lega diaorang sporting habis layan kami demi selesaikan task diberi. 

Task 7 : ✔

Ok task yang ke 8 task paling kacang kena selfie dengan DIY Staff. Hahaha. ini pun jenuh juga berjalan sebab DIY dekat hujung sekali. dah semput dah time ni peluh penuh muka, peha pun dah lenguh berlari satu mall. Hehehe.. tapi anak-anak mama so excited nak siapkan semua task diberi ni. Siap dia orang cakap cepat mama cepat mama.. heyy bebudak ni nampak dedua beradik ni seronok join hunt macam ni. 

Task 8 : ✔

Sempat kami bergambar depan kedai DIY ni yeahhh 

Ok lagi 2 task kena settlekan memang tak sabar nak ke pit stop untuk siapkan semua task ni. So task ke 9 kena cari Lift 7 dan kena tangkap gambar dalam lift dengan poster Dino-RAWR tu. Hahh sudah tang mana la lift tu. Nasib mama ni ingat dekat mana sebab masa nak datang tu memang kami semua naik lift tu. Mama recall balik memory dekat mana mama turun lift tu. Hahaha dan berjaya mama snapkan poster Dino-RAWR!.

Task 9 : ✔

Yeah untuk pit stop kami kena pergi ke garisan penamat iaitu dekat stage mula tadi untuk kumpul semua telur dinosaur dan siapkan puzzle yang kami dapat tu. Selepas siapkan puzzle kena register untuk tentukan group kami dapat no berapa. Alhamdulillah berjaya kami siapkan semua task dan puzzle tu. Task 10 done!!!

Task 10 : ✔

Alhamdulillah group kami dapat tempat ke 2 untuk Kids Holiday Dinosaur Hunt. Syukur walau penat berlari satu mall sampai peluh dan sakit pinggang peha semua. Hehehe tapi kami tetap enjoy!

Credit photo from Mummy Jane Chua

Tahniah kepada semua bloggers dan pemenang untuk program Kids Holiday Dinosaur Hunt di The Mines Shopping Mall. Terima kasih kepada The Mines Shopping Mall kerana menganjur program ini untuk keluarga dapatlah ibu, bapa dan anak-anak bekerjasama dalam pasukan bagi menyelesaikan task yang diberi. Bagi pengunjung yang nak explore Dino-RAWR di The Mines boleh datang ke sini sehingga 6 Julai 2018 ini sahaja. 

Untuk maklumat lanjut sila layari :

Website : www.the-mines.com.my
Facebook : www.facebook.com/theminesshoppingmallpage
Instagram : www.instagram.com/the_mines_shoppingmall

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook