contest

Jom Menang Hadiah Bernilai RM10,000 Dengan Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold

1:29 PM

Jom Menang Hadiah Bernilai RM10,000 Dengan Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold | Siapa sini kaki selfie sila angkat tangan? Yeahh nah ni mama nak bagitau sesiapa yang kaki selfie apa kata jom join Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold. Fuhh jangan tak tahu selfie jer dan join peraduan wefie raya ni mana lah tahu korang bertuah dan dapat hadiah menarik dari peraduan yang mudah ni. Ok nak tahu macam mana cara-caranya jom baca sampai habis yer. 


Sebelum itu, korang mesti pernah dengar kan Jus Hidayah Gold ni. Ok Jus Hidayah Gold ini adalah produk Seraimas yang paling laris di pasaran. Untuk pengetahuan semua, Jus Hidayah Gold ini adalah minuman kesihatan yang digabungkan dengan 23 jenis herba terpilih iaitu :
  • Madu
  • Buah Tin
  • Kismis
  • Kurma Merah
  • Apricot
  • Delima
  • Lada Pintal
  • Cengkih
  • Buah Pala
  • Senduduk Putih
  • Mahkota Dewa
  • Habbatus Sauda
  • Mengkudu
  • Teja Lawang
Dengan gabungan semua herba terpilih ini merupakan makanan sunnah dan memang diyakini dari zaman nenek moyang bagi mengubati penyakit samada luar dan dalaman. Jadi produk Jus Hidayah Gold ini memberi satu alternatif bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan khas untuk semua peringkat umur. 


Serai Mas Herbs Sdn Bhd ditubuhkan sejak dari tahun 2005 lagi. Pengarah Urusan iaitu Datin Hajjah Sunira Bibi Ali Akhbar menyediakan pelbagai rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang bermutu tinggi. Antara produk terawal keluaran SeraiMas adalah Losyen Terapi Anggun dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb serta Astanita Collagen Skinz dan C'Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Kemudian barulah Seraimas berkembang dengan memperkenalkan produk yang lain seperti Jus Hidayah Gold, Kismis Hidayah, Raudhah Energy Drink, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas. 


Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold

Peraduan Wefie Raya ini cukup mudah sahaja. Hahh siapa kaki selfie/wefie ni jom la cuba mana la tahu rezeki korang tau. Dengar kata hadiah peraduan ini cukup berbaloi-baloi. Dan cepat join peraduan ni sebab tinggal lagi seminggu lagi!. 

Tarikh Peraduan : 17 Mei 2018 - 1 Julai 2018 (10.00 malam)
Tarik umum pemenang : 1 Julai 2018 melalui Facebook Seraimas HQ

Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan tetap Jus Hidayah Gold. Bagi yang belum pernah beli tu cepat-cepat beli Jus Hidayah Gold di kedai-kedai jamu, website Seraimas atau boleh terus melalui Facebook Seraimas HQ. 


Cara-cara penyertaan :
  1. Beli Jus Hidayah Gold
  2. Ambil gambar wefie dengan Jus Hidayah Gold sebagai bukti
  3. Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold
  4. Isi butiran lanjut dan masukkan "original code". Boleh tengok cara-cara di website Seraimas
  5. Masukkan slogan "Saya sertai Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana ..." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan
  6. Muat turun naik gambar wefie Raya di ruang yang disediakan. Jangan lupa semasa upload gambar ini korang harus mengakui bahawa : - gambar adalah milik anda, - tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya, - anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang diupload, - membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar di media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas
  7. Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan
  8. Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Klik di SINI untuk peraduan.

Pemenang akan dipilih berdasarkan gaya yang paling kreatif dan akan dipilih oleh pihak juri yang dilantik. Jadi cepat join dan hantarlah sebanyak mana penyertaan peraduan ini dengan syarat mesti wefie dengan kotak Jus Hidayah Gold sebagai bukti penyertaan. Nak tahu hadiah-hadiah peraduan ni?

Hadiah Peraduan Wefie raya Bersama Jus Hidayah Gold
Seramai 5 orang akan terpilih untuk memenangi hadiah-hadiah berikut :-

Tempat Pertama : 
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Kedua :
Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ketiga hingga Kelima :
1 Dinar Emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Woww hadiah-hadiah peraduan ni cukup menarik! Mana ada lagi peraduan lain tawarkan hadiah Gold Bar sampai 20g tau. Fuhh best betul hadiah peraduan ni. Apa lagi cepat-cepat join peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold ni tau!!


Siapa tidak kenal dengan Imam Muda Asyraf ni kan. Seraimas juga telah memilih Imam Muda Asyraf ini sebagai duta produk Jus Hidayah Gold yang terkenal denagn tagline "Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal"

Imam Muda Asyraf merupakan juara musim pertama program pencarian imam Muda di Astro. Selepas beliau menang dan terus banyak berdakwah melalui program bual bicara iaitu Hidayah Talk. Program Hidayah Talk ini banyak mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan kesihatan. Bagi korang yang nak tengok Hidayah Talk ini boleh ke Facebook Seraimas HQ dan akan disiarkan tiga kali dalam sebulan. 

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold ini atau sebarang pembelian produk-produk Seraimas ini, boleh layari :-

Website : www.seraimas.my
No telefon : +6012-7848 364

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook