contest

POKKA Rasa Raya Contest | Puding POKKA Banana Berkuah POKKA Melon Koktail

12:36 AM

POKKA Rasa Raya Contest | Puding POKKA Banana Berkuah POKKA Melon Koktail - Fuh dah lama mama tak update semenjak cuti raya. Sebelum terlambat mama nak ucapkan Selamat Hari Raya semua followers mama. Raya kan sebulan so banyak la open house Raya dari sanak saudara dan rakan taulan yer tak. Mama sendiri pun belum berfikir sama ada nak buat open house ker tak. Kalau ada rezeki lebih InsyaAllah mama akan buat open house tapi kalau dapat full sponsor lagi lah best. Ni hahh apa kata jom join peraduan POKKA Rasa Raya.



Mesti ada yang nak tahu kan macam mana cara nak join peraduan yang cukup mudah ini. Untuk peraduan POKKA Rasa Raya ini korang hanya perlu :-
  • Beli RM10 mana-mana produk POKKA Milk dalam satu resit
  • Reka satu resepi dengan menggunakan produk POKKA Milk tersebut
  • Ambil gambar/video cara-cara penyediaan resepi 
  • Hantarkan gambar/video dan gambar resit pembelian POKKA Milk ke FB Messenger
Kan mudah sahaja! Mama jamin korang yang rajin masak mesti dapat idea nak buat resepi apa dengan menggunakan POKKA Milk ni kan. Yang pasti korang kena kreatif untuk resepi yang menarik barulah korang dapat hadiah yang lumayan tu. Nak tahu hadiah apa ok baca lagi kat bawah ni. 


Untuk hadiah peraduan POKKA Rasa Raya ini korang berpeluang memenangi hadiah menarik seperti :-

HADIAH UTAMA :-
Rumah Terbuka dengan pakej katering bernilai RM10,000

HADIAH SAGUHATI x 3 :-
RM200 Tunai + POKKA Hamper + 1 Bulan Stok Minuman POKKA

HADIAH MINGGUAN x 20 :-
RM100 Voucher Membeli Belah + 1 Bulan Stok Minuman POKKA

Wowww memang menarik la hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk peraduan POKKA Rasa Raya ni. Apa lagi korang cecepat join peraduan ni yer. Peraduan ini dari 15 April - 30 June 2018 sahaja. Cepat ada masa lagi ni. 


Minuman POKKA Milk ini terdiri 3 perisa seperti Melon Milk, Banana Milk dan Mango Milk. So far mama hanya jumpa Melon dan Banana jer. Mango belum jumpa lagi. Mesti lagi sedap kan air Mango Milk tu. Mama paling suka Melon Milk rasa lembut dan yang penting tak manis. Sebabnya air POKKA Milk ini adalah rendah lemak dan diperbuat dari susu asli serta jus asli. Yang penting air susu POKKA ini Halal. Ok jom tengok resepi yang mama cuba dengan menggunakan POKKA Banana dan Melon. Resepinya adalah Puding POKKA Banana Berkuah POKKA Melon Koktail.


Puding POKKA Banana Berkuah POKKA Melon Koktail

Bahan-bahan Puding :
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan gula
  • 4 cawan POKKA Banana Milk
Bahan-bahan Kuah Koktail :-
  • 3 cawan POKKA Melon Milk
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Buah koktail dalam tin
Cara-caranya :-

Masukkan tepung kastard, gula dan POKKA Banana Milk

Kacau hingga sebati di atas api yang perlahan dan kacau sehingga likat

Kemudian masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk

Untuk kuah koktail pula. Masukkan POKKA Melon Milk, tepung kastard, gula, garam dan esen vanilla. Kacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk.

Hidangan letakkan Puding POKKA Banana bersama kuah POKKA Melon dan letakkan buah koktail serta jus ke dalam satu mangkuk. Boleh dihidang ketika sejuk.

Puding POKKA Banana Berkuah POKKA Melon Koktail 

Sedap kan!! Of coz la sedap rasa lembut jer lalu kat tekak dengan menggunakan produk POKKA Milk ni. Apa lagi jom cepat-cepat join peraduan POKKA Rasa Raya sekarang! Mana lah tahu tuah korang menang sponsor untuk rumah terbuka raya tahun ni. Woww meriah sangat kan. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : http://my.pokka.co

#PokkaMY #PokkaRaya #PokkaMelonMilk #PokkaBananaMilk #POKKAFBContest

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook