Resepi Air Fryer

Eggless Choc Chip Cupcakes Air Fryer

11:30 AM

Eggless Choc Chip Cupcakes Air Fryer | Hi korang.. fuhh baru sempat pegang pc pagi ni. Semalam lepas bebudak ni makan daging burger, dia orang cakap lapar lagi. Kalau Qeram senang la bagi nasi tapi Qebal kan mat salleh celup so mama kena buat la apa yang dia boleh makan. So zass mama buat Eggless Choc Chip Cupcakes Air Fryer. Benda dah ada kan buat jer lah. Untuk resepi ni tak perlu guna telur yer. Jom tengok bahan-bahannya. 


Eggless Choc Chip Cupcakes Air Fryer

Bahan A
  • 100 gram tepung gandum *
  • 100 gram gula perang
  • 3 tbsp serbuk koko *
  • 1/2 tsp baking soda *
  • 1/2 tsp baking powder *
  • 1/2 cup choc chip
Bahan B
  • 120 ml susu segar
  • 60 ml minyak jagung
  • 1/2 tsp cuka 
  • 1/2 tsp esen vanilla
Cara-caranya :
  1. Campurkan bertanda * gaul sebati dan ayakkan. Kemudian gaul sebati gula perang dan choc chip ke dalam tepung diayak tadi. Ketepikan sebentar bahan A.
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sebati.
  3. Masukkan bahan A ke dalam B gaul sehingga sebati.
  4. Sudukan ke dalam bekas cupcakes.
  5. Bakar dalam air fryer selama 12 minit dengan suhu 180'c
Bahan A & B disatukan. 

Sekali bakar dalam air fryer dapat la 8 bekas. 

Eggless Choc Chip Cupcakes Air Fryer

Untuk satu adunan ni dapat la 10 biji, boleh la beda bagi anak-anak makan. Nak buat pun senang jer tak banyak bahan pun. Bayangkan 10 biji ni tak sampai 15 minit dah habis depa makan. Siap puji cakap sedap. Hahaha lepas ni kalau dia orang lapar mama buat jer cupcakes ni. Cepat dan mudah jer nak buat dan bakar dalam air fryer tu. Hehhee.. Selamat mencuba.

Love,
/>

You Might Also Like

10 Comments

  1. 10 ketul tu celah gigi je la kn hehe

    ReplyDelete
  2. Dari jue, bru tau boleh buat kek dari air fryer ni tau..#hebat uolls...

    ReplyDelete
  3. Kenapa la akak x dikurniakan bakat membaking macam ni...kan best kalau ada bakat ..semua leh buat

    ReplyDelete
  4. sedapnya. tq mamajue nanti nak tiru resepi mama ne lah

    ReplyDelete
  5. hadoii ... sedapnya jue ... boleh cuba nnt

    ReplyDelete
  6. air fryer boleh buat kek gak.. terbaik la.. nampak sedap kek tu...

    ReplyDelete

Like us on Facebook