Resepi Air Fryer

Roti Gula Bakar Air Fryer

7:00 AM

Hi korang. Dah sarapan belum? Ingatkan mama pernah cerita pasal roti nak expired tu. Hahh kalau rajin mama buat la puding roti tapi kalau mama malas mama buat jer roti gula bakar. Ini kalau buat jer kat anak-anak cepat giler habis. Hahaha. selalunya roti gardenia tu tak pernah laku pun. ini tak laku memang alamatnya berkulat atau cik tong sampah yang makan. Hahaha. Ni paling senang nak buat jom tengok!


Roti Gula Bakar Air Fryer

Bahan-bahan :-
  • Roti gardenia
  • Planta
  • Gula
Cara-caranya :-

Potong roti suka hati korang nak macam dalam gambar boleh nak kecik lagi pun boleh. Kemudian sapu planta dan tabur gula atas planta tu. Tapi kan mama tak tabur mama terus tekap kat gula. hahaha itu pasal la banyak!!

Masukkan roti dlam air fryer. Bakar dalam suhu 180'c selama 7 minit jer. kalau 10 minit kang rentung hitam jangan salahkan mama ehh. 

Tadaaa siap!! bagi sejuk sekejap kemudian ngap.. sedap!!

Rasa roti bakar ni keras. Rasa memang la sedap ranggup manis masin lemak semua ada. hahaha. tapi jangan la selalu buat kang kena potong kaki. ahakk.. dah try la korang buat dekat anak-anak confirm dia orang suka punya.!! Ehh takder air fryer pun boleh korang bakar la dalam oven yer.. Selamat mencuba.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook