Product Review

ORGGA | Skincare Dari Bahan Asas Yang Organik Semulajadi & Essential Oil

4:14 PM

ORGGA | Skincare Dari Bahan Asas Yang Organik Semulajadi & Essential Oil - Sekarang kan kegunaan essential oil dalam penggunaan harian sudah menjadi trend di Malaysia. Tidak kira dari ubat-ubatan sehinggakan sampai skincare semuanya makin ramai yang memilih untuk gaya hidup lebih sihat dengan produk natural dan organik. Jangan tak tahu essential oil ini mempunyai banyak fungsi dan sangat sesuai untuk semua orang dari bayi hingga dewasa. Pernah dengar produk ORGGA tak? Yer ini produk skincare yang diperbuat daripada bahan-bahan yang semulajadi dan juga essential oil. 


Essential oil adalah minyak aromaterapi dari tumbuhan atau bunga-bungaan yang mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Kerana teksturnya yang pekat dan baunya pula walau hanya sedikit calit pada kulit mampu meresap ke dalam kulit tetapi wanginya cukup mempersonakan. Antara seperti Rose Geranium, Lavendar, Rosehip, Frankincense dan lain-lain lagi. 

Pada minggu lepas, mama dan beberapa blogger dijemput pre-lunch produk Orgga dan berpeluang melihat sendiri produk Orgga dihasilkan. Menariknya Orgga Skincare ini dari bahan organik semulajadi yang sememangnya tiada bahan pengawet, merkuri, hydroquinone, paraben, SLS dan lain-lain lagi. Jadi kita tidak perlu risau kesemua dengan produk Orgga ini sesuai untuk semua kulit normal, jerawat, berminyak, kombinasi dan kering. 



Pengasas produk ORGGA iaitu Puan Zaza berkata beliau sendiri mendapat idea mengeluarkan produk skincare yang berasaskan bahan organik dan essential oil kerana di Malaysia masih kurang yang mengetengahkan produk-produk seperti ini di pasaran. Sejujurnya beliau juga dah mencuba pelbagai produk skincare di pasaran dan tiada yang berhasil pada kulit beliau. Jadi, Puan Zaza sendiri banyak belajar dan mengkaji kesemua bahan organik dan juga essential oil untuk digunakan dalam produk terbaru beliau. Mengambil selama 2 tahun dan akhirnya beliau telah mengeluarkan produk Orgga di pasaran. Produk ORGGA ini akan dilancarkan pada 25 September 2018.


Untuk produk Orgga ini khas untuk kulit normal, kombinasi seperti kering, matang, pra-matang, kulit berminyak dan berjerawat. Produk Orgga ini terdiri dari 3 jenis iaitu : 

1) ORGGA Cleansing Powder
  • French Rose [NOT180703129K] - Untuk kulit normal, kombinasi (kering, matang dan pra-matang)
Colloidal oatmeal, Moroccan Rhassoul clay, French Pink clay, Almond flour, Coconut milk, Brown rice flour, Flaxseed meal, Rose flowers, Hibiscus flowers, Lavender flowers, Chamomile flowers, Elderberry, Rosehip, Raspberry, Orange peel, Moringa leaf, Goji berry, Grape seed. Pure essential oils of Rose Geranium, Palmarosa & Frankincense.

  • Bacca Bliss [NOT180703127K] - Untuk kulit normal, kombinasi (kulit berminyak dan berjerawat)
Colloidal oatmeal, French Pink clay, Kaolin clay, Coconut flour, Coconut milk, Flaxseed meal, Brown rice flour, Strawberry, Rose flowers, Calendula flowers, Licorice root, Lavender flowers, Raspberry, Banana, Rosehip, Pearl powder, Goji berry, Grape seed. Pure essential oils of Pink Grapefruit, Sweet Orange & French Lavender.


Menariknya Orgga Cleansing Powder ini adalah 3 dalam 1 iaitu pencuci muka, scrub lembut dan juga mask. Antara kelebihan kedua-dua produk ini mengandungi 4 bahan aktif semulajadi yang dipanggil "Superstar Ingredients" - Roseship, Grapeseed, Goji Berry dan Raspberry. Orgga Cleansing Powder ini bukan sahaja mencuci muka malah ia boleh dijadikan scrub lembut dan mask untuk menanggalkan sel-sel kulit mati tanpa mengeringkan kulit. 

Kelebihan ORGGA Cleansing Powder :-

✔️ Mengandungi vitamins, anti-oksida dan anti-penuaan
✔️ Menghilangkan dan mencegah jerawat dan bintik-bintik hitam
✔️ Merawat kulit muka tidak sekata dan kusam
✔️ Menganjalkan kulit
✔️ Menyihatkan dan melembutkan kulit
✔️ Mencerahkan dan menaikkan seri wajah secara semula jadi
✔️ Membantu aplikasi makeup nampak natural, sekata dan tidak bercapuk

Harga : RM80.00 (Normal)

Special Price : RM65.00 (Free postage) - Pre order 31 Aug - 21 Sep 2018

2) ORGGA Face Mist
  • Nourishing Facial Mist - Rose Otto [NOT180703128K]
Rose Bulgarian hydrosol, Aqua, Aloe Vera leaf juice, Cranberry extract, Blueberry extract, Radish Root Ferment Filtrate, Vegetable Glycerin, Pure essential oils of Rose Geranium, Rose Otto & Palmarosa
  • Hydrating Facial Mist - Le Neroli [NOT180703126K]
Neroli hydrosal, Aqua, Aloe Vera leaf juice, Acai berry extract, Strawberry extract, Radish Root Ferment Filtrate, Vegetable Glycerin. Pure essential oils of Neroli, Bergamot & Ylang Ylang


ORGGA Face Mist ini digunakan sebagai penyegar muka dan diperbuat dari bahan asli dan semulajadi yang berkualiti. Kombinasi rose water dan rose oil asli serta Aloe Vera, ekstrak cranberry dan blueberry yang bukan sahaja menyegarkan malah melembapkan kulit. Selain itu, face mist ini mampu merawat kulit muka dengan membekalkan nutrisi dan anti-oksida.

Kelebihan ORGGA FACE MIST :-

✔️ Menyegarkan dan melembapkan muka
✔️ Menaikkan seri wajah
✔️ Merawat kulit kering dan kasar
✔️ Anti-penuaan
✔️ Melembutkan dan mencerahkan kulit kusam
✔️ Mengawal kulit berminyak
✔️ Membuatkan makeup tahan lebih lama

Harga : RM60.00 (Normal)

Special Price : RM45.00 (Free postage) - Pre order 31 Aug - 21 Sep 2018

3) ORGGA Luxe Beauty Oil
  • Luxe Beauty Oil - Olivia [Kulit kering, matang dan pra-matang] [NOT180800787K]
Meadowfoam oil, Olive Squalane, Kukuinut oil, Argan oil, Sweet Almond oil, Rosehip oil, Pomegranate seed oil, Raspberry seed oil, Prickly pear oil, Sea Buckthorn oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil. Pure essential oils of Neroli, Frankincense, Sweet Orange, Palmarosa, Clary Sage, Carrot seed.
  • Luxe Beauty Oil - Libra [Normal dan kombinasi] [NOT180800785K]
Olive Squalane, Argan oil, Watermelon seed oil, Jojoba oil, Maracuja Oil, Pumpkin seed oil, Hazelnut oil, Camellia oil, Prickly pear oil, sea buckthorn oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil. Pure essential oils of Rose Geranium, Grapefuit, Rose otto, Cedarwood, Lavender, Carrot seed.
  • Luxe beauty Oil - Lindo [Kulit berminyak dan berjerawat] [NOT180800784K]
Olive Squalane, Jojoba oil, Kuikuinut oil, Hazelnut oil, Grapeseed oil, Rosehip oil, Marula oil, Pumpkin seed oil, Prickly pear oil, Blackcurrant oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil. Pure essential oils of Sweet orange, Bergamot Bergaptene Free, Ylang ylang, Patchouli, Geranium, Cedarwood.

ORGGA Luxe Beauty Oil terdiri dari 3 jenis untuk kegunaan sebagai pelembab dan merawat kulit bermasalah. Ia diperbuat dari 100% dari bahan aktif asli dan semulajadi. Kesemua bahan-bahan yang digunakan diimport dari UK, Italy, Morocco, France dan US bagi memastikan kualiti yang terjamin. 

Formula Luxce Beauty Oil terdiri dari 10 jenis botanical oils dan 6 jenis essential oils terpilih dan berkualiti, kaya dengan Essential Fatty Acid, Vitamin A, C, D, E & K, Anti oksida dan mineral dan nutrisi yang dapat melindungi kulit daripada pencemaran persekitaran. Selain itu mengurangkan tanda-tanda penuaan, memelihara dan melembapkan kulit wajah. 

Kelebihan ORGGA Luxe Beauty Oil :-

✔️ Tidak berminyak dan melekit
✔️ Boleh digunakan sebagai pelembap
✔️ Boleh dicampurkan dengan krim pelembap
✔️ 100% bahan semulajadi yang berkualiti
✔️ Boleh dijadikan base makeup

Harga : RM110.00 (Normal)

Special Price : RM95.00 (Free postage) - Pre order 31 Aug - 21 Sep 2018

Jade Roller berfungsi sebagai anti-aging dimana menegangkan kulit wajah dengan urutan roller ini pada wajah. Harga Jade Roller Hijau RM90.00 sahaja. Murahkan. 


Yang paling kami semua teruja semasa Puan Zaza sendiri menunjukkan demo menghasilkan ORGGA Cleansing Powder French Rose pada kami semua. Masuk jer bilik ni bau yang cukup menenangkan seperti Lavender, Oatmeal, Brown Rice, Rosehip, Chamomile dan lain-lain lagi. Serius tiada langsung bau bahan kimia yang bahaya. Kesemua bahan-bahan untuk hasilkan Cleansing Powder telah dikisar halus untuk dijadikan serbuk. 

Puan Zaza mencampurkan kesemua bahan-bahan cleansing powder dan kemudian gaul sehingga sebati. Selepas itu, barulah Puan Zaza campurkan 3 pure essential oils seperti Rose Geranium, Palmarosa dan Frankincense. 


Puan Zaza menunjukkan demo bagaimana menggunakan ORGGA Cleansing Powder pada wajah. Blogger Zharif berpeluang untuk mencuba sendiri produk ni pada hari tersebut. Bau memang tak payah cakap memang wangi sangat. Selepas Blogger Zharif mencuci dan ternyata kulit Zharif lebih flawless, tegang dan segar. Baru sekali guna cuba banyak kali guna memang lagi flawless la muka dia. 


Sebelum produk ini akan dijual di pasaran, mama akan mencuba sendiri produk ini di rumah. Hampir seminggu mama menggunakan produk ORGGA Skincare memang sangat-sangat memberangsangkan! Paling mama suka cleansing powder tu boleh dijadikan pencuci, scrub dan mask. Untuk ORGGA Luxe Beauty Oil pun best sebab boleh merawat kulit yang tengah breakout dari jerawat sangat cepat. Walau rasa berminyak tapi ia boleh balancekan minyak pada wajah. Nampak jer macam berminyak tapi kulit rasa lembap jer. 

Dengan 3 produk ORGGA confirm korang akan rasa jatuh hati dengan produk organik ni. 

Cara penggunaan ketiga-tiga produk ORGGA ini cukup mudah dan senang. Sebab produk yang ringkas dan pantas digunakan.


ORGGA Cleansing Powder French Rose | Tanggalkan makeup dan basahkan muka. Kemudian letakkan lebih kurang satu sudu teh Cleansing Powder di atas tapak tangan, titiskan sedikit air sehingga menjadi sepert paste lembut. Massage kulit muka dalam gerakan membulat dan bilas sehingga bersih. Untuk kesan maksimum, biarkan paste di muka selama 2-5 minit sebelum dibasuh.


ORGGA Face Mist Le Neroli | Selepas menggunakan ORGGA Cleansing Powder, goncang sebelum guna dan spraykan ke muka serta leher. Tekapkan kulit muka dengan lembut menggunakan tapak tangan. Sementara kulit muka masih lembab, teruskan dengan penggunaan ORGGA Luxe Beauty Oil.


ORGGA Luxe Beauty Oil Libra | Titiskan 2-3 titis ke atas dahi dan pipi, kemudian urut secara lembut hingga meresap ke dalam kulit. Atau boleh juga dititis pada tapak tangan dan gosok kedua tapak tangan pada muka serta urut secara lembut sehingga meresap. 


Untuk pengetahuan korang, produk-produk ORGGA ini mempunyai jangka hayat selama 6 bulan apabila selepas dibuka. Dan jangan risau kesemua produk ORGGA telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi yang ingin dapatkan produk ORGGA boleh Pre-order dahulu dari 31 August hingga 21 September 2018 dan dapatkan harga istimewa dengan penghantaran pos secara percuma.

Pihak Orgga mencari agen yang berminat untuk memulakan perniagaan dan boleh hubungi website Orgga.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Website : www.orgga.my
Facebook : www.facebook.com/orggamalaysia
Instagram : www.instagram.com/orggamalaysia

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook