Resepi Air Fryer

Cheese Cake Air Fryer

12:39 AM

Cheese Cake Air Fryer | Lama betul tak makan cheese cake. Ehh lama lah kalo teringat balik rasa macam tahun lepas. Hahah sebab rasa renyah nak buat cheese cake ni. Pehtu macam banyak bahan kan. Ada yang jenis tak payah bakar, ada yang jenis bakar tapi still rasa susah nak buat. Kali ni mama nak share resepi cheese cake yang mudah dan hanya bakar dalam air fryer jer. Untuk size loyang 7 inch sahaja yer sebab air fryer bukan besar oven pun. Hahahha. Dah jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara buat Cheese Cake Air Fryer.


Cheese Cake Air Fryer

Bahan-bahan :-

Crust
  • 3/4 cup @ 5 keping biskut digestive 
  • 2 sudu besar unsalted butter cair
  • 1 sudu besar gula
Filling
  • 450 gram cream cheese
  • 1 cup susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur
  • Sedikit parutan lemon
Cara-caranya :-

# Mama guna 250 gram cheese cream so mama letak 1/2 cup susu pekat.

Untuk crust guna 5 keping biskut digestive yang dihancurkan. Korang masuk jer dalam bag plastik ketuk dengan lesung batu sampai hancur. Kemudian masukkan butter yang cair dan gula ke dalam biskut hancur tu. Gaul sehingga sebati.

Potong parchment paper bentuk bulat dan masukkan ke dalam loyang. Tuangkan biskut tadi ke dalam loyang tekan sehingga padat. Kemudian bakar dalam air fryer dengan suhu 180'c selama 5 minit.


Untuk fillingnya pula, tuangkan cream cheese dan susu pekat, putar sehingga sebati. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur putar hingga sebati dan tidak perlu lama yer. Selepas itu masukkan parutan lemon dan gaul kaup balik.


Masukkan filling cheese ke atas crust tadi dan sekatakan. Bakar dalam air fryer dengan suhu 150'c dalam masa 20 minit. Setelah siap simpan dalam peti sejuk sehingga 8 jam. Kemudian boleh keluarkan dari loyang yer. Caranya guna spatula tekan keliling cheese cake, kemudian gunakan plastik wrap pada loyang dan terbalikkan saja cheese cake tu.



Tak susah kan senang jer cuma lepas masak tu kena la tunggu 8 jam dalam peti ais. Hehehe.. itu pasal mama buat malam. kalau buat siang-siang jenuh telan air liur jer hahh.. Anak-anak paling suka makan. seronok tengok dia orang makan takper lepas ni mama boleh buat lagi. Senang jer nak buat cheese cake ni.. Ok Selamat Mencuba.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook