contest

10 Barang Yang Ingin Mama Beli Di Althea

8:17 PM

10 Barang Yang Ingin Mama Beli Di Althea | Althea, siapa tak kenal dengan laman web yang menjual barang kecantikan secara online yang datang jauh dari Korea. Semua wanita memang sukalah dengan website Althea ni. Hey mama pun jenis mudah terjebak jugak kalau bab-bab kecantikan. Siapa tak nak cantik oihh semua nak cantik dan sempurna. Orang kata kalau diri kita cantik dan confident level makin tinggi tau. Mama kalau masuk website ni mulalah tekan add cart barang-barang yang mama nak beli kat Althea. Tapi masih belum check out lagi sebab kewangan masih belum cukup. Hehehe. Dah jom kita tengok wishlist 10 barang Althea yang mama nak beli.


Pertama sekali mama nak beli adalah Everyday Mask BOOMDEAHDAH. Hahh susah pulak nak sebut jenama ni. Mama pernah beli mask ni sebelum ni dan harga sekeping mask ni dalam RM2 jer. Murah tak. Hari tu mama try beli Everyday Mask Lemon-Lime. Best giler pakai mask ni walau harga dia murah jer uolls. Dah la essence mask ni banyak lepas tu mudah pulak menyerap ke kulit. Sebab apa mama nak beli yang Mask Lemon-Lime ni sangat bagus untuk mencerahkan kulit sebab mengandungi vitamin C dalam mask ni tau. Selain Mask Lemon-Lime, terdapat 8 pilihan variasi. Hahh pilih jer nak yang mana korang rasa sesuai untuk kulit muka korang. Kalau korang nak beli 10 sheet harga RM15.00 jer uolls. Nak beli boleh jer tekan link ni yer https://my.althea.kr/everyday-mask-set-10-sheets/

Everyday Mask BOOMDEAHDAH

Yang ke dua pulak mama nak beli W.Lab Sebum Out Peel Off Pack. Mengidam benda ni dah lama dek sebab harga dia boleh tahan mahal so kena sabar jer nak beli. Ramai orang cakap sebum out dari jenama W.Lab ni mudah untuk tanggalkan whitehead di hidung. Nak pakai sama macam masker cuma kemudian tunggu kering lepas tu tarik jer. Wahh macam best jer dengar kan. Bukan takat whitehead jer keluar tau boleh juga mengeluarkan sebum dari liang pori-pori di wajah dan muka nampak bersih dari berminyak. Peel off ni pulak warna hitam jadi nanti pakai tu serupa macam dayang senandung jangan terkejut pulak. Hehehe.. Hahh harga untuk W.Lab Sebum Out Peel Off Pack ni RM96.00 dan korang boleh tengok produk yang awesome ni di link sini https://my.althea.kr/sebum-out-peel-off-pack

W.Lab Sebum Out Peel Off Pack

Barang ke tiga yang mama nak beli sangat-sangat adalah Pobling Pore Sonic Cleanser. Ini kalau tengok harga memang agak tercekik sama lebih kurang harga W.Lab tu. Hehehe. Pernah beli jenama biasa tapi cepat jer rosak. Hahh pobling ni ramai orang kata berkesan untuk mencuci muka. Muka jadi rasa bersih sebab kotoran mudah tanggal. Mana tak bersih pobling ni power sebab 10,000 sonic per minit. Masa cuci tu kita akan rasa liang pori bersih jer dan sesuai juga untuk menanggalkan mekap di wajah. Takder la risau rasa sisa-sisa mekap masih ada di muka. Pobling ni menggunakan bateri dan sangat lembut pada muka. Korang jangan risau yang tu tak akan merosakkan kulit wajah. Harga pobling ni RM88.00 dan korang boleh survey produk yang awesome lagi kebabom ni di link https://my.althea.kr/pore-sonic-cleanser-white

Pobling Pore Sonic Cleanser

Yang ke empat untuk wishlist mama adalah RiRe Bubble Bubble Lip Mask. Sebelum ni mama ada jenis scrub untuk lip mask dan mama tak pernah cuba lagi jenis bubble bubble macam ni. Hehehe tak dapat bayangkan macam mana masa bubble tu penuh dekat bibir. Mesti syiok jer kan. Sebenarnya bibir mama cepat kering kekadang tu sampai pecah sebab kekurangan air dan sensetive dengan lipstik. Jadi dengan bubble lip mask ni katanya mampu mengeluarkan sel kulit mati pada bibir dan memberi pelembapan serta melembutkan bibir. Bubble lip mask ni mengandungi lemon extract dan vitamin C yang kaya dengan bahan untuk kulit bibir. Harga bubble lip mask ni tak la mahal hanya RM29.00 sahaja. Ehh korang nak beli tengok dekat link ni yer dan korang boleh tengok macam mana bubble lip mask tu dekat bibir https://my.althea.kr/bubble-bubble-lip-mask

RiRe Bubble Bubble Lip Mask

Kalau dah beli mask dan lip mask jangan la lupa beli toner pulak. Mama pernah guna toner dari Laneige ni ya ampun sumpah best giler patut la jenama Laneige ni memang dipercayai ramai. Memang terbukti keberkesanannya tau. Kulit mama jenis combination skin sekejap berminyak sekejap kering. So untuk wishlist ke lima mama nak beli Laneige Essential Power Skin Refiner Moisture. Sebabnya Laneige ini dapat membantu memberi kelambapan yang sempurna dan menyeimbangkan minyak pada wajah. Yang lagi menarik Laneige ini mengandungi Hydro-Ion Mineral Water yang mempercepatkan kelembapan pada kulit. Sebotol Laneige ni dalam 200ml mampu bertahan selama 3 bulan. Harganya pula hanya RM85.00 dan korang boleh tengok produk Laneige di link sini https://my.althea.kr/power-essential-skin-refiner-moisture

 Laneige Essential Power Skin Refiner Moisture

Untuk wishlist mama yang ke enam pula mama nak beli SKIN&LAB Dr. O2 Clinic Oxygen Ultimate Brightening Essence. Mama memang tak boleh tengok produk kecantikan kalau ada tulisan brightening ni sebabnya mama nak sangat cerahkan kulit. Heheh tapi bukan lah putih melepak macam orang putih tu tapi mama nak cerahkan parut-parut jerawat di muka mama. Sebelum ni kalau beli essence yang berbentuk cecair dan jangan tak tahu pernah tumpah sebotol tau. Rasa nak nagis jer tapi kali ni mama nak sangat beli essence berbentuk bubble. Ehh banyak pulak wishlist mama kali ni bubble jer. Menarik Dr. O2 Clinic Oxygen Ultimate Brightening Essence ini mampu control minyak, melembapkan kulit, menegangkan kulit, memudarkan kedutan dan of coz la mencerahkan kulit yer tak. Tengok la produk essence ni dekat link ni https://my.althea.kr/oxyzen-ultimate-brightening-essence mesti korang teruja giler nak beli tau dan harganya pula RM64.00 ehh not bad jugak la.

SKIN&LAB Dr. O2 Clinic OxygenUltimate Brightening Essence

Yang ke 7 wishlist mama nak beli kat Althea adalah mama nak beli Elizavecca Skin Liar Primer ni. Ya ampun stress betul asal nak beli jer sold out. Tahu la primer ni memang produk laku keras dekat Althea. Dah la murah giler primer ni lepas tu memang best pakai sebelum make up tau. Korang tau kalo pakai primer ni make up jadi tahan lama dan matte uolls. So tak risau la mekap kita nampak capuk dan makin lama jadi flawless ok. Hahhh wajib tau sebelum pakai foundation kena tepek primer ni. Harga primer ni RM23.00 je. Kalau korang nak try beli boleh tengok dekat link ini ok https://my.althea.kr/skin-liar-primer

Elizavecca Skin Liar Primer

Wishlist mama ke 8. Hehehe teringin weh nak cuba APRILSKIN Magic Snow Cushion. Hahaha. banyak kali duk nampak video cara pakai cushion ni. Dap dap dap jer boleh cover parut jerawat dan cela di wajah. Ehhh tapi mama takut nak beli online lain tapi kalau dekat Althea mama berani sebab memang produk yang di jual dekat Althea ni semuanya original tau. Yer lah sebelum ni mama rajin guna foundation jenis liquid. Apa kata mama nak try Magic Snow Cushion plak kot kot sesuai dengan kulit mama. Lepas tu mudah ler cover parut hitam dekat muka mama ni yer tak. Harga Magic Snow Cushion hanya RM82.00 memang padan la dengan harga. Nanti nak beli mama tekan jer link sini https://my.althea.kr/magic-snow-cushion-2-0-2016-new

APRILSKIN Magic Snow Cushion

Yang ke 9 wishlist mama berkenan giler dengan set berus dari CORINGCO Marine Blue Make-Up Brush Set. Bukan la takder brush set sebelum ni ada jer tapi nak jenis ni nampak macam sangat berguna untuk mekap. Yer lah brush mekap yang sedia ada ni dah lama so lepas ni ada brush ni kira back up brush la. Hehehhe. Set brush ni ada 6 jenis memang untuk muka, mata dan juga kening. Ehh complete la ni kalau nak travel senang ada brush macam ni kan. Satu set brush ni harga RM69.00. Nah linknya mama kasi sekali senang untuk mama tekan beli dan untuk korang beli jugak yer tak. https://my.althea.kr/marine-blue-make-up-brush-set-6p

CORINGCO Marine Blue Make-Up Brush Set

Yang terakhir sekali mama nak beli eyeshadow warna pinky dari Colour Deep 18 Colour Eyeshadow Pallete. Asyik warna eyeshadow mama warna coklat jer kan so kena la tukar warna pinky pulak kot kot nampak muda remaja belia skit kekdahnya kan. Hahaha. Warna eyeshadow Colour Deep ni not bad la memang cantik dan pigmented sangat. Satu pallete ni boleh pakai eyeshadow untuk daily makeup, smokey makeup dan juga lovely makeup. Bukan tu jer pallete ni boleh buat countoring, shading dan highlighter jugak. Ehh senang satu pallete ni kalau nak bawa keluar boleh jer letak dalam handbag. Untuk set pallete Colour Deep ni harga RM48.00. Untuk beli eyeshadow pallete ni boleh jer terus tekan link sini https://my.althea.kr/18-color-eyeshadow-palette-1-3g-18ea-pink-holiday

Colour Deep 18 Colour Eyeshadow Pallete

Tengoklah 10 wishlist barang yang mama nak sangat beli dekat website Althea Korea tu. Fuhh kalau dapat salah satu dari 10 wishlist ni memang dah best sangat. Hahh apa tunggu lagi korang nak beli barang mekap yang berkualiti dan original boleh jer terjah website Althea yer. Hahh sebelum tu bagi yang ingin beli barangan Althea dan nak dapatkan 15% diskaun jangan lupa masukkan kod "NEW-MY" semasa checkout. Untuk maklumat lanjut boleh layari https://my.althea.kr/

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook