Product Review

Back To School | Kasut Sekolah BATA Yang Smart & Selesa Dipakai

12:40 PM

Back To School | Kasut Sekolah BATA Yang Smart & Selesa Dipakai - Masuk jer pertengahan bulan December, semua ibu bapa paling sibuk untuk menguruskan persiapan anak-anak yang akan kembali ke sekolah pada sesi 2019. Termasuklah mama fuhh banyak juga nak kena siapkan dengan membeli pakaian sekolah, buku-buku, peralatan bag sekolah dan tak lupa benda paling penting adalah kasut sekolah. Bab persiapan sekolah ni mama jenis siapkan semua awal-awal jadi kalau last minit beli ni risau takut takder size la habis la betul tak.


Alhamdulillah semua kelengkapan persekolah mama dah siapkan cuma kasut sekolah jer belum cari. Yer lah kasut ni kalau beli awal-awal mulalah takut tak padan pulak masa masuk sekolah nanti. Bebudak kalau bab kaki memang cepat jer panjang. Lepas tu mulalah kata kasut tak muat hehehe budak tengah nak membesarkan. Kemarin en papa cuti terus mama ajak en papa pergi beli kasut sekolah di kedai Bata Tesco Semenyih. Sempat la mama beli sorang sepasang kasut hitam untuk 2 hero mama ni. 


Semua sudah tahu kan mengenai pemakaian kasut sekolah bagi sesi tahun 2019 akan datang budak-budak sekolah boleh pakai kasut hitam. Mama dapat tahu peluang macam ni terus mama pilih kasut hitam sebab tak perlu risau kotor, tak payah nak memberus sampai bersih dan menyenangkan mak-mak macam mama yang agak tekanan tengok kasut putih jadi hitam. Hahaha. Anak-anak tak payah cakap memang dia orang pun excited nak pakai kasut hitam. Tapi bagi tahun 2019 ni ibu bapa jangan risau boleh jer guna kasut putih lagi. Bagi pemakaian kasut hitam sepenuhnya akan dikuatkuasa pada tahun 2021. 


Korang tahu kasut sekolah merupakan perkara paling penting tau. Yer lah pemilihan kasut yang sesuai dan selesa sangat penting bagi kanak-kanak untuk melangkah ke sekolah setiap hari. Bagi mama kalau kasut tu tak selesa kaki kita akan mula rasa sakit untuk berjalan sepanjang hari. Jadi pemilihan kasut mestilah ciri-ciri seperti lembut pada tapak dalam permukaan kasut dan juga luar kasut. Manakala dari segi material depend pada anak-anak samada suka jenis kain atau pvc. 

Kenapa mama memilih kasut sekolah Bata dari Back To School Collection? Ok memandangkan mama penat dengar rungutan anak mama Iqbal kata kaki dia cepat sakit. Mama tengok bukan sebab kasut tu kecik tapi tapak kasut sekolah dia dulu jenis keras. Itu pasal la kaki dia sakit kalau berjalan sepanjang hari. Jadi kasut sekolah jenama Bata ni mama yakin dengan kualiti kasutnya yang direka khas untuk kanak-kanak rasa selesa apabila memakainya.


Masa pilih kasut ni terus mama berkenan dengan kasut hitam Bata dari Back To School Collection ni. Korang tengok kasut ni nampak smart, selesa dan stylo habis lah. Dah tak nampak macam pergi sekolah pulak. Heheheh macam nak pergi jalan-jalan gitu. Dari segi material mama akan check bahagian tapak dalam kasut tu samada keras atau lembut. Terbukti bahagian tapak kasut Bata mempunyai tapak yang lembut dan sangat sesuai untuk kaki anak-anak pakai setiap hari. Manakala design kasut memang up to date dan yang paling penting kualiti serta selesa anak-anak pakai ke sekolah nanti.


Puas hati dengan harga kombo kasut hitam Bata. 

Selain kasut sekolah Bata terdapat kasut wanita, kasut lelaki, kasut sukan, sandal, stokin, bag sekolah dan juga kapur serta pengilap kasut. Hahh senangkan semuanya ada di kedai Bata ni. Patutlah kedai Bata ni dah hampir seratus tahun di pasaran dan memiliki lebih 5000 cawangan di 70 buah negara termasuklah Malaysia. Jadi jenama Bata adalah satu jenama yang sangat terkenal dengan kualiti, tahan lasak dan setanding dengan jenama yang lain. 


Jangan lupa daftar keahlian Bata secara percuma untuk dapatkan pelbagai diskaun menarik serta mengumpul mata ganjaran yang boleh ditukar ke dalam bentuk voucher. Apa lagi bolehlah beli kasut raya dan kasut kerja dekat sini yer tak memang berbaloi-baloi.



Alhamdulillah selesai satu bab kasut untuk anak-anak yang akan kembali ke sekolah tak lama lagi. Muka excited la memasing tak sabar nak pakai kasut hitam macam pengawas. Hahaha. Yang paling syok anak-anak cakap tak payah basuh kasut sekolah. Bagi ibu bapa yang tengah cari kasut sekolah atau kelengkapan lain boleh la pergi ke cawangan-cawangan Bata yang berhampiran. Gerenti puas hati dengan kualiti, design dan harga yang ditawarkan. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Website : www.bata.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook