Kalo ingat balik bila last berkelah tepi pantai hmmm tobat tak ingat. Hahaha awal tahun ritu ada la mandi pantai dekat Desaru tu pun tak berani mandi sangat sebab air ombak kuat. Masa tu stay hotel Sand & Sandal Beach Resort Desaru. Last week, kakak ajak pergi berkelah dekat Pantai Bagan Lalang, Sepang. Mama pun dah lupa bila last pergi situ tapi macam pernah pi jugak la. Giler lama dah kot. So, Jumaat malam mama pi tido rumah kakak dekat Sepang. Pagi Sabtu baru bertolak pergi ke Bagan Lalang.
Sampai jer suruh anak-anak bergambar dulu. kalo tak dah kemana-mana la bebudak ni pergi main pasir. Hehehe..
Sampai dalam pukul 11 pagi macam tu tapi kan mama is musykil kenapa air pantai tak dak. hahaha sampai wassap blogger Ayue Idris tanya ehh betui ke pantai Bagan Lalang macam ni tapi airnya mana. Yer lah dah nak pi mandi pantai otak duk nampak air menghempas pantai ler.. Sekali air tengah surut oihhh.. Petang karang baru ada air pasang. hahahah hazab la juga menunggu air pasang.
Ni geng bapak-bapak membakar ayam, daging & hotdog. Mak-mak duk perati anak dan makan jer hahh.. Nasib masa kami pi tu tak berapa nak panaih sangat kira cuaca sedang elok la. Hahaha tapi kulit anak-anak semua dah jadi kelabu asap. Memasing berbelang lah. Takper bukan selalu kan nak main pasir macam ni. Hahh main la puas-puas yer anak-anak!. Semua pakat kenyang kami pun pi la turun dekat pasir. Memasing seronok la duk buat castle bagai. Siap kami pi jalan sampai ke tengah laut la. Air laut surut boleh jalan tau cuma kotor skit la sebab ada selut. Qeram cakap selut tu slime hahahah.
Bebudak nak main jer mana mau nak tangkap gambar dah. Mama dengan kakak-kakak jer pulun bergambar. heheheh
Nampak tak air surut sampai ke hujung sana. Sebelah tu Avani Sepang siap boleh nampak tiang-tiang resort Avani la. Weolls siap nak google bila air laut nak pasang balik. Tanya orang-orang situ katanya dalam pukul 4 petang. perghhh giler lambat lagi. berjanggut jugak la nak tunggu air laut pasang. Makan nasi siap baper kali ulang makan dah. hahaha. lepas tu baring dah macam ikan paus terdampar wakakak.
Dah petang skit kami duk santai dekat pasir. kira masih bersabar jugak la tunggu air laut tu pasang. orang lain yang datang berkelah siap kemas balik dah.. tapi kami still gigih menunggu weh.. Berselfie la.. main pasir la.. bebudak ni tangkap baby crabs la. Syiok la memasing dapat main pasir pantai sampai kelabu lah depa. Nasib mama sempat mekap letak foundation bagai kalo tak mau burn kulit muka.
Qeisya tak sempat nak datang selfie. hehehe oh makkk jerawat mama tu besar giler!!
Air laut dah mai apa lagi depa terjun la cuma air jadi kaler merah weh
Mama pun tak mandi sangat sebab tengok air kaler merah gini jadi tak berselera nak mandi. Risau gatal badan jer hahh.. Tapi anak-anak kira apa depa mandi tak ingat dunia. Cuma mama agak terkejut dengan Pantai Bagan Lalang sebab air surut dia punyalah jauhhhhh dari pantai. Lepas tu ambil masa yang agak lama nak pasang balik... Hahaha mama rasa macam pantai lain takder la surut macam ni betul tak? Lepas ni entah nak pergi berkelah mana. nak pergi mandi sungai takut plak dengan kecing tikus. Huhuhu tengok la plan adik beradik macam mana. Kita enjoy!!!
0 Comments