Mini Kebab

8:53 AM

Hampir 12 hari aku tak makan nasi.. ok nasi.. tapi tepung ada la ritu cheated kejap.. sebab teringin nak makan lepat pisang.. So semalam aku dah perapkan daging cincang dengan rempah ratus.. pagi tadi baru buat.. hari ni terlajak pulak bangun tido.. sekali tengok jam kul 7 pagi.. dushhh kelam kabut la lipat baju anak2 ke umah pengasuh.. time tu la nak kepalkan perapan daging tu.. kira masak kelam kabut lah.. hehehe.. bergaduh dengan Qebal nak bawak tab ke umah ibu plak.. aduii.. time school holiday ni macam2 la kerenah dia.. mulut mama sama jer setiap pagi nak bangunkan dia.. 

Mini kebab dah mcm hangit skit.. kelam kabut masak gitu la rupanya.. tak sempat nak potong timun dah.. ingat nak cucuk kat lidi satey tu.. dah tak sompat.. macam ni pun kami berdua makan licin...

En papa kata lepas ni buat lagi.. dia dah rasa sedap suruh aku buat jer la.. lepas ni nak try buat meatball dalam dia letak cheese blok.. walawehh mesti mari kan.. ^____^

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook