Resepi Noxxa

Serawa Pisang Noxxa

10:30 AM

Morning semua.. maaf sebab pepagi dah kejam kasi gambar serawa pisang kat korang kan.. hehehhe.. balik kemarin tekak ni teringin nak makan serawa pisang.. haihh lain macam jer tekak ni.. hahah saja kasi gempak skit..mesti korang kata aku peknen.. takder maknanya okey.. petang kemarin kan hujan kalo makan serawa panas2 dengan keadaan sejuk memang perghhh la boleh menjilat sudu dengan licin tau.. ermmm bila nak diet entah la.. lengan dah jadi sado women nih.. apa2 pun nanti lah diet.. baper banyak nanti daaa.. Dah dah jom kita tengok bahan2 dan cara2 buat serawa pisang dalam noxxa.. ehh atas dapor gas pun boleh yer.. aku kan malas nak guna dapo gas ni sebenarnya sebab api asyik sambar-sambar dekat starter dapo tu.. takut terbako umah jer so aku guna noxxa.. ngeeee ^_____^

Bahan-bahannya :-
* Pisang dibelah serong
* 1/4 cawan sagu yang direndam
* 1 cawan santan
* 1/2 cawan gula merah
* 2 - 3 sudu besar gula pasir
* Secubit garam
* Air
* Daun pandan

Cara-caranya :-

Masukkan air dan sagu ke dalam noxxa dan HP selama 1 minit. Setelah itu, releasekan wap dan tekan mode stir fry, masukkan pisang dan masak seketika. Kemudian masukkan gula merah, gula pasir dan kacau hingga mendidih.

Masukkan daun pandan, santan dan secubit garam, kacau serawa pisang ketika mendidih agar tidak pecah minyak.

Siap serawa pisang noxxa.. 

Selamat mencuba...

Regards,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook